Musim keempat Stranger Things sudah melabuhkan tirai. Banyak benda baru kita belajar tentang The Upside Down. Bagi yang tidak sempat tengok episod terakhir, ini penutupnya: “Eleven terperangkap di satu tempat; Max akhirnya terjun dari atas dan bunuh Vecna; kemudian Eleven naik minyak, mengamuk dan bunuh semua orang di Hawkins. Jadi Mike terpaksa bunuh Eleven.” Ya. Itu penutup Game of Thrones. Saja gurau. Karya sebaik Stranger Things tidak patut sesiapa spoil. Tetapi tidak melampau kalau cakap sekarang yang episod terakhir ada kena mengena dengan The Upside Down.

Jujurnya, The Upside Down membentangkan konsep sangat menarik iaitu parallel universe. Semua parallel universe adalah multiverse. Tetapi bukan semua multiverse adalah parallel universe. Tiada siapa kisah jika karya fiksyen bercerita tentang konsep ini. Walau bagaimanapun, sekarang saintis sendiri sedang meluaskan konsep ini dengan kajian-kajian berfakta hingga timbul segala kontroversi.

Gaya penceritaan saintis faham-faham sajalah. Definisi bukan main rumit dengan “infinitesimal singularity” bagai. Kita yang marhaen tidak tahu sangat pasal singularity. Yang kita tahu, ada dalam kalangan kita masih single sampai sudah. Jadi saya rumuskan konsep mereka guna gambaran buih.

Setiap buih adalah alam semesta. Ada buih yang berdwi-buih, iaitu alam-alam cerminan.
(Designed by Freepik)

Kalau tengok gambar di atas, ada buih yang berbuih-buih. Sebelum ulas panjang, kita tengok apa al-Qur’an cakap dulu:

“We built the universe with ˹great˺ might, and We are certainly expanding ˹it˺.” – Qur’an 51:47.

Ayat di atas berfirman alam semesta sentiasa berkembang. Saintis mengesahkan firman ini dengan teori “eternal inflation”. Alam semesta sentiasa berkembang, bagaikan getah ditarik panjang. Tetapi ada saintis meluaskan teori eternal inflation dengan “bubble universes”: sambil alam semesta berkembang, sambil itulah timbul buih-buih alam semesta baharu (Vilenkin & Tegmark, 2011).

Pendedahan Di Antarktika

Masalah sekarang, bukan seorang saintis saja yang berpendapat sedemikian. Saintis lain pun membawa pendapat sendiri yang meluaskan konsep parallel universe. Pada tahun 2016, Profesor Peter Gorham mengetuai sebuah eksperimen di Antarktika. Di sini mereka menemui zarah pelik yang bagi mereka adalah bukti kewujudan realiti kedua (alternate universe). Senang cakap, zarah ini adalah serpihan kaca daripada cermin yang pantulkan realiti kita – yakni The Upside Down.

3 buku terbaru kami untuk PBAKL dah pun mula dijual di Shopee, ayuh segera dapatkan di: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Bayangkan ada cermin gergasi di langit. Semua benda di Bumi ada di situ. Tetapi bayangan pada cermin itu hidup secara mandiri, tanpa perlu pertolongan sesiapa di realiti asal. Pasukan Gorham mendapati zarah ini sedang keluar daripada ais Antartika sendiri… bukannya turun daripada langit atau keluar daripada sumber bawah tanah (Rahmanan, 2020).

Selepas mengkaji elemen zarah ini, mereka berpendapat ada alam semesta yang wujud bersama alam semesta kita (macam konsep buih). Alam semesta sampingan ini dicipta semasa Big Bang. Jika dapatan mereka benar, The Upside Down ini adalah berlawanan dengan apa yang sedang berlaku di alam realiti kita:

Positif adalah negatif. Kanan adalah kiri. Masa pula mungkin bergerak ke belakang.

Gambar Graham Carter menunjukkan masa berpatah balik selepas titik lintasan alam.

Dan mungkin dalam alam semesta ini, kalian yang bujang selamanya sudah berpasangan. Yang berpasangan di sini pula kekal kesunyian. Ataupun tiada manusia langsung di situ – hanya makhluk-makhluk tertentu yang sesuai dengan keadaan alam tersebut.

Apa yang pasti di sini, parallel universe sudah bukan lagi elemen fiksyen. Saintis sedang meluaskannya dengan teori-teori baharu. Karya filem dan siri televisyen boleh jadi asas sahaja untuk faham kewujudan. Tetapi kandungan karya takkan boleh dipakai sebagai asas fakta – kerana karya tetap karya, dicipta untuk hiburan.

Macam biasa, ada saintis beri pendapat tertentu untuk dibidas saintis lain. Kajian rebuttal mengatakan zarah ini bukan lintasan yang memintas masuk daripada alam lain. Sebaliknya zarah ini dimampat salji dan mungkin tasik bawah bumi yang menyebabkan pelepasan isyarat radio begitu pelik sampai disalah tafsir (Carter, 2020).

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

RUJUKAN:

Carter, J. (2020, Jun 11). Scientists in Antarctica didn’t find a ‘parallel universe’. Here’s what they did find. Forbes.

Rahmanan, A. (2020, Mei 21). Believe it or not, researchers found evidence of a parallel universe. Time Out.

Vilenkin, A., & Tegmark, M. (2011, Julai 19). The case for parallel universes. Scientific American.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply