Saintis Menemui Cara Tingkatkan Jangka Hayat Sehingga 500%

1,579

Melalui kajian awal tahun ini, jangka hayat seekor cacing meningkat sehingga 500% hanya dengan melakukan beberapa perubahan genetik ke atas cacing tersebut.

Jangka hayat ini lebih panjang daripada apa yang saintis jangkakan. Hasil daripada kajian ini dapat membantu saintis untuk memahami proses penuaan manusia dengan lebih baik.

Hal ini kerana cacing seperti Caenorhabditis elegans dapat memberikan pelbagai pengetahuan bagaimana tubuh manusia berfungsi.

Kalau mahu dibandingkan dengan mamalia, cacing ini hanya hidup selama dua hingga tiga minggu. Hal ini menjadikan cacing tersebut dapat menjadi sampel yang sempurna untuk mengkaji pelbagai gen dan laluan metabolik yang turut dikongsi oleh manusia.

Pada msa lepas, saintis berjaya meningkatkan jangka hayat cacing itu sehingga 100% dengan mengubah laluan isyarat inslusin (insulin signaling pathway, IIS). Mengubah laluan TOR (target of rapamycin) dapat meningkatkan jangkat hayat sehingga 30%.

Kajian baru-baru ini berjaya mengubah kedua-dua laluan tersebut secara genetik. Hasilnya jangka hayat cacing itu meningkat 4 hingga 5 kali ganda.

Terbaru: Fiksyen Mahakarya

Kajian ini juga menunjukkan bahawa penuaan bukanlah semudah hasil daripada gen individu ataupun sejenis laluan tertentu dalam tubuh yang bertindak sendirian, tetapi melibatkan pelbagai rangkaian dalam tubuh untuk tempoh jangka masa panjang.

Apabila perubahan dilakukan kepada laluan IIS dan TOR, saintis menemui aktiviti hiliran kedua-dua ini yang bekerja secara sinergik yang akhirnya menghasilkan tindak balas tekanan mitokondrial yang seterusnya menghasilkan kepanjangan umur.

Apa-apa pun, saintis masih belum kenalpasti sama ada mekanisma yang berlaku pada cacing ini benar-benar berkesan ke atas manusia. Tetapi pengetahuan yang ditemui dapat membuka peluang penyelidikan yang baru.

RUJUKAN:

  1. Lan, J., Rollins, J. A., Zang, X., Wu, D., Zou, L., Wang, Z., … & Chen, D. (2019). Translational regulation of non-autonomous mitochondrial stress response promotes longevity. Cell reports28(4), 1050-1062.
  2. https://www.sciencealert.com/scientists-have-managed-to-extend-worm-lifespans-by-500-percent
Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.