Moving Forward As One

Saintis Temui Sotong Kurita Lutsinar!

477

Semasa ekspedisi jelajah laut dalam di tengah Lautan Pasifik berdekatan Kepulauan Phoenix berlansung oleh Schmidt Ocean Institut bersama saintis dari Boston University dan Woods Hole Oceanographic Institution, para pengkaji ini menemui sotong kurita yang seakan-akan lut sinar melalui rakaman video oleh robot penyelam bernama SuBastian.

Sotong kurita lut sinar? Ya, haiwan aneh ini para pengkaji temui dalam Lautan Pasifik.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Sotong kurita unik yang ditemui sekitar Kepulauan Phoenix ini ialah sejenis spesis sotong bernama sotong kurita gelas (Vitreledonella richardi). Seperti obor-obor, tubuh sotong kurita gelas adalah lut sinar dan hanya mata silinder, sistem saraf, dan sistem pencernaan sotong ini kelihatan dengan mata kasar.

Sotong kurita gelas telah ditemui oleh pengkaji pada 1918. Sotong ini hidup di kawasan perairan tropika dan sub-tropika dengan kedalaman 200 hingga 3,000 meter, menurut laporan dari International Union for Conservstion of Nature.

Terdapat satu lagi laporan pada 1992 dari Journal of the Marine Biological Association of the United Kingdom, menyatakan bahawa mata silinder sotong kurita gelas telah mengalami evolusi untuk beradaptasi dengan keadaan dasar laut dan berlindung dari pemangsa lain.

Tidak ada satu pun rakaman tentang spesis sotong kurita sehinggalah penemuannya melalui dua buah rakaman video dari SuBastian. Ini memudahkan para saintis untuk mengkaji haiwan akuatik yang sukar dikaji.
Selama 34 hari melakukan ekspedisi di Kepulauan Phoenix, kumpulan pengkaji ini memetakan lantai laut seluas 30,000 kilometer persegi dengan memperoleh rakaman dari SuBastian.

SuBastian juga telah merakam kehadiran paus jerung dan kehidupan ketam yang merampas makanan dari ketam lain. SuBastian telah menyelam selama 21 kali bagi merakam kehidupan di dasar lautan Pasifik dengan durasi 182 jam. Sembilan rakaman dari seluruh rakaman itu adalah rakaman dari kepulauan milik AS bernama Pacific Remote Islands Marine National Monument (PRIMNM).

Kata Wendy Schmidt iaitu ketua ekspedisi pemetaan dasar laut itu, laut mempunyai keindahan alam yang masih lagi kita perlu teroka lagi. Ekspedisi ini mengajar kita akan keperluan usaha untuk memahami ekosistem hidupan akuatik kerana asas kehidupan di dunia ini bermula dari lautan.

Lihat rakaman ini jika mahu melihat sendiri sotong kurita gelas:

RUJUKAN:

Geggel, Laura. (14 July 2021). Stunningly Ethereal Glass Octopus Is a Ghostly Vision in The Deep Pacific. Science Alert.

Ruangan komen telah ditutup.