Saintis sangat suka kaji pasal beruang kutub (polar bear) dan beruang perang (brown bear). Ikut pemerhatian kasar, dua beruang ini mesti berbeza spesis. Walau bagaimanapun, kajian genetik amat merunsingkan saintis yang tidak dapat memberi jawapan bernokhtah. Sampai sekarang kajian genetik takkan sebut “brown bear” sebagai satu spesis. Mereka akan guna konsep “clade” (kumpulan organisme yang berkongsi leluhur sama) untuk “brown bear”.

Kira bahasa Inggeris saja yang membuatkan “brown bear” jadi tunggal. Bahasa sains memecah semua “brown bear” kepada sembilan clade (Lan, et al., 2017). Salah satu clade ini adalah beruang kutub. Jadi ikut genetik, beruang perang dan beruang kutub adalah “spesis adik-beradik” (sister species). Perbincangan ini nampak rumit – tetapi percayalah, kalian yang tiada latar belakang dalam sains masih boleh faham.

Takkan mungkin kita boleh faham tentang asal-usul beruang kutub tanpa merujuk fosil tertua yang ditemui di Pulau Forlandet pada tahun 2004. Fosil beruang kutub ini berasal daripada zaman 130,000 hingga 110,000 tahun yang lalu (Lindqvist, et al., 2010).

U.S.S. Honolulu menyibuk di tempat beruang kutub.

Tidak banyak yang ditemui – hanya tulang rahang saja, sangat cukup untuk membangkitkan perbincangan sangat mendalam. Fosil rahang ini sememangnya berasal daripada beruang kutub. Masalahnya segala benda seperti struktur rahangnya berbeza untuk dibandingkan dengan beruang kutub sekarang. Ikut pemerhatian saintis, gigi geraham beruang kutub berubah habis sekitar 20,000 tahun yang lalu.

Hubungan Yang Berjambatan

Teknologi DNA mendedahkan perubahan dalaman beruang kutub. Semua benda bertambah rumit selepas maklumat DNA beruang kutub dan beruang perang digeledah. Macam biasa dalam dunia – lagi banyak jawapan ditemui; lagi banyak persoalan timbul. Maka saya merumuskan kepada kalian dengan ayat-ayat mudah:

  1. Beruang kutub berpecah daripada beruang perang sekitar 150,000 tahun yang lalu.
  2. Hubungan DNA beruang perang di Ireland lagi rapat dengan beruang kutub, berbanding dengan beruang perang lain (Waits, et al., 2008).

Sebab itulah beruang perang dan beruang kutub tidak boleh dibandingkan secara spesis. Secara saintifik, memang keliru habis. Ini juga bermakna beruang kutub boleh membiak bersama beruang perang, menghasilkan anak yang dipanggil “pizzly bear” (Turner, 2021).

Beruang Pizzly = Polar + Grizzly.

Mungkin konsep ini boleh dimarhaenkan dengan contoh pembiakan antara singa dan harimau. Anak singa-harimau akan dipanggil liger (lion+tiger). Walau bagaimanapun, kesuburan liger menjadi persoalan kerana jantan akan menjadi mandul. Beruang “pizzly” pula sangat subur, baik jantan dan betina.

Kerumitan Evolusi Beruang

Corak evolusi beruang didapati sangat berpadanan dengan evolusi manusia. Apabila pakar mengumpulkan bahan-bahan DNA daripada jenis manusia yang sudah pupus (neanderthalis misalnya), saintis dapat membentuk satu pemerhatian tuntas: ada campuran genetik dalam kalangan manusia prasejarah. Nampaknya konsep sama boleh diguna pakai dalam memahami perpecahan beruang kutub dan beruang perang.

Beruang perang bersama anaknya.

Umumnya, manusia moden di Eropah hari ini mempunyai DNA manusia prasejarah seperti neanderthalis (Wei-Haas, 2020).

Maka pandangan sains semakin jelas: beruang kutub adalah beruang kutub; beruang perang adalah beruang perang. Dua clade ini walau bagaimanapun membiak bersama dalam satu tempoh sangat lama, membuatkan genetik masing-masing bercampuran begitu pekat (Hsu, 2022).

3 buku terbaru kami untuk PBAKL dah pun mula dijual di Shopee, ayuh segera dapatkan di: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Mereka adalah sama, dibezakan hanya kerana pengalaman di habitat masing-masing. Beruang kutub terlalu lama di kutub sampai fizikal, mental, psikologial dan segala -al yang lain sudah berubah. Sebab itulah beruang “pizzly” sangat subur, kerana ‘binaan’ ibu bapa mereka masih berfitrah sama.

RUJUKAN:

Hsu, C. (2022, Jun 6). It’s complicated. Rather than simple splitting events, the species histories of polar and brown bears, like those of humans, hide convoluted stories of divergence and interbreeding, study finds. University of Buffalo.

Lan, T., et al. (2017). Evolutionary history of enigmatic bears in the Tibetan Plateau-Himalaya region and the identity of the yeti. Proceedings of the Royal Society B: Biological Sciences. 284 (1,868): 20,171,804.

Lindqvist, C., et al. (2010). Complete mitochondrial genome of a Pleistocene jawbone unveils the origin of polar bear. Proceedings of the National Academy of Sciences. 107 (11): 5053-5057.

Turner, B. (2021, April 23). ‘Pizzly’ bear hybrids are spreading across the Arctic thanks to climate change. Live science.

Waits, L., et al. (2008). Mitochondrial DNA Phylogeography of the North American Brown Bear and Implications for Conservation. Conservation Biology. 12 (2): 408-417.

Wei-Haas, M. (2020, Januari 31). You may have more Neanderthal DNA than you think. National Geographic.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply