Selama 150 tahun di mana kursus pengkajian tamadun Mesir Purba atau ‘Egyptology’ menjadi kursus akademik, para akademik masih berdebat akan fungsi sebenar Piramid Giza yang masih kukuh berdiri sejak pemerintahan firaun kedua dari dinasti ke-4, Khufu.

Pada awal penemuan Piramid Giza ini, hipotesis pertama timbul iaitu piramid ini adalah tempat rehat terakhir Firaun Khufu sebelum mangkat. Erti kata lain, makam firaun tersebut. Setelah meneroka ke dalam Piramid Giza, wujud hipotesis-hipotesis terbaru seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Antara hipotesis tertentu adalah: gudang makanan, loji kuasa, loji mengepam air, dan pusat rujukan astronomi. Para pengamal teori Angkasawan Kuno (Ancient Astronaunt) percaya bahawa Piramid Giza adalah ‘satelit’ yang menghubungkan makhluk asing dan tempat pendaratan kapal angkasa mereka.

Kehadiran bilik-bilik bersaiz kecil dan lorong yang begitu panjang selain bilik makam Firaun Khufu menyebabkan wujudnya hipotesis-hipotesis oleh pengkaji yang telah meneliti bahagian dalam piramid tersebut. Apakah benar terdapat fungsi lain Piramid Giza yang Khufu sembunyikan? Jika benar apa tujuan sebenar pembinaannya selain menjadi makam firaun ini?

Untuk artikel ini, saya kongsikan penulisan dari pemegang ijazah kedoktoran (Ph.D) kursus kejuruteraan elektrik bernama Konstantin Borisov, dari Mississippi State University yang kini bekerja sebagai pengkaji di Research Institute of Dielectric Materials and Semiconductors, Rusia. Penulisan beliau adalah dapatkan terkini tentang fungsi Piramid Giza.

PIRAMID GIZA SEBAGAI ‘ANTENA’ CAHAYA

Cahaya boleh dihasilkan oleh mana-mana sistem yang mampu mengeluarkan partikel bercas dan boleh menyuluh ke lapisan atmosfera bernama ionosfera. Fenomena aurora di Kutub Utara adalah fenomena yang disebabkan oleh proses yang sama iaitu elektron terhasil oleh partikel dari sinaran Matahari berlanggar dengan partikel udara, menghasilkan cahaya. Borisov percaya bahawa Piramid Giza berfungsi sebagai ‘mesin’ penghasilan cahaya dengan menggunakan proses semula jadi. Apakah hujah dan bukti kukuh yang membenarkan hipotesis beliau ini?

Pertama, mengkaji bahan binaan pada Piramid Giza. Jika orang zaman dahulu kala ingin membina sebuah sistem untuk menghasilkan gelombang elektromagnetik, dia mesti memilih bahan-bahan binaan yang mampu berbuat demikian. Maka, dia harus memilih bahan binaan yang mempunyai konduksi yang tinggi dan tahan dari keadaan gelombang frekuensi yang tinggi.

Berbalik kepada binaan Piramid Giza, orang Mesir Purba biasa menggunakan batu kapur nummulit untuk membina piramid-piramid sekitar Mesir. Batu kapur nummulit (batu kapur bercampur dengan fosil kerang Nummulit) dianalisis oleh pengkaji dari National Research Center of Cairo dan mereka menemui bahawa batu kapur ini mempunyai konduksi yang tinggi dan mampu menahan gelombang frekuensi sebanyak 600 Tera Hertz. Ini menunjukkan Piramid Giza mempunyai bahan binaan yang mampu menghasilkan gelombang radiasi.

Tetapi piramid ini harus menjadi pemusatan bagi pengumpulan gelombang elektromagnetik jika ingin mencapai fungsi sedemikian. Dan pada tahun 1864, Charles Piazzi Smyth iaitu ahli astronomi British mengemukakan bahawa Piramid Giza berada dalam pusat geografi Bumi (pusat bagi permukaan Bumi) melalui bukunya bertajuk “Our Inheritance in the Great Pyramid”.

Dengan fakta ini Piramid Giza berupaya menjadi pusat pengumpulan gelombang frekuensi kerana kedudukannya. Masalah saterusnya adalah bagaimana piramid ini menghasilkan gelombang dalam kuantiti yang besar? Mempunyai bahan penghasilan gelombang dan pusat mengumpul saja tidak cukup. Ia perlukan kawasan yang luas untuk mencapai proses tersebut. Macam antena tv atau Astro, piring diperlukan untuk memghasilkan gelongan elektromagnetik yang tinggi.

Untuk masalah itu, lokasi Piramid Giza sendiri telah menyelesaikannya. Keliling Piramid Giza adalah kawasan padang pasir dan mempunyai tanah yang rata, tidak ada sebarang bangunan-bangunan kuno dibina selain patung Spinx yang dibina berhampiran piramid tersebut.

Maka, dengan kehadiran ciri-ciri tersebut, Piramid Giza berfungsi sebagai ‘antena’ cahaya yang maha besar, menghantar gelombang terdiri dari elektron sejauh 100 kilometer ke lapisan ionsfera. Seperti pemprosesan aurora, elektron dari piramid berlanggar dengan atom-atom gas dalam ionsfera dan terhasil cahaya samar-samar seperti aurora. Kemudian elektron yang berlanggar itu akan dihantar ke puncak Piramid Giza.

Elektron yang kembali ke piramid itu kemudian tiba ke bahagian dasar piramid dan dari situlah proses seterusnya berlaku iaitu proses menyinari cahaya ke seluruh piramid.

PIRAMID GIZA SEBAGAI ‘MESIN’ PENGHASILAN CAHAYA

GAMBAR 1: LAKARAN PLAN DALAM PIRAMID GIZA

Bilik-bilik yang ditemui dalam perut Piramid Giza sebenarnya mempunyai fungsi tertentu mengikut kajian Borisov ini. Terdapat tiga bilik utama yang dikatakan mempunyai fungsi tersendiri: Bilik Bawah Tanah (Subterranean Chamber), Bilik Permaisuri (Queen’s Chamber). dan Bilik Raja (King’s Chamber).

  • BILIK BAWAH TANAH

Fungsi bilik yang terletak di bawah tapak Piramid Giza ini adalah memisahkan atom hidrogen dan oksigen dari sumber air. Bunyi macam menarik kan? Kalau pembaca pernah belajar dalam subjek kimia, mesti pernah dengar proses elektrolisis (electrolysis) iaitu proses memisahkan partikel-partikel bercas dari sebarang sebatian menggunakandua batang rod terminal yang dicas dengan sumber elektrik.

Jika sumber air dijadikan sebagai bahan uji kaji, apabila melalui proses elektrolisis atom hidrogen dan oksigen akan berpecah menjadi partikel bercas, di mana hidrogen yang bercas positif akan tertarik kepada rod terminal katod (bercas negatif) dan oksigen yang bercas negatif akan tertarik kepada rod terminal anod (bercas positif).

Menurut gambar Bilik Bawah Tanah yang tetera (GAMBAR 2), terdapat dua buah tiang yang dibina menggunakan batu kapur. Dengan adanya elektron dari langit jatuh ke bilik ini, kedua-dua tiang batu kapur secara semula jadi menjadi rod terminal aod dan katod.

GAMBAR 2: BILIK BAWAH TANAH

Sumber air yang melimpag di Bilik Bawah Tanah juga secara semula jadi mengalami proses elektrolisis.

Kita lihat GAMBAR 3 tentang tiang batu kapur dalam Bilik Bawah Tanah. Tiang belah kiri mempunyai puncak yang begiru luas permukaaannya manakala tiang belah kanan hanya mempunyai puncak seakan-akan tirus. Elektron akan banyak tertarik kepada tiang belah kiri dan menjadikan tiang ini sebagai rod terminal anod dan tiang belah kanan yang menerima sedikit elektron menjadi rod terminal katod.

GAMBAR 3: PANDANGAN DARI ATAS BILIK BAWAH TANAH

Gas hidrogen adalah gas lebih ringan dari gas oksigen. Jadi, setelah hidrogen tertarik akan rod terminal katod ia akan mengalir keluar ke lorong yang menuju ke atas piramid. Manakala gas oksigen yang tertarik akan rod terminal anod kekal dalam bilik ini. Gas hidrogen yang mengalir keluar ini akan pergi ke bilik seterusnya iaitu Bilik Permaisuri.

  • BILIK PERMAISURI

Tibanya gas hidrogen ke Bilik Permaisuri, gas ini tidak akan mengalir terus kerana terhalang oleh pintu yang menutupi lorong lain bernama Pintu Gantenbrinks.

GAMBAR 4: PINTU GANTENBRINKS

Bilik Permaisuri yang diisi dengan gas hidrogen akan mengalami tekanan tinggi dan proses menghasilan elektron dari gas hidrogen berlaku. Dengan adanya kuprum dari Pintu Gantenbrinks yang mampu menghasilkan gelombang elektromegnetik, proses pengionan (ionization) hidrogen berlaku secara semula jadi, kemudian terhasilnya elektron bercas.

  • BILIK RAJA

Elektron yang terhasil dari Bilik Permaisuri kemudian mengalir ke Bilik Raja. Dalam Bilik Raja terdapat batu granit berwarna merah yang mempunyai ketumpatan kristal yang tinggi. Batu granit ini apabila terdedah terhadap getaran, lapangan elektrik keluar dari batu tersebut, menarik elektron kemudian menolaknya terus ke puncak piramid, seterusnya cahaya akan menyinari seluruh Piramid Giza.

GAMBAR 5: MAKAM KOSONG DALAM BILIK RAJA

Terdapat juga makam kosong dalam Bilik Raja ini yang bagi Borisov ia mempunyai fungsi penting walaupun menjadi pertanyaan bagi ahli akademik lain. Borisov percaya bahawa makam itu berfungsi sebagai penaik voltan tinggi untunk menjadikan ruang bilik ini mempunyai ruang konduktif untuk menyinari piramid.

Dengan kesemua penjelasan fungsi-fungis ketiga-tiga bilik serta bangunan Piramid Giza itu sendiri, Borisov yakin bahawa Piramid Giza adalah ‘lampu’ semula jadi yang menyinari seluruh piramid serta makam Firaun Khufu, Beliau percaya bahawa bangunan-bangunan kuno yang dibina hampir seluruh dunia mempunyai fungsi yang sama seperti Piramid Giza.

Walau bagaimanapun, ini hanyalah kajian selidik Borisov dalam konsep kejuruteraan elektrik yang hadir dalam Piramid Giza, mewakili sesetengah ahli akademik yang percaya bahawa piramid ini adalah cawangan penghasilan cahaya.

RUJUKAN:

Christopher, D. (1998). “The Giza Power Plant: Technologies of Ancient Egypt” Bear and Company, 1st edition.

John Cadman “the great Pyramid’s subterranean chamber hydraulic pulse generator and water pump” http://sentinelkennels.com/Research_Article_V41.html

Barsoum, A. Ganguly, and G. Hug. (2006). ”Microstructural Evidence of Reconstituted Limestone blocks in the Great Pyramids of Egypt, Journal of the American Ceramic Society”.

Bruce A. Buffer.(1992). “Constrains on magnetic energy and mantle conductivity from the forced nutations of the Earth”. Papers on Geomagnetism and Paleomagnetism Marine Geology and Geophysics.

Borisov, K. (14 January 2021). Has the Function of the Great Pyramid of Giza Finally Come to Light? Ancient History. https://www.ancient-origins.net/ancient-places-africa/has-function-great-pyramid-giza-finally-come-light-009861


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.