Suara dan gayanya memang cukup dikenali. Dia sering membawa peranan antagonis dalam filem-filem terbitan studio Jalan Ampas pada tahun 1950-an dan 1960-an. Inilah Salleh Kamil, “supervillain” paling agung dalam sejarah perfileman Melayu.

Salleh Kamil atau nama sebenarnya Salleh bin Abdullah dilahirkan pada 24 April 1924 di Singapura. Sebelum menjadi pelakon filem, beliau bekerja sebagai pemandu teksi untuk mencari nafkah kehidupan.

Dia sering menghantar orang ke studio Jalan Ampas. Penumpang teksinya terdiri daripada pelakon-pelakon yang bekerja di studio itu. Salah seorang yang kerap menjadi penumpangnya ialah P. Ramlee yang pada ketika itu tengah naik sebagai penyanyi dan pelakon.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Setiap kali menghantar P. Ramlee, Salleh akan mengambil kesempatan untuk berbual tentang bekerja sebagai pelakon. Lama kelamaan, minatnya untuk berlakon itu timbul. Pada tahun 1951, Salleh memberanikan diri untuk pergi screen test dan nasib menyebelahi dirinya.

Salleh diterima berlakon tapi dengan syarat dia perlu menukar namanya kerana di studio ketika itu sudah ada pelakon tambahan bernama Salleh Abdullah. Pihak studio mencadangkan agar dia menggunakan nama “Salleh Kamil” sebagai nama komersialnya.

Kali pertama Salleh Kamil muncul di layar perak ialah menerusi filem Penghidupan (1951) sebagai watak penari tanpa dialog. Selepas berlakon dalam beberapa buah filem, Salleh mula diberi peranan sebagai watak jahat.

Awal tahun 1950-an tu pelakon berwatak jahat belum ramai. Yang selalu berlakon watak jahat di studio Jalan Ampas ketika itu ialah A. Rahim dan Nordin Ahmad.

Ketika P. Ramlee diangkat menjadi pengarah pada tahun 1955, dia telah memilih Salleh Kamil sebagai watak jahat utama kepada Salleh Kamil untuk filem Penarek Becha.

Pemilihan itu sudah kena pada tempatnya kerana Salleh Kamil berjaya membawa peranan sebagai Ghazali itu dengan sangat baik sehingga membuatkan penonton meluat kepadanya.

Menerusi filem Penarek Becha, Salleh Kamil telah berjaya mendapat Anugerah Seniman Pembantu Terbaik melalui satu pertandingan yang dianjurkan oleh Utusan Filem dan Sport, salah satu akhbar terbesar di Tanah Melayu pada tahun 1955. Ala-ala ABPBH jugalah anugerah ni.

Setelah memenangi anugerah itu, nama Salleh Ghani menjadi semakin popular dan menjadi rebutan pengarah di studio Jalan Ampas untuk melakonkan watak jahat dalam filem mereka.

Setiap kali ditanya rahsia kejayaannya sebagai pelakon watak jahat, Salleh Kamil akan memberi penghargaan kepada P. Ramlee yang dianggapnya sebagai orang yang bertanggungjawab menaikkan namanya.

Komen Salleh Kamil terhadap berlakon sebagai penjahat dalam filem: “Hebat juga menjadi orang jahat ini. Peminat bukan sahaja mencemuh, ada juga yang meludah jika bertemu. Tetapi saya puas kerana watak itu berkesan.”

Sebagai pelakon berwatak jahat, Salleh Kamil dibayar $350 sebulan. Selain daripada berlakon, dia juga turut menyumbang ilmu lakonannya dan sering menjadi penasihat babak pergaduhan kepada pelakon-pelakon lain seperti Jins Shamsudin, Aziz Jaafar dan Ahmad Mahmood.

Falsafah lakonan Salleh Kamil: “Untuk menimbulkan watak jahat di dalam lakonan bukanlah dibentuk dalam chorak air muka garang, perchakapan kasar dan pergerakan ganas. Ada tempatnya watak jahat dapat diperlihatkan dalam chara lemah lembut tetapi mampu menimbulkan kesan buruk”.

Ketika dipilih untuk berlakon dalam filem 3 Abdul, P. Ramlee telah mengubah sedikit peranan jahat Salleh Kamil. Walaupun masih berperanan jahat tetapi diselitkan juga elemen komedi pada watak Kassim Patolan, tuan penasihat 25%.

Salleh Kamil sangat gembira berlakon dalam filem 3 Abdul kerana ia memberi satu kelainan kepada watak jahat yang sering dibawa olehnya. Kata Salleh Kamil: “Menjadi seorang pelakon bukanlah semata-mata tergantung kepada bakat, tetapi perlu mendalami kepada tugas lakonan”.

Sepanjang kariernya sebagai pelakon, Salleh Kamil telah berlakon lebih daripada 40 buah filem. Antara filem-filem lakonan Salleh Kamil:

Apabila studio Jalan Ampas ditutup pada tahun 1967, Salleh Kamil memilih untuk terus bersara daripada berlakon. Dia meneruskan kehidupannya dengan kembali membawa teksi. Apabila ditanya tentang soal ini, Salleh Kamil jawab: “Nak cari makan. Apa nak dimalukan?”

Dalam kebanyakan watak jahat yang dilakonkan oleh Salleh Kamil, yang paling meninggalkan kesan pada dirinya ialah ketika berlakon dalam filem Isi Neraka pada tahun 1960. Anda boleh baca kisahnya di sini: https://thepatriots.asia/salleh-kamil-menggigil-selepas-lafas-dialog-dalam-isi-neraka/

Salleh Kamil telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Singapura pada 4 Julai 1998 ketika berusia 74 tahun. 4 Julai lepas, genap 23 tahun pemergian Salleh Kamil ke Rahmatullah.

Al Fatihah buat rohnya.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang peminat sejarah filem tanah air. Suka menonton filem-filem Melayu hitam putih, terutama sekali arahan Hussain Haniff dan M. Amin.

Comments are closed.