Kajian pada masa lalu menunjukkan haiwan yang besar mempunyai risiko kepupusan yang tinggi dan terdapat bukti bahawa manusia telah membantu memupuskan fauna mega pada masa lalu termasuklah mamot. Kini, penilaian telah dibuat dan pada 100 tahun akan datang, kemusnahan habitat, pemburuan haram dan pelbagai tekanan oleh manusia akan menyebabkan mamalia dan burung mengalami pengecilan ekologi.

Saintis telah menjalankan 1,000 senario masa hadapan ke atas 15,500 spesis yang tersenarai dalam Red List of Endangered Species. Setiap spesis diberikan kebarangkalian kepupusan pada tahun 2119. Kepupusan kritikal seperti badak sumbu hitam mempunyai kebarangkalian kepupusan sehingga 99% dan yang terdedah dengan keupusan seperti harimau bintang mempunyai kebarangkalian kepupusan sebanyak 10%.

Keputusan juga mendapati spesis yang besar akan mempunyai pengecilan jisim sebanyak 9%. Pada tahun 2119 nanti juga akan munculya spesis yang bertukar gaya makan daripada makan daging kepada makan serangga dan mempunyai jangka hayat yang pendek.

Pengecilan ini amat merisaukan bukan kita peduli dengan bentuk fizikal haiwan yang kelihatan berkarisma ini, tetapi kerana peranan saiz besar mereka dalam ekosistem seperti memastikan rumput sentiasa produktif dan menghapuskan bangkai – populasi burung hering semakin berkurangan, kadar penyakit meningkat akibat bangkai.

RUJUKAN:

  1. Cooke, R. S. C., et al. (2019). “Projected losses of global mammal and bird ecological strategies.” Nature Communications 10(1): 2279.
  2. https://www.newscientist.com/article/2204256-the-average-animal-will-be-10-per-cent-smaller-in-the-next-century/
  3. New Scientist Issue 3232 agress to indemnify New Scientist LtD and New Scientiest against any claim arising from incorrect or misleading translation.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.