Saintis-Saintis Diseluruh Dunia Berganding Bahu Mencari Penawar Covid-19

1,612

Semalam (16 Mac 2020), lima organisasi besar iaitu Microsoft, Allen Institute for AI, The National Institute of Health’s National Library of Medicine, The Chan Zuckerberg Initiative dan Georgetown University’s Centre for Security and Emerging Technology telahpun bekerjasama bagi menubuhkan satu dataset yang besar, dengan tujuan untuk memudahkan kajian terhadap COVID-19 dibuat.

Figure 1: Lima organisasi yang bersatu menggembleng tenaga.

Dataset ini yang dilihat merupakan salah satu koleksi menyeluruh berkaitan dengan virus Corona, merupakan sebahagian daripada permintaan yang dibuat oleh bahagian Polisi Sains dan Teknologi White House, di mana dataset ini mengandungi hampir 29,000 artikel terkini berkenaan virus Corona.

Dataset yang diberi nama COVID Open Research Dataset (CORD-19) ini merupakan satu usaha bersama untuk menggalakkan kajian dengan bantuan kecerdasan buatan (artificial intelligence) dan pembelajaran mesin (machine learning). Berikut merupakan sumbangan setiap organisasi dalam membantu golongan penyelidik virus Corona –

  • Microsoft – membantu dari segi memberikan kemudahan bacaan (literature curation tools).
  • The Allen Foundation for AI – membantu menjadikan bahan bacaan dan kajian kepada sesuatu yang boleh ditafsir oleh mesin (machine readable).
  • The National Institute of Health’s National Library of Medicine – memberikan akses kepada sumber-sumber rujukan dan kajian berkaitan dengan pesakit dan penyakit virus Corona.
  • The Chan Zuckerberg Initiative – memberikan akses kepada artikel-artikel berbayar dan mana-mana artikel yang masih lagi dalam proses peer-review.
  • Georgetown University’s Center for Emerging Technology – bertindak sebagai coordinator yang menjadikan projek ini satu realiti.

Antara sumber utama makalah dan artikel adalah daripada pengkalan data daripada World Health Organization (WHO), selain PubMed yang merupakan salah satu pengkalan data sains kesihatan dari Amerika Syarikat, serta data dari Microsoft Academic, bioRxiv dan medRxiv. Data-data dan makalah ini semua boleh diakses dalam laman web ini.

Selain dari usaha CORD-19 ini, laman sesawang Kaggle, yang merupakan komuniti bagi penyelidik kecerdasan buatan yang dikendalikan oleh Google telahpun mengadakan perbincangan sesame mereka.

Antara soalan penting yang perlu mereka jawab adalah “Apa yang kita tahu tentang asal usul virus ini, genetiknya dan bagaimana cara ia berevolusi?” “Berapa banyak faktor risiko yang kita tahu?” serta soalan “Apakah kajian yang telahpun dibuat mengenai etika dan sains sosial yang perlu masyarakat patuhi sewaktu wabak ini berlaku?”.

CEO kepada Allen Institute for AI, Dr. Oren Etzioni berkata bahawa salah satu kelebihan memasukkan elemen kecerdasan buatan dalam kajian adalah kerana ia akan membantu saintis, ahli akademik dan ahli teknologi untuk mencari informasi yang betul dan sesuai dalam masa yang singkat, lebih-lebih lagi dengan lambakan kajian yang terhasil. Adalah amat sukar untuk membaca hampir 20,000 artikel dan memahamkan isi kandungan, maka bantuan kecerdasan buatan adalah amat baik.

Dapatan Terkini.

Kajian serta inisiatif yang dibuat oleh White House ini dilihat bakal membantu ramai saintis, terutamanya dalam bidang sains komputer, bagi membantu dalam menangani wabak virus Corona ini. Kajian terkini meliputi beberapa bidang dan subjek yang spesifik, antaranya:

  • Kajian mengenai pergerakan virus.

Seperti yang kita tahu, virus Corona ini mula dijumpai di Wuhan, China, sebelum merebak ke seluruh China dan pelancong dari China membawa keluar wabak tersebut ke serata dunia. Maka salah satu kunci utama kajian adalah dalam mengkaji pergerakan pelancong dan kaitannya dengan pertambahan bilangan pesakit.

  • Kajian mengenai sifat virus Corona.

Salah satu kertas kajian ada menemukan suatu “hubungan” antara kawasan yang terkena wabak virus Corona dengan suhu dan altitiud. Menurut European Centre for Medium-Range Weather Forecasts ERA-Interim, kawasan yang paling banyak bilangan pesakit Corona adalah kawasan timur dan barat di sekitar latitude 30-50 darjah utara dengan cuaca yang agak sama, iaitu sekitar 5 hingga 11 darjah Celcius.

Figure 3: Kaitan antara suhu dengan lokasi tinggi virus. Perlu diingatkan bahawa ia menunjukkan pattern yang sama, namun tidak semestinya berhubungkait. Ia masih sekadar dalam kategori hipotesis.

Menurut Dr. Joseph Fair, seorang ahli virologist, beliau mencadangkan yang virus Corona ini sebenarnya tiada kaitan dengan haba dan suhu, sebaliknya ia lebih kepada interaksi virus ini dengan cahaya matahari. Sekiranya virus ini terdedah dengan cahaya matahari yang tinggi, pancaran sinar Ultraungu (UV Ray) mungkin akan menghentikan tindakbalas virus berkenaan, jadi kita mungkin boleh menjangkakan bilangan kes berkurangan pada musim kering nanti. Namun begitu, Dr Fair menegaskan bahawa sains di sebalik virus Corona masih lagi tidak kukuh, dan pandangan beliau adalah bersandarkan kepada pengalaman beliau mengkaji virus Corona yang lain.

  • Kajian mengenai kesan virus Corona terhadap manusia.

Satu lagi bidang kajian kritikal virus Corona adalah berkenaan dengan cara bagaimana virus Corona menyerang manusia. Menurut National Geographic, sekiranya dijangkiti virus Corona, organ pertama yang akan diserang adalah paru-paru, dengan tiga fasa kritikal: viral replication, immune hyper-reactivity dan kemusnahan pulmonary.

Pada hari-hari awal jangkitan, virus Corona akan mula menyerang sell dalam paru-paru kita. Sel tersebut terbahagi kepada dua, iaitu sel mucus (cecair semacam tahi hidung yang lembap) dan sel cilia.

Menurut Professor Matthiew Frieman, virus SARS sebelum ini menyerang sel cilia, dan ini mengakibatkan habuk, cecair dan debu yang masuk ke dalam paru-paru tidak mampu ditapis. Maklumlah, udara kita pun terdiri dari wap air kan? Mungkin kerana itu kajian-kajian awal virus Corona menunjukkan simptom seperti kesukaran bernafas.

Setelah fasa pertama bermula, badan kita akan bertindak dengan menghantar sel immune bagi melindungi sel dalam badan kita. Dalam kebanyakan kes di mana pesakit kembali sembuh, sel immune kita akan berjaya menghalang pembiakan virus Corona.

Namun ada juga situasi dimana sel immune kita, selain menyerang virus Corona, turut menyerang sel-sel sihat di sekitar paru-paru kita. “Dalam kes ini, kita mendapat lebih banyak kesan daripada sel kita sendiri berbanding virus tersebut”, terang Prof Frieman.

Untuk fasa ketiga, paru-paru terus menerima keroasakan daripada tindakbalas yang berlaku, menyebabkan ada kebarangkalian untuk berlakunya kegagalan sistem pernafasan.

Sekiranya tidak meninggal dunia sekalipun, mereka yang dilaporkan sembuh pada tahap ketiga berkemungkinan besar akan terkesan dengan kerosakan yang berlaku pada paru-paru mereka buat seumur hidup mereka. “Dalam kes yang serious, paru-paru anda memang sedang dibanjir virus dan sel immune, menyebabkan anda sukar bernafas”, tegas Prof Friemann.

  • Kajian vaksin virus Corona.

Dalam kajian yang dilaporkan oleh South China Morning Post, saintis mendakwa monyet yang dijangkiti Covid-19 dan kemudiannya sembuh telahpun berjaya membina immunity dari penyakit tersebut. Hal ini mungkin besar dalam kajian mencari vaksin bagi virus Corona.

Namun begitu, melihat pula kepada statistik pesakit yang telah sembuh dari virus Corona, namun kemudian disahkan positif sekali lagi, membingungkan pengkaji dan menimbulkan keraguan dalam dapatan kes dari monyet tadi. Adakah manusia tidak mampu untuk membina immunity dari penyakit tersebut?

Kajian daripada China itu telahpun disiarkan dalam makalah bioRxiv dan masih menunggu Peer Review. Professor Qin Chuan dan pasukan beliau yang mengkaji monyet itu pada asalnya menjangkitkan monyet dengan virus Corona menunjukkan tanda demam tiga hari kemudian.

Mereka menunjukkan kurang selera makan, kesukaran bernafas dan hilang berat badan. Pada hari ke tujuh kajian, Qin membuka badan salah seekor monyet tersebut dan melihat keseluruhan tubuh monyet tersebut menunjukkan tanda dijangkiti virus Corona, dengan paru-paru mempunyai impak paling maksimum.

Monyet yang lain kemudiannya menunjukkan tanda semakin pulih, dan sebulan kemudian, mereka berjaya menunjukkan tanda negatif virus Corona. Setelah organ mereka menunjukkan tanda-tanda telahpun baik, mereka diberikan virus Corona melalui mulut. Saintis mendapati monyet-monyet terbabit hanya mengalami peningkatan dari suhu badan, dan tidak terkesan dengan serangan kedua tersebut.

Dalam hal ini, menurut pandangan Prof. Qin, sesetengah pesakit mungkin dibenarkan keluar terlalu cepat, atau dalam erti kata lain “False Negative”. Seorang lagi penyelidik dari China,

Professor Zhong Nanshan menyatakan bahawa mereka menjumpai antibody yang kuat dalam badan pesakit yang telah sembuh, bermakna pesakit tersebut tidak lagi boleh dijangkiti dengan penyakit tersebut sekali lagi.

RUJUKAN:

“Call to Action to the Tech Community on New Machine Readable COVID-19 Dataset.” – White House. https://www.whitehouse.gov/briefings-statements/call-action-tech-community-new-machine-readable-covid-19-dataset/

“To spur new AI tools to fight coronavirus, tech leaders launch open database of scientific articles.” – STAT.

https://www.statnews.com/2020/03/16/database-launched-to-spur-ai-tools-to-fight-coronavirus/

“COVID-19 Open Research Dataset (CORD-19).” – https://pages.semanticscholar.org/coronavirus-research

“Global research on coronavirus disease (COVID-19).” – World Health Organization. https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019/global-research-on-novel-coronavirus-2019-ncov

“Higher temperatures affect survival of new coronavirus, pathologist says.” – AccuWeather. https://www.accuweather.com/en/health-wellness/higher-temperatures-affect-survival-of-new-coronavirus-pathologist-says/700800

“Here’s what coronavirus does to the body.” – National Geographic. https://www.nationalgeographic.com/science/2020/02/here-is-what-coronavirus-does-to-the-body/

“Hopes for coronavirus vaccine rise after Chinese scientists find infected monkeys developed immunity.” – South China Morning Post. https://www.scmp.com/news/china/society/article/3075438/hopes-coronavirus-vaccine-rise-after-chinese-scientists-find

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.