Ketika ini, usaha penyelidikan dan penjelajahan planet Marikh sedang berjalan baik agensi kerajaan mahupun pihak swasta. Ini bagi membuka jalan kepada penubuhan koloni manusia di sana seperti yang diimpikan oleh Elon Musk dan Jeff Bezos. Bagaimanapun, seperti diperkatakan Dr Mark Watney (Matt Damon) dalam filem The Martian, penubuhan koloni bergantung kepada bagaimana manusia dapat menghasilkan mikroorganisma diperlukan untuk membentuk sistem sokongan kehidupan di Marikh.

NASA dan SpaceX (firma angkasa lepas milik Musk) sudah menegaskan antara cabaran penubuhan koloni manusia di Marikh ialah cabaran dari segi logistik. Sebarang idea membawa makanan dan oksigen ke sana dari bumi dianggap mustahil. Jadi, satu-satunya cara untuk merealisasikan impian itu ialah menghasilkan semuanya di Marikh.

Satu jenis mikroorganisma yang dilihat sesuai untuk tujuan ini ialah cyanobacteria. Jenis ini dilihat sesuai kerana ia boleh menghasilkan oksigen melalui proses fotosintesis dan menukar gas-gas seperti nitrogen dan karbon kepada nutrien yang boleh menyokong tumbuhan. Atmosfera Marikh mempunyai kedua-dua gas ini dan ia dilihat kunci kepada pembentukan ekosistem kehidupan di Marikh.

Begitupun, ia bukan bermakna ia solusi terbaik ke arah pembentukan koloni manusia. Ini kerana tekanan atmosfera di Marikh hanya sebahagian dariapda tekanan atmosfera bumi sekaligus menyebabkan air cecair tidak boleh wujud dan cyanobacteria tidak boleh tumbuh. Justeru, sekumpulan saintis mencadangkan pembentukan sebuah bioreaktor yang boleh meniru atmosfera bumi tetapi perlu bergantung kepada gas yang dibawa dari bumi.

Menerusi jurnal Frontiers in Microbiology, mereka percaya sejenis alga bernama Anabaena cyanobacteria sebagai bahan eksperimen sesuai untuk menguji bioreaktor yang dipanggil Atmos. Atmos terdiri daripada sembilan kebuk yang dikawal tekanan dan membenarkan saintis menghasilkan cyanobacteria dalam keadaan sama seperti Marikh.

Rajah 1: Bioreaktor Atmos.

Paling penting, ia boleh tumbuh dengan rancak dalam situasi atmosfera terdiri daripada 96% nitrogen dan 4% karbon dioksida dengan tekanan 100 hPa atau satu persepuluh daripada tekanan atmosfera bumi. Air boleh dimasukkan dalam bioreaktor tetapi ia boleh diperoleh di Marikh menerusi kawasan-kawasan yang diliputi ais.

Untuk langkah seterusnya, kumpulan penyelidik cuba menghasilkan semula regolith Marikh – lapisan habuk yang biasa ditemui di permukaan planet itu dan digunakan sebagai cara menghasilkan cyanobacteria. Hasilnya, cyanobacteria masih tumbuh tetapi tidak serancak mengikut medium penanaman biasa. Dalam tempoh 28 hari, ia berupaya menghasilkan separuh klorofil daripada klorofil yang dihasilkan dalam keadaan sama tapi menggunakan tanah biasa.

Akhir sekali, saintis menggunakan Anabaena cyanobacteria sebagai bahan untuk menghasilkan bakteria E. coli. Organisma sebegini boleh dihasilkan melalui biokejuruteraan dan boleh digunakan untuk menghasilkan sesetengah makanan dan ubat-ubatan tetapi tidak boleh tumbuh di Marikh. Tetapi dengan menjadikan Anabaena cyanobacteria sebagai asas, bakteria E. coli boleh dihasilkan dalam situasi Marikh.

Ini menjadikan spesies ini sesuai digunakan sebagai medium menghasilkan lebih banyak organisma di planet merah itu. Walaupun kajian bioreaktor ini mengujakan para saintis, salah seorang daripada mereka iaitu Cyprien Verseux mengingatkan ia masih lagi di peringkat awal. Tetapi beliau percaya ia boleh menjadi batu asas kepada penghasilan sistem penyokong kehidupan Marikh yang boleh diharap kelak.

RUJUKAN:

Taub, B. (2021). Algae Could Be Grown On Mars To Sustain Human Life. IFLScience!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.