Terdapat bukti mendapati bahawa menghisap g4nj4 dapat meningkatkan risiko kanser testis. Sebuah kajian yang diterbitkan oleh JAMA Network Open mendapati, lelaki yang menghisap rokok g4nj4 setiap hari untuk 10 tahun atau lebih akan meningkatkan risiko terhasilnya kanser testis sekitar 36% berbanding dengan lelaki yang tidak pernah menghisap rokok dengan bahan tersebut.

Untuk mencapai kesimpulan, saintis telah menganalisis 25 buah kajian yang menghubungkan penggunaan g4nj4 dengan kanser testis, kanser paru-paru, kanser mulut serta kanser kepala dan leher. Walaupun mereka tidak menemui kaitan antara penggunaan g4nj4 biasa dengan kanser paru-paru, mulut dan leher, mereka menemui bahawa g4nj4 berasaskan rokok dapat meningkatkan risiko kanser testis.

Seperti hisap rokok biasa, hisap g4nja juga akan menghasilkan carcinogens atau bahan yang dapat meningkatkan risiko untuk mendapat kanser. Hal ini kerana, pohon c4nnab!s sama seperti tumbuhan lain. Setiap tumbuhan akan mengeluarkan asap apabila dibakar. Apabila kita membakar tumbuhan, kita akan melepaskan lebih banyak carcinogens.

Namun, saintis masih tidak dapat memastikan mengapa menghisap g4nj4 hanya berkait denga kanser testis, bukan dengan kanser-kanser lain. Tambahan lagi, disebabkan mengambil kajian dari tahun 1973 hinggalah 2018, kajian-kajian lama mungkin tidak menggambarkan situasi populasi terkini berkenaan habit pengambilan g4nj4.

Apa-apa pun, kajian mereka dapat menawarkan renungan bagaimana kesan jangka masa panjang menghisap g4nj4 terhadap manusia. Disebabkan g4nj4 semakin dihalalkan di sisi undang-undang di banyak tempat, orang akan mula ada habit untuk hisap g4nj4. Memahami risiko kesihatan dalam pengambilan habit tersebut perlu dikaji.

Menurut National Organisation for Rare Disorders (NORD), walaupun kanser testis hanya terdiri daripada 1% sahaja dalam kalangan lelaki yang ada kanser, ia biasanya berlaku pada lelaki dalam lingkungan umur 15 hingga 35 tahun. Setiap tahun, sekitar 8,850 olelaki didiagnos kanser.

Menurut NORD, simptom biasa bagi kanser testis ialah terdapat benjolan yang tidak rasa sakit pada testis – tumor kanser. Sekiranya satu testis bengkak, itu adalah petanda kanser. Simptom lain termasuklah sakit pada perut dan kawasan skrotum, loya, turun berat badan, muntah-muntah dan sukar untuk bernafas.

Kanser testis merupakan salah satu kanser yang boleh diubati menurut NORD melalui pembedahan dan kadangkala memerlukan radiasi atau kemoterapi.

RUJUKAN:

  1. Ghasemiesfe, M., Barrow, B., Leonard, S., Keyhani, S., & Korenstein, D. (2019). Association Between Mar!juana Use and Risk of Cancer: A Systematic Review and Meta-analysis. JAMA network open2(11), e1916318-e1916318.
  2. Known and Probable Human Carcinogens.https://www.cancer.org/cancer/cancer-causes/general-info/known-and-probable-human-carcinogens.html
  3. Mar!juana use may lead to higher sperm counts in men, despite past research.
    https://www.insider.com/mar!juana-use-higher-sperm-counts-in-men-2019-2
  4. Testicular Cancer. https://rarediseases.org/rare-diseases/testicular-cancer/
  5. Scientists Discover New Link Between Mar!juana Smoking And Testicular Cancer Risk.
    https://www.sciencealert.com/men-who-smoke-mar!juana-daily-may-be-more-likely-to-get-testicular-cancer

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.