Peristiwa melibatkan Nabi Lut (as) diulas lebih panjang dalam kitab-kitab pra-Qur’an. Sirah ini melibatkan kota Sodom dan Gomorrah. Dua malaikat dihantar untuk menyelamatkan keluarga baginda daripada bala yang menghampiri.

Baginda sekeluarga diperintah supaya tidak toleh ke belakang. Bersama dua puterinya, Lut (as) selamat. Tetapi isterinya menoleh belakang. Lalu terus ditukar menjadi garam.

Kisah ini banyak ditafsir secara simbolik. Seorang manusia bertukar menjadi garam adalah sesuatu yang luar kotak pemikiran. Sama ada bala Tuhan itu bersifat eksklusif di luar sempadan sains, atau tafsiran simbolik semata-mata.

Apa yang berlaku di Sodom dan Gomorrah pula nampak seolah-olah sangat dαhsyαt. Tidak mungkin angkatan mµsµh boleh berbuat sedemikian. Malah letusan gunung berapi pun tidak begitu kuat untuk menterbalikkan bumi kota ini.

Gambaran ketika itu.

Jadi apa yang berlaku? Saintis barangkali berjaya merungkaikan punca bermisteri ini.

Sekumpulan saintis sudah lama mengkaji di tapak arkeologi Tall el-Hammam. Di sini ada tinggalan kota terdahulu yang lenyap daripada permukaan bumi.

Mereka mencurahkan keringat di sini selama 15 tahun; selangkah demi selangkah, mereka cuba mengenal pasti asbab dan punca kota ini lenyap. Akhirnya, mereka berjaya meletakkan nokhtah: asteroid.

Tall el-Hammam terletak di Lembah Jordan, yang dari dulu lagi sesuai dibuat tempat tinggal. Manusia sudah mendiami kawasan ini sejak 4300 S.M.

Bermakna Tall el-Hammam sudah berpenghuni sejak Zaman Khalkolitik lagi. Ramai menyukai kawasan ini, mungkin kerana sebatang sungai berhampiran.

Tell el-Hammam yang mempunyai dua bahagian.

Akan tetapi, pendudukan di Tall el-Hammam berakhir pada 1550 S.M. Selepas tahun itu, rantau ini menjadi sunyi belaka sampailah 980 S.M.

Semua boleh nampak – saintis tiada bukti pendudukan manusia selama 500 tahun, berpunca daripada asteroid tersebut. Padahal Tall el-Hammam adalah tempat yang membangun, dengan 50,000 penduduk (sangat ramai ketika itu).

Mereka membina bangunan setinggi lima tingkat, sambil membudayakan pembuatan tembikar. Semua kemajuan ini hilang pada tahun 1550 S.M.

Tetapi sehingga hari ini, saintis tidak menemui sebarang kawah di Jordan. Kalau ada kawah, tentu sekali mereka tidak perlu mengambil masa 15 tahun untuk kaji. Jelas dan tertera bukti heηtαmαη – perlu kaji punca apa lagi, bukan?

Sebenarnya asteroid tidak semestinya meninggalkan kawah, sekalipun batu bersaiz gergasi. Saintis mendapati Tall el-Hammam mµsηαh kerana asteroid yang meletµp di langit (Gershon 2021).

Suhu udara pun melambung hingga 2,000°C, dengan haba dibawa angin 1,200 km/j ke merata tempat.

Angin sebegini kuat akan membiηαsαkan apa-apa sahaja. Bangunan tentu sekali diratakan. Besi pun boleh cair. Tiada apa yang tinggal di Tall el-Hammam, kerana “Tuhan menghujankan api dan belerang daripada langit” (Genesis/Luke).

Mungkin inilah yang menyebabkan isteri Nabi Lut (as) bertukar menjadi garam. Kerana suhu maksimum boleh ditanggung kulit adalah 72°C. Tetapi faktor garam itu menarik untuk diulas. Saintis menemui kesan garam sangat tinggi di Tell el-Hammam (Bressan, 2021).

Dari mana datangnya garam ini? Cuba tengok apa yang ada dekat dengan Tell el-Hammam.

Cuba tengok apa ada di bawah Tell el-Hammam.

Saintis percaya yang kedatangan asteroid telah “mengangkat” garam daripada Laut Mαti, yang kemudian ditiup ke Tell el-Hammam.

Jadi sekarang, tertanya-tanya balik: kisah isteri Nabi Lut (as) bertukar menjadi garam itu simbolik… atau benar-benar berlaku dengan penemuan bukti saintifik sebegini? Mungkin inilah dia maklumat yang dinanti-nantikan begitu lama.

RUJUKAN:

Bressan, D. (2021, September 21). Study Suggests That A Tunguska Sized (ditapiskan) (ditapiskan) A City 3,600 Years Ago. Forbes.

Gershon, L. (2021, September 22). Ancient City’s (ditapiskan) by (ditapiskan) Space Rock May Have Inspired Biblical Story of Sodom. Smithsonian Magazine.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.