Hubungan antara Kerajaan China dan Islam dikira agak akrab walaupun kadang-kala menghadapi gelora terutamanya semasa zaman pemerintahan Dinasti Qing . Semasa Kempen Pembasmian Agama-Agama Asing pada tahun 845, Mahajara Wuzong dari Dinasti Tang telah mengecualikan agama Islam sebagai agama yang perlu dibasmi di China. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan ajaran Buddha dan Confucius namun itu tidak bermakna kerajaan China ini tidak boleh menjalinkan hubungan yang baik dengan Kerajaan Islam pada waktu itu.

Hubungan antara Islam dan China sudah bermula seawal zaman Dinasti Tang lagi dan apabila Dinasti Yuan mengambil alih China, maka perkembangan Islam di China semakin pesat dimana pemerintah Yuan telah mengambil orang Islam sebagai pegawai kerajaan termasuk menjawat jawatan tinggi kerajaan.

Pada abad ke-14, Ibnu Battutah telah merekodkan bahawa di China pada waktu itu sudah wujud komuniti Islam yang agak besar. Perkara sama turut direkodkan oleh Marco Polo sekitar tahun 1275-1292 dimana beliau beberapa wilayah terutamanya di Yunnan telah mencatatkan jumlah penduduk Islam yang tinggi dan perkara ini bukanlah pelik kerana Gabenor Yunnan pada waktu itu ialah seorang Islam iaitu Sayyid Ajall.

Hubungan awal Islam-China mungkin hanya bermula semasa lawatan Saad bin Abi Waqqas ke China pada tahun 651 yang menggunakan jalan laut dan kemudiannya meneruskan perjalanan ke istana China yang terletak di Chang An. Rombongan Duta Islam ini ialah berjumlah seramai 15 orang dan dicatatkan secara terperinci dalam catatan Dinasti Tang. Sejak rombongan pertama itu, istana China telah mencatatkan kedatangan rombongan arab-Islam sebanyak 39 kali.

Hubungan China-Islam makin diperkuat apabila Maharaja Daizong dari Dinasti Tang meminta bantuan daripada Khalifah kedua Abbasiyah iaitu Abu Jaffar Al Mansur untuk menumpaskan pemb3rontakan dalam negara. Ada sesetengah pendapat menyatakan Maharaja Suzong yang meminta pertolongan Abbasiyah. Maka Khalifah Abu Jaffar al Mansur telah menghantar 4000 tentera Islam dari suku Tujue ( banyak pendapat mengenai tempat asal utentera Islam ) untuk menumpaskan pemberontakan yang didalangi oleh An Lushan sejak zaman Maharaja Xuanzong.

Pemberontakan ini hanya berakhir apabila mereka kalah semasa pemerintahan Maharaja Daizong. Selepas berjaya mengalahkan pemb3rontakan tersebut, Maharaja Daizong telah membenarkan tentera Abbasiyah untuk tinggal di China dan daripada disinilah lahir suku Hui apabila tentera Islam tersebut berkahwin dengan penduduk tempatan.

Untuk makluman pembaca, suku Hui dan Uighur adalah berbeza walaupun keduanya menganut agama Islam. Namun begitu ada juga pendapat bahawa kedatangan rombongan Saad Bin Abi Waqqas inilah bermulanya kewujudan suku Hui apabila Maharaja Gaozong telah membenarkan rombongan ini menyebarkan Islam kepada orang Cina.

Semasa pemerintahan Maharaja Yongle iaitu Maharaja ketiga Dinasti Ming pula, muncul Laksamana Zheng He / Cheng Ho yang menjadi penyokong setia baginda. Melalui Zheng He inilah Maharaja Yongle atau Zhu Di mengenali Islam. Baginda sangat menghargai umat Islam sehinggakan telah mengarang sajak untuk memuji Rasulullah.

“Sejak terciptanya alam ini,

Tuhan telah mengangkat seorang pemuda beriman

lagi berakhlak mulia,

Dari barat dia dilahirkan

Menerima kitab suci wahyu ilahi

Kitab terhimpun 30 juzuk

Buat panduan sekalian makhluk

Dialah raja sekalian raja

Penghulu sekalian nabi

Dengan bimbingan Yang Maha Mulia

Dipertahankan negara tercinta

Dengan lima waktu tunaikan solat

Dalam diam memohon rahmat

Hatinya lurus menghadap Allah

Sang miskin diangkat darjat

Maka tersirna segala sengsara

Dengan melihat disebalik cahaya

Memanggil seluruh jiwa dan roh

Untuk meninggalkan segala kesalahan

Membawa rahmat sekalian alam

Menyingkap rahsia agung nan silam

Memadam segala kejahatan

Itulah agama yang suci penuh kebenaran

Muhammad

Yang Mulia lagi Terhormat”

Maharaja Yongle bukanlah satu-satunya Maharaja China yang kagum dengan Islam. Dalam catatan pengembaran Sulaiman at Tajir dan Abu Zaid As Sirafi  yang bertajuk Rihlatus Sirafi : catatan pengembaraan di Alam Melayu, China, India dan Afrika ada memuatkan kisah mengenai seorang suku Quraisy yang bernama Ibn Wahab yang bercakap dengan Maharaja China mengenai Nabi umat Islam seperti Nabi Nuh, Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad bahkan Maharaja China tersebut dikatakan menyimpan gambar nabi-nabi tersebut.

RUJUKAN:

Ann Wan Seng. 2008. Rahsia Islam di China : Gemilang di Sebalik Tembok Besar. Batu Caves: PTS Islamika

Chong Kok Hoong, Muhammad Suhail Ahmad dan Abdul Hakim Shahbuddin. 2019. Laksamana Zheng He : Teladan Merentasi Zaman. Kuala Lumpur : GPTD

Sulaiman At Tahir dan Abu Zaid As Sirafi ( pent Arsyad Mokhtar ). 2017. Rihlatus Sirafi : catatan pengembaraan di Alam Melayu, China, India dan Afrika. Pulau Pinang : Baytul Hikma


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Sarjana muda pendidikan sejarah UPSI. Kini mengajar di SM Maahad Pontian Johor. Meminati sejarah Melayu terutamanya berkenaan dengan sejarah kerajaan-kerajaan Melayu.

Comments are closed.