Tahukan apa sebenarnya ikan bilis? Ikan yang biasanya laku dijual di pasar ikan dan dijadikan sebagai sambal ikan bilis. Ikan bilis juga pernah dijadikan sebagai serbuk umami dengan hanya menumbuknya sehingga lumat.

Untuk artikel ini kita bukan nak buat resepi lauk ikan bilis untuk juadah berbuka puasa. Artikel ini membincangkan nenek moyang ikan bilis yang wujud sekitar berjuta tahun dahulu.

Ikan bilis yang wujud pada fasa Epoch iaitu 55 juta tahun dahulu mempunyai tubuh yang panjang sehingga 3.3 kaki (1 meter), gigi yang memanjang dan satu gigi taring wujud di bahagian rahang atas.

Terdapat dua buah fosil nenek moyang ikan bilis ini, masing-masing ditemui di Belgium dan Pakistan. Dinamakan sebagai Clupeopsis straeleni, fosil Belgium ditemui pada 1946. Manakala fosil Pakistan ditemui kemudian pada 1977. Namun fosil Pakistan ini tidak sempat dikaji kerana terus disimpan dalam koleksi muzium.

Setelah dikaji akan fosil Pakistan tersebut, ternyata ia sejenis spesis haiwan yang tidak diketahui. Fosil yang panjangnya semeter ini dan mempunyai taring panjang dinamakan sebagai Monosmilus chureloides. Nama saintifik ini direka mengikut nama Churel, makhluk mistik atau syaitan berupa pontianak yang mempunyai taring yang menakutkan.

Kumpulan penyelidikan paleontologi dari University of Michigan telah membuat perbandingan antara kedua-dua fosil dengan beberapa spesis ikan moden bagi mencari kesamaan. Keputusannya kumpulan ini menyatakan bahawa fosil tersebut berasal dari kelas yang tidak diketahui dari kumpulan ikan Clupeiform (ikan hering dan ikan bilis termasuk dalam kumpulan ikan ini). Lebih tepat kedua-dua fosil ini brasal dari keluarga ikan bilis.

Namun ikan Clupeiform ini adalah pemakan plankton. Adalah bertentangan dengan fosil Clupeopsis straeleni dan Monosmilus chureloides yang mempunyai gigi taring. Berkemungkinan moyang ini dulu mempunyai keupayaan memburu dengan menggunakan giginya sebagai alat buruan atau memerangkan ikan di mulutnya.

Berkemungkinan juga setelah peristiwa kepupusan Cretaceous-Paleogene atau kepupusan dinosaur, keluarga ikan Clupeiform merebak dengan mendadak di lautan, menjadikan nenek moyang ikan bilis sebagai pemangsa teratas.

Namun tempoh ikan bilis ini berada pemangsa teratas tidak kekal. Banyak spesis ikan Clupeiform tidak dapat hidup lama selepas ledakan kumpulan ikan ini. Fosil Clupeopsis straeleni dan Monosmilus chureloides menjadi contoh kepupusannya masih misteri walaupun ia adalah pemangsa teratas. Berkemungkinan juga keterpaksaan untuk bersaing dengan pemangsa lain.

Siapa sangka, ikan bilis yang kita biasa makan pernah menjadi pemangsa di zaman dahulu, kan?

RUJUKAN:

Starr, M (14 May 2020). Scientists Have Discovered Huge Sabre-Tooth Anchovies From Prehistoric Times. Science Alert. Retrieved from 17 May 2020. sciencealert.com/huge-sabre-toothed-anchovies-once-hunted-t…


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.