Ada orang minta Artificial Intelligence (AI) lukis gambar Rasulullah. Dia taip Prophet Muhammad. Lepas seminit, AI pun tunjukkan gambar yang dilukis. Sekali yang keluar gambar Saladin. Mungkin sebab Salahuddin Al-Ayubi femes kat internet kalau orang google Islam dan Perang Salib. Saladin bangsa kurdi, Rasulullah bangsa arab quraisy. Takkan sama kot.

Macam mana AI lukiskan gambar? Benda ni bukan dari wahyu atau Creatio ex nihilo (Latin for “creation out of nothing”). AI akan cipta apa yang orang minta bersumberkan carian dan data banyak-banyak dalam internet. In a way, jawaban AI hanyalah entry dari manusia sendiri yang menggunakan internet. Lebih kepada algorithm.

Kalau tengok mockumentary Cunk on Earth, pengacara sinikal tu pun tak berani nak buat jenaka pasal Islam. Agama ni banyak benda yang sensitif. Pasal takde muslim yang lukis gambar Rasulullah, jadi AI pun tak boleh nak keluarkan lukisan kalau orang minta. Takde entry dari manusia, takdelah produk dari AI. Berbeza dengan Kristian yang banyak melukis potret Jesus, kenapa Islam tak lukis satu pun lukisan Nabi Muhammad?

Jumpa kami nanti di KLAB2023! Simpan tarikh 23-26 FEBRUARI ya. Jemput ramaikan reruai kami.



Pasal hukumnya haram.

JAKIM pada tahun 2009 telah mewartakan: “Perbuatan melukis, melakar, mengukir, mengilustrasi atau memvisualisasikan gambar para malaikat, Nabi-Nabi terdahulu, Rasulullah SAW dan ahli keluarga serta para Sahabat Baginda SAW utama atau melakonkan watak-watak mereka dalam apa juga bentuk adalah haram.”

Kalau nak lagi faham, katalah ada orang cuba lukis gambar Rasulullah. Apa yang dia lakar atas kanvas, tidak akan menyerupai Nabi yang asli. Di situ boleh jadi penipuan. Kan ada hadis sebut siapa yang menipu atas nama baginda, tempatnya di neraka dah tersedia. Ada orang berani booking seat neraka?

Manusia takkan lari daripada kesilapan. Katalah orang buat lukisan baginda, lepastu ciri-ciri yang dilakarkan tak kena dengan kemuliaan dan kesempurnaan Nabi Muhammad, bimbang-bimbang menyakiti hati baginda.

وَمَا كَانَ لَكُمْ أَن تُؤْذُوا۟ رَسُولَ ٱللَّهِ
..Dan tidak boleh kamu menyakiti (hati) Rasulullah.. (Surah Ahzab ayat 53)

Memadailah keindahan paras baginda dikumpulkan dalam kitab Syamail Muhammadiah karangan Imam Tirmizi dan kitab Asy-Syifa’ karangan Qadi Iyadh. Rasulullah adalah qudwah dan uswatun hasanah. Gambaran dari tangan manusia biasa tak mampu merangkumkan keindahan baginda. Malah merisaukan jika lakaran yang tidak sempurna boleh membuat umat memandang serong kepada baginda. Takut jadi fitnah. Lebih mengkhuatirkan jika ada orang yang asalnya cinta kepada Rasulullah, tetapi setelah melihat lakaran baginda dari khayalan manusia biasa, dia boleh berubah sikap. Ini yang kita tak nak.

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia


Ulama’ Islam bersepakat dalam pengharaman ini:

1. Fatwa Syeikh Hasanain Makhluf Rahimahullah yang bertarikh 5 Mei 1950 melalui al-Fatawa al-Islamiyyah, Jilid 4, halaman 1297 yang mana turut mengatakan haram.
2. Lajnah al-Fatwa Al-Azhar pada Jun 1968.
3. Majlis Majma’ Buhuth Islamiyah pada bulan Februari 1972.
4. Muktamar ke-8 Majma’ pada bulan Oktober 1977.
5. Majlis Majma’ pada bulan April 1978.
6. Dar Ifta’ Mesir pada bulan Ogos 1980.

Inilah faktor mengapa AI gagal untuk lukis gambar Rasulullah. Pasal takde contoh dari umat Islam, jadi takdelah gambar Rasulullah yang dimuatnaik dalam mana-mana website.

Bagaimanapun, ada satu riwayat yang menarik. Wujud satu gambar yang takde siapa upload dalam internet. AI pun tak tahu. Boleh buka kitab Dalail Nubuwwah karangan Al-Hafiz Imam Al-Baihaqi, kitab Hayatus Sahabah karangan Maulana Yusuf Al-Khandalawi, kitab Al-Mustadrak karangan Imam Hakim dan Tafsir Ibn Katsir bagi Surah Al-A’raf ayat 157.

Pada satu hari, Hisyam bin al-As (r.a.) dan seorang lagi sahabat pergi ke Rom. Mereka disambut oleh Heraclius. Di sana, dua orang sahabat ini ditunjukkan gambar Nabi-Nabi.

“Seterusnya, dia membuka lagi gambar lain yang berwarna putih. Dia bertanya, “Adakah kamu kenal siapa ini?” “Ya. Kami kenal. Ini ialah Muhammad Rasulullah SAW.” Dengan tidak semena-mena kedua-dua Sahabat itu mengalirkan air mata. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui apakah perasaan kedua-dua orang Sahabat itu. Hercules berkata, “Adakah kamu yakin ini gambarnya?” “Ya.”

Ia terlakar atas sutera dan diwarisi dari Nabi Adam yang meminta Allah tunjukkan siapakah anak cucunya yang menjadi Anbiya’. Gambar tersebut disimpan oleh Kerajaan Rom dan dikatakan bakal diambil semula oleh Umat Islam pada zaman Imam Mahdi esok.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply