Saintis Menamakan Spesis Dinosaur Ini Sebagai Thanos

513

Pra-tempah hanya di Shopee

Nama memainkan peranan sebagai identiti diri. Perkara yang sama juga dengan makhluk-makhluk yang kita beri pelbagai nama. Dalam dunia sains biologi seperti Zoologi, Paleontology dan sebagainya, para saintis berlumba-lumba mencari penemuan baru untuk diberikan nama saintifik dalam usaha mencipta nama tersendiri.

Tetapi tahukah anda bahawa ada juga antara mereka yang memberi nama santifik kepada makhluk sama ada yang pupus mahupun masih hidup bukan sahaja dinamakan sempena nama orang-orang terkenal, malah ikon-ikon fiksyen.

Kita bermula dengan kenapa nama diberikan. Banyak cara nama diberikan oleh saintis. Misalnya dinosaur Triceratops diberi nama berdasarkan fizikalnya yang bermaksud “muka bertanduk tiga”.

Rajah: T.rex bertarung dengan Triceratop oleh Phil Wilson

Dinosaur Tyrannosaurus rex pula bermaksud “raja biawak yang zalim”, dinamakan sedemikian untuk menunjukkan bahawa makhluk ni memang sejenis pemangsa terunggul. Sesetengah nama juga diberikan berdasarkan kawasan ianya ditemui seperti Albertasaurus bermaksud “Biawak Alberta”.

Rajah: Ilustrasi Albertosaurus di Cretaceous Alaska oleh James Heaven

Selain genus, nama julukan spesis sesetengah makhluk juga diberi nama bersempena nama orang seperti Baryonyx walkeri, bersempena seorang pengumpul fosil amatur bernama William J. Walker.

Rajah: Ilustrasi Baryonyx di tebing oleh Daniel Eskridge

Namun, para santis juga manusia yang menghiburkan diri dengan artis-artis dan watak-watak filem, drama ataupun kartun. Pengaruh hiburan tersebut juga kadangkala mempengaruhi mereka dalam penemuan santifik, menunjukkan bukan saintis juga pandai berjenaka, malah nama ini juga menjadikan makhluk tersebut ikonik disebabkan nama yang diberikan.

Boleh ambil contoh dengan Thanos simonattoi yang ditemui di Brazil pada tahun 2018. T.simonattoi merupakan sejenis sejenis theropod abelisaurid yang hidup ketika zaman Cretaceous. Genusnya dinamai bersempena karakter Marvel Thanos manakala nama julukan spesisnya pula dinamakan sebagai tanda penghormatan kepada Simonatto.

Thanos pula walapun sememangnya merupakan watak Marvel, namanya adalah singkatan kepada perkataan Yunani Thanatos yang bermaksud kematian. Penamaan Thanos simonattai menunjukkan bahwa pengaruh hiburan bukan sahaja mampu meresap ke dunia saintifik malah menunjukkan dunia sains tidak semestinya bosan dan terhad kepada benda-benda yang terlampau santifik dan berjargon.

Malah dengan pemergian Stan Lee, pengasas Marvel, penamaan dinosaur tersebut bersempena karakter Marvel menunjukkan sebagai tanda penghormatan kepada beliau selain juga menunjukkan bagaimana besarnya pengaruh Stan Lee dalam dunia hiburan melalui watak-watak Marvel.

Rajah: Ilustrasi T. simonattoi berdasarkan lukisan skeletal oleh PaleoJoe
Rajah: Ilustrasi H.solo oleh Apokryltaros

T.simonattai dianggarkan panjang antara 5.5-6.5 meter berdasarkan penemuan fosil-fosil serpihan tulangnya menunjukkan saiznya agak besar. Lawaknya pula, disebabkan keluarga Abelisaurid kebiasaanya mempunyai tangan pendek dan jari-jemari kecil, disimpulkan bahawa T. simonattoi bukan sahaja tidak boleh petik jarinya, malah tangannya juga tidak langsung boleh menyarungkan Infinity Gauntlet.

Thanos juga dikatakan bukannya pemangsa terulung di habitatnya kerana ianya berkongsi kawasan dengan theropod yang lebih besar dipercayai sejenis megaraptoran. Boleh potensi letak nama Tony Stark.

Tabiat para saintis menamakan makhluk bersempena ikon-ikon fiksyen dan orang terkenal tidak bermula dengan T.simonattoi malah telah dilakukan sebelum ini. Misalnya Han solo, sejenis Trilobite dari zaman pertengahan Ordovician dinama bersempena karakter dari Stars Wars.

Penamaan H.solo membawa juga makna tersembunyi; ketika ianya ditemui, hanya hanya ianya sahaja yang diklasifikasikan dalam genus Han, menjadikannya “solo”. Boleh tahan level lawak saintis.

Rajah: Gojirasaurus (kiri) bersempena nama Godzilla (kanan)

Banyak sahaja haiwan purba diberi nama saintifik bersempena karakter fiksyen seperti Gojirasaurus quayi misalnya sejenis theropod zaman Triassic bersempena karakter Godzilla.

Ada juga Sauroniops bersempena karakter Sauron dari Lord of The Ring kerana dikatakan sepertimana hanya fosil soket matanya dijumpai memberikan gambaran seperti “Eye of Sauron”. Ada juga sejenis pterosaur yang diberi nama julukannya Maaradactylus spielbergi dari Steven Spielberg, pengarah filem-filem terkenal, antaranya filem ikonik Jurassic Park.

Rajah: Gojirasaurus (kiri) bersempena nama Godzilla (kanan)
Rajah: Sauroniops (kiri) bersempena nama Sauron(kanan)

Bukan makhluk purba sahaja, banyak juga makhluk kini yang mendapat pelbagai nama-nama dari watak fiksyen seperti Otocinclus batmani, sejenis ikan keli berperisai bersempena karakter Batman kerana corak pada sirip ekornya mirip simbol Batman.

Ada juga serangga seperti lalat kuda Scaptia beyonceae bersempena artis Beyonce kerana abdomennya berwarna emas mirip seperti pakaian diva tersebut. Malah karakter permainan video juga tidak terlepas seperti penemuan lebah baru-baru ini yang diberi nama Chillicola charizard bersempena karakter Charizard dari Pokemon.

Malah perkara sebegini tidak terhad dekat haiwan sahaja. Ada juga sejenis kulat ditemui di Taman Negara Bukit Lambir Malaysia yang diberi nama Spongiforma squarepantsii bersempena watak ikonik Spongebob Squarepant. Dikatakan meskipun nama julukan tersebut asalnya ditolak kerana “merapu”, saintis yang menamakannya, Desjardin dan rakan-rakan sekolejnya menegaskan bahawa “kita boleh menamakannya apa sahaja yang kita suka”.

Rajah : Maaradactylus spielbergi(kiri) dan Steven Spielberg (kanan)

Mencari penemuan makhluk baru menjadi impian setiap santis-saintis yang menceburi bidang Biologi. Hal ini kerana penemuan sebegini membolehkan mereka mencipta legasi sama ada menamakannya sebagai tanda penghormatan artis-artis atau orang terkenal, atau meletak watak-watak ikonik fiksyen sebagai tanda bahawa budaya mampu mempengaruhi dunia sains.

Rajah: Dari kiri; Otocinclus batmani, Scaptia beyonceae, dan Chillicola charizard

RUJUKAN:

Carpenter, K. (2006). “Bison” alticornis and O.C. Marsh’s early views on ceratopsians”. In Carpenter, K. (ed.). Horns and Beaks: Ceratopsian and Ornithopod Dinosaurs. Bloomington and Indianapolis: Indiana University Press. pp. 349–364. ISBN 978-0-253-34817-3.

Osborn, Henry F. (1905). “Tyrannosaurus and other Cretaceous carnivorous dinosaurs”. Bulletin of the American Museum of Natural History21 (3): 259–265. doi:10.1111/j.1468-5965.2007.00735_17.x

Charig, A. J.; Milner, A. C. (1997). “Baryonyx walkeri, a fish-eating dinosaur from the Wealden of Surrey”. Bulletin of the Natural History Museum of London53: 11–70.

Delcourt, Rafael; Vidoi Iori, Fabiano (2018). “A new Abelisauridae (Dinosauria: Theropoda) from São José do Rio Preto Formation, Upper Cretaceous of Brazil and comments on the Bauru Group fauna”. Historical Biology: 1–8. doi:10.1080/08912963.2018.1546700

Turvey, S. (2004). Agnostid trilobites from the Arenig–Llanvirn of South China. Earth and Environmental Science Transactions of the Royal Society of Edinburgh, 95(3-4), 527-542. doi:10.1017/S026359330000119X

Carpenter, K. (1997). “A giant coelophysoid (Ceratosauria) theropod from the Upper Triassic of New Mexico, USA”, Neues Jahrbuch für Geologie und Paläontologie, Abhandlungen 205 (#2): 189-208

Cau, Andrea; Dalla Vecchia, Fabio M.; Fabbri, Matteo (March 2013). “A thick-skulled theropod (Dinosauria, Saurischia) from the Upper Cretaceous of Morocco with implications for carcharodontosaurid cranial evolution”. Cretaceous Research40: 251–260. doi:10.1016/j.cretres.2012.09.002

Jacobs, Megan L.; Martill, David M.; Ibrahim, Nizar; Longrich, Nick (2019). “A new species of Coloborhynchus (Pterosauria, Ornithocheiridae) from the mid-Cretaceous of North Africa”. Cretaceous Research95: 77–88. doi:10.1016/j.cretres.2018.10.018

Lessard, Bryan; Yeates, David (2011). “New species of the Australian horse fly subgenus Scaptia (Plinthina) Walker 1850 (Diptera: Tabanidae), including species descriptions and a revised key”. Australian Journal of Entomology50 (3): 241–252. doi:10.1111/j.1440-6055.2011.00809.x

Desjardin DE, Peay KB, Bruns TD (2011). “Spongiforma squarepantsii, a new species of gasteroid bolete from Borneo”. Mycologia103 (5): 1119–23. doi:10.3852/10-433

 

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.