Saintis Menanam Beribu Jambatan Otak Buatan Dalam Satu Chip

585

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Memristor, atau transistor memori, adalah elemen penting dalam pengkomputeran neuromorfik – perkomputeran yang dibina berasaskan sistem neuro otak manusia. Dalam peranti neuromorfik, memristor berfungsi sebagai transistor dalam litar, walaupun cara kerjanya lebih menyerupai sinaps otak – persimpangan antara dua neuron. Sinaps menerima isyarat dari satu neuron, dalam bentuk ion, dan menghantar isyarat yang sesuai ke neuron seterusnya.

Transistor dalam litar konvensional menghantar maklumat dengan menukar antara satu daripada hanya dua nilai, 0 dan 1, dan melakukannya hanya apabila isyarat yang diterimanya dalam bentuk arus elektrik mempunyai kekuatan tertentu. Sebaliknya, memristor mempunyai banyak nilai dan dapat menjalankan operasi yang jauh lebih luas daripada transistor binari.

Seperti sinaps otak, memristor juga dapat “mengingat” nilai yang berkaitan dengan kekuatan arus tertentu dan dapat menghasilkan isyarat yang sama jika ia menerima arus yang serupa. Kelebihan ini dapat memastikan bahawa penyelesaian untuk persamaan kompleks atau klasifikasi visual objek dapat dipercayai – suatu kelebihan yang biasanya hanya dapat dilakukan oleh gabungan pelbagai transistor dan kapasitor.

Walau bagaimanapun, reka bentuk memristor yang ada masih terhad kemampuannya. Memristor tunggal terbuat dari elektrod positif dan negatif yang dipisahkan oleh “medium pensuisan” atau ruang antara elektrod.

Apabila voltan dikenakan pada satu elektrod, ion dari elektrod tersebut mengalir melalui medium dan membentuk “saluran konduksi” ke elektrod yang lain. Ion yang diterima membentuk isyarat elektrik yang dihantar oleh memristor melalui litar. Ukuran saluran ion (dan isyarat yang akhirnya dihasilkan oleh memristor) harus sebanding dengan kekuatan voltan perangsang.

Namun, reka bentuk memristor yang ada sekarang berfungsi dengan baik dalam kes di mana voltan merangsang saluran konduksi yang besar, atau aliran ion yang berat dari satu elektrod ke elektrod yang lain. Tetapi reka bentuk ini kurang diharap apabila memristor perlu menghasilkan isyarat yang lebih halus melalui saluran konduksi yang lebih nipis.

RUJUKAN :

  1. Hanwool Yeon, Peng Lin, Chanyeol Choi, Scott H. Tan, Yongmo Park, Doyoon Lee, Jaeyong Lee, Feng Xu, Bin Gao, Huaqiang Wu, He Qian, Yifan Nie, Seyoung Kim, Jeehwan Kim. Alloying conducting channels for reliable neuromorphic computingNature Nanotechnology, 2020; DOI: 1038/s41565-020-0694-5
  2. https://www.sciencedaily.com/releases/2020/06/200608132518.htm
Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.