Sejarah Melayu mempunyai sejarah keagungan yang tidak terbayang dek akal kita umat Melayu yang selama ini saya kira hanya disuapkan dengan sejarah versi membunuh jati diri kita. Hakikatnya, suatu masa dahulu, nenek moyang kita pernah membina peradaban yang tidak kurang hebatnya. Banyak tokoh-tokoh agung yang bangkit dalam helaian sejarah dan salah satu daripadanya ialah seorang putera Melayu Srivijaya yang bernama Manabrana, yang saya kira sebagai seorang penakluk agung dalam sejarah Melayu, sebaris dengan penakluk-penakluk hebat seperti Patih Gajah Mada, Fan Shih-Man dan banyak lagi. Bahkan kejayaan hebatnya ini tidaklah keterlaluan saya kira lebih agung daripada kebanyakan penakluk agung yang lain.

Mari saya bawa kalian mengembara mengenali tokoh yang bernama Manabhrana ini. Semuanya bermula pada detik 1025 Masihi di mana Maharaja Rajendra Chola, merupakan seorang raja agung dari kerajaan Chola. 1025, Rajendra Chola membawa bala askar yang tidak terbayang dek akal ketika itu, ke Alam Melayu lalu membantai dan menjarah setiap kota yang pernah berdiri dalam Empayar Srivijaya. Punca utama serangan Rajendra Chola ini dibincangkan oleh para sejarawan. Antara faktor utama yang dibangkitkan ialah tidak lain dan tidak bukan kecemburuan Rajendra Chola akan kekayaan empayar Melayu yang beragama Buddha ini. Kekayaan yang dimiliki oleh Srivijaya kerana m,elalui laluan utama perdagangan dunia di Selat Melaka ketika itulah yang memandu kepada serangan Rajendra Chola ini.

Tetapi sebelum itu, bukanlah Maharaja Melayu Srivijaya tidak mengetahui niat busuk Rajendra Chola ini. Mereka juga telah menghidu puluhan tahun lebih awal. Dicatatkan pada tahun 996 dan 1021 Masihi, maharaja-maharaja Srivijaya telah membantu Sri Lanka dalam perang melawan Rajendra Chola sebelum pada tahun 1021, Sri Lanka turut ditakluk di bawah Empayar Chola. Namun, Rajendra Chola tetap menyimpan dendam ke atas Srivijaya yang pernah membantu musuh azalinya Sri Lanka – permusuhan yang tidak pernah tamat sehingga hari ini (kita boleh melihat pada perseteruan antara suku Tamil dan juga suku Sinhalese).

Era serangan Rajendra Chola ini dapat dijejak pada ketika pemerintahan seorang maharaja Melayu Srivijaya yang bernama Sangrama Vijayatungga dan ketika serangan Chola itu, Sangrama Vijayatungga telah ditangkap dan dibawa ke India lalu tampuk pemerintahan Srivijaya ketika itu dipegang oleh adiknya Samara Vijayatungga. Ketika serangan yang saya kira berbentuk penjarahan ini, dicatatkan juga bahawa terdapat beberapa buah kota Srivijaya dikuasai oleh Chola selama lebih kurang 20 tahun. Kota-kota ini biasanya melibatkan kota-kota pelabuhan. Kalau diukur pada kekuatan serangan jarahan Rajendra Chola ini, ramai berpendapat bahawa Srivijaya tidak akan mampu bangkit semula dari puing-puing kemusnahan. Sebaliknya yang berlaku, Samara Vijayatungga telah berjaya membangunkan empayar Melayu terhebat dalam helaian sejarah menjadi gagah dan kuat kembali, bahkan mampu melancarkan serangan balas ke atas Chola pada waktu terkemudiannya.

Dicatatkan bahawa pada tahun 1044 Masihi, Rajendra Chola telah melawat sendiri beberapa kota di Srivijaya yang masih berada di bawah penguasaannya. Ketika itu, Maharaja Samara Vijayatungga telah menghantarkan seorang puteranya yang bernama Purandara untuk membunuh Rajendra Chola, sebagai simbol pemberontakan orang Melayu dan kemerdekaan Srivijaya. Sebaik sahaja kematian Rajendra Chola, Samara Vijayatungga sendiri naik takhta dan mengisytiharkan dirinya sebagai Maharaja Srivijaya. Purandara sendiri telah diamanahkan oleh Samara Vijayatungga untuk menghalau saki-baki tentera Chola dari setiap kota yang masih dibawah penguasaan Empayar Chola.

Selepas berjaya membebaskan seluruh kota-kota Srivijaya dari pengaruh Chola, maka Maharaja Samara Vijayatungga sendiri telah pergi ke Sri Lanka dan membantu pulau tersebut bebas dari kekuasaan Chola. Baginda Maharaja Samara Vijayatungga telah menjalankan pakatan dengan raja Sri Lanka yang bernama Putera Kasyapa yang ketika itu, belum menjadi raja lagi. Ibu kota Sri Lanka iaitu Anuradhapura telah berjaya ditawan oleh pakatan askar Melayu Srivijaya-Sri Lanka. Lalu kemudian, Maharaja Samara Vijayatungga sendiri telah membantu raja Pandya yang bernama Sundra Pandya untuk mendapatkan kembali kotanya Madura yang ditawan oleh Chola. Dari situ, Maharaja Samara Vijayatungga telah mewujudkan pakatan tiga serangkai antara Empayar Melayu Srivijaya bersama sebuah kerajaan Tamil bernama Pandya dan kerajaan Sri Lanka sendiri untuk melawan tentera dari Empayar Chola.

Kejayaan Maharaja Samara Vijayatungga ini telah dipahatkan dalam sebuah Prasasti di Sri Lanka iaitu Prasasti Madirigiri:

“…digubal sebagai memperingati Maharaja Samara yang menghalau keluar Chola dari seluruh bumi Sri Lanka. Kampung Mehendibapiti,yang mana dimiliki oleh oleh Maharaja Samara,hendaklah diberikan kepada penyewa, ia hendaklah diingati bahawa pada masa ini, kita telah dibebaskan oleh raja ini, ia harus diingati bahawasanya,kampung-kampung dan tanah kami telah dibebaskan oleh raja ini, ia juga hendaklah diingati bahawa walau bagaimanapun banyak kampung yang dimiliki,berapa banyak rumah-rumah dan taman-taman yang dimilki,rumah-rumah dan taman-taman akan kekal tanpa pegawai dari istana menceroboh hak mereka dan merampasnya dari mereka.”

Dalam masa yang sama, ketika kematian Rajendra Chola, Empayar Chola ketika itu menerima raja baru bernama Virarajendra lalu ketika era pemerintahan baginda, kekuasaan Chola mula melemah. Baginda bukanlah seperti mana ayahanda dan nendanya, Rajendra Chola dan juga Rajaraja Chola yang memang terbukti merupakan tulang belakang di atas kebangkitan Empayar Chola.

Dicatatkan bahawa Virarajendra mempunyai dua orang putera raja. Ketika itu, terdapat pemberontakan dan perang saudara selepas kematian Rajendra Chola. Salah seorang anak Virarajendra yang bernama Adhrajendra telah berjaya menundukkan pemberontakan itu dan telah dinobatkan sebagai bakal raja. Ini telah membuatkan Kulotongga Chola, salah seorang putera Virarajendra yang sebelum ini telah dijanjikan takhta menjadi kecewa. Maka Kulotongga pun meninggalkan Chola bersama pengikutnya, cuba untuk menawan Pandya demi mendapatkan kekuasaan disitu. Namun dia dikalahkan membuatkan dia meminta bantuan Empayar Khmer tetapi masih lagi kalah dengan Pandya membuatkan baginda telah berundur ke Sri Lanka sebelum dijadikan gabenor di situ oleh raja Sri Lanka.

Tetapi cita-cita Kulottungga untuk mendapatkan takhta yang sepatutnya menjadi hak tidak pernah padam. Lalu Kulottunga telah meminta bantuan Empayar Melayu Srivijaya yang ketika itu berada di bawah pemerintahan Samara Vijayatungga. Samara Vijayatungga telah menghantarkan puteranya bernama Manabhrana untuk membantu Kulotungga.

Tetapi Manabhrana ialah seorang jeneral perang yang sangat bijak. Beliau tidaklah bertindak terburu-terburu. Manabhrana sendiri telah menganalisis adalah sangat tidak efisyen untuk menyerang Chola yang jauh beribu-ribu batu dari pusat pemerintahan Srivijaya di Alam Melayu. Lalu beliau telah membina markas tenteranya terlebih dahulu yang terletak kira-kira 260 batu dari Chola, iaitu terletak di utara Sri Lanka. Lagipun memang raja Sri Lanka terhutang budi dengan Srivijaya kerana telah memerdekan mereka dari cengkaman Chola.

Dari situ, kemudiannya Manabhrana meminta tolong pula Sundra Pandya yang merupakan raja kerajaan Pandya untuk menolong Kulotongga menewaskan Chola. Pada asalnya, Sundra Pandya sendiri merasakan dirinya keberatan kerana sudah dua kali Kulutongga cuba menyerang kerajannya namun berkat pujukan Manabhrana maka Sundra Pandya terpaksa bersetuju. Diplomasi yang sememangnya telah mengalir dalam badan anak Melayu sebagai aset dan senjata utama mereka telah berjaya menyatukan pakatan tentera ini.

Ketika pakatan tentera berbilang bangsa dan kaum serta kerajan ini dibentuk, Virarajendra telah mati dan Raja Adhirajendra telah menaiki takhta menjadi raja baru. Namun mendengarkan pakatan tiga kerajaan dan pemberontak bernama Kulutongga yang diketuai oleh putera Melayu bernama Manabhrana itu, maka Adhirajendra telah meminta tolong musuh utamanya yang juga merupakan sebuah kerajaan Tamil bernama Chalukya untuk mempertahankan Chola. Maka tentera Chalukya bersetuju lalu berkampunglah askar-askar Chalukya tinggal di Chola. Ini membuatkan para pembesar yang telah terlibat dalam perserteruan yang sebenarnya telah wujud sejak zaman berzaman. Kalau di China, kita mengenali tentang persengeketaan tiga kerajaan iaitu Shu, Wu dan Wei ketika kejatuhan Dinasti Han dulu, Selatan India juga punya kisah yang serupa. Tiga kerajaan agung Tamil yang selalu bersengketa untuk ratusan tahun iaitu Chola, Chalukya dan juga Pandya.

Mendapat tahu bahawa orang Chola sendiri tidak merestui Adhirajendra di atas takhta Chola, maka Manabhrana telah menggerakkan serangan mengejut ke atas ibu kota Chola iaitu Gangakundapura. Serangan mengejut daripada Manabhrana telah membuatkan askar-askar Chalukya bertempiaran lari. Maka kewtika itu, Mahabrana telah mendatangi para menteri dan bangsawan Chola lalu memberi kata dua kepada mereka. Tunduk kepada kekuasaan Srivijaya atau menghadapi kehancuran.

Dalam sebuah makalah bertajuk Chinese Texts Describing or Refrrering to The Chola Kingdom as Zunian, tulisan Noboru Karashima dan juga Tansen Sen, ada sebuah perenggan yang menyebut bahawa Chola yang dibahaskan sebagai Zhunian sebagai berada di bawah pemerintahan seorang Maharaja Srivijaya yang dibahaskan sebagai Diwakara. Petikan daripada makalah itu adalah di bawah:

“Song huiyao adalah sumber bahan yang paling penting yang memberi maklumat kepada pengumpul / penyusun Songshi, dan dalam seksyen lidai chaogong, yang merekodkan kedatangan utusan dari negara-negara asing, status Di-hua-jia-luo digambarkan sebagai fanwang, seorang raja asing atau penguasa Zhu-Nian, dengan itu membezakan dia dari raja Zhu-Nian.”

Dalam naskah Journal of the South-East Asian History (Singapore) September – 1964, turut mencatatkan bahawa terdapat Inskripsi dalam sebuah kuil di Guangzhou yang dibaiki pada tahun 1060-an hasil sumbangan dari raja Diwakara menyatakan bahawa Diwakara ketika itu ialah maharaja empayar Sriwijaya. Catatan dari China ini kemudiannya menjadi bukti bahawa Srivijaya pernah berada atas tahap yang lebih tinggi daripada Chola.

Selepas memikirkan segala yang bakal terjadi, maka mereka semua akur untuk tunduk kepada Srivijaya dan selepas itu, Kulotungga terus ditabalkan menjadi raja Chola yang baru. Manabrhana kemudiannya pulang ke Srivijaya dan bersifat realistik untuk tidak terus menjajah Chola kerana jarak yang terlalu jauh antara mereka. Tujuan penaklukan itu pun kerana mahu menunjukkan kekuasaan Srivijaya dan selepas itu, Srivijaya tidak pernah dikacau oleh sebarang kuasa dari India lagi.

Sumber Dan Bacaan Lanjut:

1. Raja Mohd. Affandi, Tokoh Tokoh Melayu Yang Agung dalam Sejarah, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, 1974

2. Hermann Kulke, K Kesavapany and Vijay Sakhuja. Nagapattinam to Suvarnadwipa: Reflections on the Chola Naval Expeditions to Southeast Asia. Institute of Southeast Asian Studies. 2009

3. M.C. Chand Chirayu Rajani. Background To Sri Vijaya Story–part III [Review Article on S. Paranavitana, Ceylon and Malaysia]. In Journal of the Siam Society, 62, 1. 1975

4. M. C. Chand Chirayu Rajani. Background to the Sri Vijaya Story— Part I, JSS 62, 1. 1974

5. . M.C. Chand Chirayu Rajani. .Background To Sri Vijaya Story–part II [review Article on S. Paranavitana, Ceylon and Malaysia]. In Journal of the Siam Society, 62, 1. 1974

6. S. Paranavitana. Ceylon and Sri Vijaya, in Artibus Asiae. Supplementum, Vol. 23, Essays Offered to G. H. Luce by His Colleagues and Friends in Honour of His Seventy-Fifth Birthday. Volume 1: Papers on Asian History, Religion, Languages, Literature. Music Folklore, and Anthropology. Artibus Asiae Publishers. 1976

7. S. Paranavitana. Princess Ulakudaya’s Wedding University of Ceylon Review, Vol. XXI No. 2, October 1963

8. Senarat Paranavitana. Ceylon and Malaysia Lake House Investments, Sri Lanka. 11976

9. Srikandi, Al Semantani dan Ibnu Rusydi, Membongkar Rahsia Dunia Melayu, Pribumi Asia Tenggara Menjawab Kekeliruan Sejarah. Hijjaz Record Publishing, 2014.

10. Noboru Karashima dan Tansen Sen. Chinese Texts Describing or Refrrering to The Chola Kingdom as Zunian.

11. South-East Asian History (Singapore) September. 1964


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

3 Comments

  1. This article is total lie. Go google and check facts as written by the French scholars. Srivijaya sustained heavy lost when it fought Chola. Infact they sent ambassador to Chola kingdom to beg for mercy. Stop being proud of lies!

    • sendiri tulis sejarah di kuil kut. yg peliknya cerita chola hebat2 tapi bla mati xada rekod sbb kematian. kat kuil ada cerita tak chola kalah di sri lanka. yg kalah yg tak best tak mau tulis cerita.

Reply To Srivijaya Cancel Reply