Perasan tak kalau korang melihat seseorang mengantuk, korang ikut sekali mengantuk? Ya, inilah ‘jangkitan’ yang masih tidak dapat diselesaikan. Saintis sendiri masih tidak dapat menyelesaikan kemisterian ini. Huuaargh… Saya sendiri pun mengantuk semasa meulis artikel ini.

Saintis sebenarnya telah menemui jawapan mengapa manusia dan haiwan dan haiwan menguap dari segi biologi, namun apa yang menyebabkan mengantuk bersifat berjangkit ini mereka masih garu kepala. Bagi mencari jawapannya, saintis perlu menyelidik dari segi fisiologi haiwan, kelakuan psikologi dan sosial. Pokoknya, mereka harus mengkaji lebih mendalam akan sifat mengantuk sebegini.

 

Malah, haiwan buas seperti harimau pun menguap. (Sumber: BBC Science Focus)

 

Seorang ahli biologi evolusi bernama Andrew Gallup dari State University of New York Polytechnic Institute, AS telah menjalankan kajian seperti ini pada tahun lepas. Menurut beliau, mengantuk sebegini adalah cara bagi sekelompok haiwan untuk melaraskan kelakuan dan sebagai amaran berjaga-jaga.

Menguap terjadi apabila kita merasa penat, otot rahang perlu direngangkan, diafragma iaitu otot pernafasan melentur, sehingga mampu menarik nafas dan menyedut udara yang sejuk dan bersih. Menguap juga mampu selaraskan suhu darah supaya dapat sejukkan otak.Dengan ciri-ciri ini, menguap mmenjadi sebahagian dari kejadian haiwan dan manusia.

Menguap juga terjadi sebagai peralihan aktiviti ke aktiviti seterusnya seperti dari kepenatan hingga berehat dengan berbaring, dan dari tidur hingga bangun pagi. Tambahan lagi, menguap sebagai tanda ketiadaan perubahan atau tiada jangkaan baru apabila berada dalam situasi yang kekal. Mudah kata, kalau kita kebosanan, menguap adalah cara kita pamerkan kebosanan.

 

Menguap biasanya hadir apabila kita kepenatan. Menguap tandanya badan kita perlukan rehat dan otak perlukan oksigen. (Sumber: Healthy Life Clinic)

 

Gallup terangkan bahawa menguap beramai-ramai mempunyai manfaatnya sendiri, iaitu panggilan untuk individu lain yang baru bangun bagi seimbangkan kesedaran dengan mengantuk. Melalui kajian Gallup yang lepas, beliau menemui bahawa menguap beramai-ramai boleh meningkatkan kepekaan kepada sekeliling jika seseorang dalam kumpulan menguap keletihan.

Semasa ditemuramah oleh Tess Joosse dari Science Magazine, Gallup menerangkan tentang kajian lepas, di mana mereka peroleh dahulu sukarelawan dan memberikan gambar yang bersifat mengancam, iaitu ular dan gambar tidak bersifat mengancam, iaitu katak. Kemudian para sukarelawan ini harus melihat dahulu beberapa video orang menguap atau menggerakkan mulut, seterusnya mengesan beberapa gambar tersembunyi.

 

Menurut Gallup, kepekaan manusia terhadap bahaya seperti ular lebih tinggi selepas melihat seseorang menguap. (Sumber: Utah State University)

 

Keputusannya, rata-rata sukarelawan yang telah menonton orang menguap mempunyai masa yang begitu singkat mengesan gambar ular, berbanding gambar katak. Keputusan inilah Gallup menerangkan bahawa kepekaan seseorang terhadap bahaya lebih tinggi apabila melihat orang mengantuk. Maka, menguap beramai-ramai ada faedahnya dari segi komunikasi sosial sesama haiwan dan manusia.

The Patriots berada di PBAKL 2022 bermula 3 June sehingga 12 June. Jumpa di sana!

Namun begitu, Gallup harus melakukan kajian ini dengan lebih kerap dan terperinci lagi bagi menguatkan keputusan kaajian lepas. Mungkin kita dapat membongkar keseluruhan kelakuan menguap ini. Mungkin juga menguap beramai-ramai menjadi kelakuan baik iaitu sebagai cara berkomunikasi yang halus kepada individu lain. Jadi, biarkan menguap ‘menjangkiti’ kita semua.

RUJUKAN:

McRae, Mike. 27 May 2022. Scientists Just Got Closer to Understanding Why Yawns Are So Darn Contagious. Science Alert.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply