Salji Turun Di Arab Saudi Tanda Kiamat?

5,726

Pra-tempah hanya di Shopee

Jemaah haji sering berkongsi pengalaman semasa mengerjakan ibadah di bumi Arab Saudi. Perjalanan ke Mekah dan Madinah selalu memakan masa lama. Dan kerap kali mereka menjemur pakaian basuhan di bahagian bumbung.

Bagi mereka, ini iala pengalaman sangat manis. Pulang saja di Malaysia, kenangan ini bagaikan terbawa-bawa.

Kadangkala jemur kain di rumah sendiri pun boleh bergelinangan air mata, memikirkan pengalaman di Mekah. Tanpa henti mereka berkongsi: jemur kain di Mekah sekejap saja kering.

Sebenarnya inilah gambaran rakyat Malaysia tentang Arab Saudi – kering, panas dan pasir. Tidak peliklah apabila datang saja salji di Arab Saudi, ramai hilang arah memikirkan ini petanda kiamat.

Tanggapan sebegini sebenarnya berlaku kerana ramai tidak faham tentang Arab Saudi.

Pertama sekali, Arab Saudi mempunyai saiz tanah yang sangat luas: 16 kali ganda lebih besar daripada Semenanjung Malaysia, yang dibahagikan kepada 13 buah emiriyah (negeri).

Emiriyah paling besar terletak di bahagian timur yang bersempadan dengan Bahrain, Iraq, Kuwait, Oman, UAE dan Yaman.

Di sebelah utara pula, Emiriyah Jawaf, Hudud Samaliyya dan Tabuk yang berkongsi sempadan dengan Jordan. Inilah realiti Arab Saudi, sebuah negara besar yang skalanya dilihat hanya Mekah dan Madinah sahaja.

Kitaran Alam Semulajadi

Pada 20 Januari 2021, Arab Saudi dikejutkan dengan berita salji. Kelibat warga Arab yang berserban kufiyah berlari lintang pukang dalam kesejukan ialah satu kelainan.

Tetapi seperti biasa, unta-unta di sana kelihatan tenang dengan senyuman kehaiwanan yang semua boleh agak.

Tidak pasti sama ada Algeria atau Saudi… tetapi Saudi bersalji juga.

Wilayah ‘Asir terletak di bahagian selatan mencatatkan suhu -2ºC, buat julung kalinya sejak 100 tahun lalu. Malah salji juga menyentuh bumi ‘Asir buat pertama kali dalam sejarah 50 tahun (Esquire, 2021).

Padang pasir ‘Asir yang dilitupi empingan salji, kelihatan seperti tepung gandum serba mulus.

Kejadian ini memang semulajadi. Wilayah Tabuk ialah salah satu kawasan paling sejuk di Arab Saudi. Biasanya suhu wilayah ini dalam lingkungan 4ºC.

Tetapi pada 15 Januari 2020, penduduk Tabuk mendapati keliling mereka penuh dengan salji (Chamas, 2020). Ini bermakna, salji ialah satu kebiasaan di Saudi cuma jarang berlaku sahaja.

Menurut pakar meteorologi bernama Eric Leister, kejadian salji di Arab Saudi berlaku disebabkan sebuah ribut kuat daripada Selatan Eropah yang menghala ke Timur Tengah.

Udara kawasan menjadi sejuk yang akhirnya turunlah salji.

Chilling in Saudi katanya

Ribut tersebut menghala ke UAE juga, menyebabkan banjir di emiriyah Dubai dan Sharjah. Malah Afghanistan, Iran dan Pakistan melaporkan kejadian salji rµntµh, seperti di Kashmir dimana 69 orang terbµnµh (Reuters, 2020).

Asbab Perubahan Iklim

Arab Saudi melaporkan salji yang berlaku secara ringan, meskipun dicetuskan sebuah ribut benua lain.

Ada pendapat menyatakan bahawa kejadian ini berlaku disebabkan perubahan iklim, satu perkara yang tidak boleh dinafikan sama sekali.

Melihat keadaan yang menimpa negara-negara Barat, perubahan iklim semakin melampau juga. Kerana salji di sana sememangnya lebih ketara sejak kebelakangan ini. Sesetengah negara sepatutnya hujan lebat tiba-tiba bersalji pula (EDF, n.d.).

Jerman mencatatkan suhu negatif dua angka sejak kebelakangan ini, dengan salji setebal 80 sentimeter (30 inci). Kejadian ini dipercayai kerana masalah yang berlaku di Kutub Utara yang mempengaruhi imbangan cuaca dan musim.

Perubahan iklim pula menyebabkan cuaca lebih melampau, bukan setakat mengganggu imbangan suhu dalam sebuah negara.

Suhu Arktik misalnya semakin meningkat, yang menjejaskan keutuhan ais di kawasan tersebut. Apabila ais ini cair, tentu sekali aras laut pun boleh terganggu.

Dan Arab Saudi semakin cakna tentang impak perubahan iklim sejak kebelakangan ini. Kerajaan Saudi sudah lama bergantung pada industri minyak tanpa mempelbagaikan ekonomi. Kejatuhan harga bahan api mendidik pentadbiran Saudi supaya lebih kreatif dan inovatif, dua kelemahan utama negara sejak azali lagi.

Arab Saudi juga gusar jika negara mereka menjadi panas dan sejuk secara melampau (Williams et al., 2012), sekali gus memberikan tekanan terhadap ekonomi dan sosial.

RUJUKAN:

Chamas, Z. (2020, Januari 15). Saudi Arabia’s north-west desert covered in snow after unusual winter storm. ABC.

EDF. (n.d.). 4 reasons climate change is here, even though it’s cold.

Esquire. (2021, Januari 20). Snow falls in Saudi Arabia for the first time in 50 years.

Reuters. (2020, Januari 15). Winter (ditapiskan) claim at least 69 lives across Kashmir in Pakistan and India. ABC.

Williams, J.B., et al. (2012). Climate change and animals in Saudi Arabia. Saudi Journal of Biological Sciences. 19 (2): 121-130.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.