Moving Forward As One

Saintis Mahu Menghidupkan Gajah Mammoth

2,198

Pulau Wrangel terletak nun jauh di Lautan Artik dalam sempadan Rusia. Suhu di sini ternyata sejuk menggigil, pernah sekali di bawah -42ºC yang sangat sesuai untuk beruang kutub dan serigala salji.

Meskipun tidak berpenduduk, pulau ini mempunyai sejarah yang pahit. Kerana di sinilah kawanan terakhir gajah mammoth pergi buat selamanya, sambil membawa harapan spesis mereka ke alam abadi.

IKLAN: PBAKL ONLINE sedang berlangsung di Shopee The Patriots. Dapatkan judul kami pada harga serendah RM20. Klik: shp.ee/efz9vb5

Tidak pasti berapa banyak yang tinggal 4,000 tahun lalu, tetapi saintis mendapati saki-baki mammoth mengalami masalah genetik (Rogers & Slatkin, 2017).

Terlalu lama mammoth di sini membi.ak sesama sendiri sampai meningkatkan risi.ko kencing manis dan masalah kesuburan (Geggel, 2020). Deria bau mereka pun sudah teruk terjejas.

Perkara ini berlaku kerana peningkatan aras laut. Jadi mereka terperang.kap di Pulau Wrangel, tanpa jalan keluar.

Terhad dan disekat… itulah takdir mereka.

Tetapi hari ini, ada kemungkinan besar yang mammoth boleh hidup semula. Sebuah pasukan saintis sedang gigih berusaha untuk menjayakan pemuliharaan spesis ini. Satu-satunya cara ialah permainan genetik.

Teknologi genetik sudah mencapai tahap kemajuan bagaikan zaman keemasan. Saintis berjaya menghentikan penuaan sel manusia (Weintraub, 2016). Kejuruteraan genetik juga mampu merawat penyakit.

Lebih hebat lagi, ibu bapa mampu membiayai pakar genetik untuk menyempurnakan bayi dari benih lagi. Mungkin ada yang sangka pendekatan ini terlalu mengubahkan kuasa Tuhan.

Sebenarnya jauh sekali – ia menggunakan jalan saintifik untuk membetulkan sesuatu masalah.

Contohnya, saintis China bernama He Jiankui menggunakan kejuruteraan genetik untuk menghamilkan wanita sihat dengan benih suami positif HIV. Semua boleh bayangkan yang mereka tidak mahu anak mewarisi HIV.

Berkat usaha Jiankui, pasangan tersebut dikurniakan sepasang kembar bernama Lulu dan Nana yang bebas HIV (Begley, 2018).

Jadi sekarang, pasukan saintis tersebut mahu menggunakan kejuruteraan genetik untuk mencapai matlamat – kembalikan mammoth.

Mereka berpendapat bahawa mammoth mampu bantu membendung perubahan iklim yang sedang meruncing sekarang ini.

Apa Gunanya Hidupkan Mammoth?

Teknologi penggubalan genetik sudah bukan lagi elemen fiksyen dalam dunia sains. Perkembangan semasa sudah mencapai tahap kemajuan, cukup untuk menimbulkan perdebatan dalam kalangan penulis dasar di Washington, D.C.

Tambah pula sekarang ini Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah berdepan dengan kebangkitan China, yang tidak berkongsi piawaian etika sama. Lulu dan Nana mungkin satu berita kejayaan.

Tetapi penggubalan genetik boleh menyebabkan sedikit sebanyak perubahan tidak diingini (Liang, et al., 2015). Pihak Washington, D.C. hanya bimbang jika CRISPR boleh mengubah genetik sampai kesannya diwarisi secara turun-temurun.

Dari segi ujian klinikal pada haiwan, CRISPR menunjukkan potensi cemerlang.

George Church daripada Universiti Harvard telah menyunting 60 bahan genetik seekor babi pada satu masa. Bahan genetik ini sebenarnya mengandungi penyakit yang diwarisi daripada ibu bapa (Reardon, 2015).

Bayangkan, bahan genetik disunting demi kebaikan tubuh badan. Manusia mungkin tidak sesuai dijadikan bahan kajian. Kerana banyak isu etika akan timbul, terutamanya jika kesan diwarisi turun-temurun. Tetapi kalau haiwan, dimensinya berlainan.

Satu masa dahulu, saintis hanya boleh membaca DNA. Sekarang mereka sedang cuba menulisnya. Mungkin ada yang bertanya: kenapa mammoth?

Soalan ini relevan. Kerana mammoth sebenarnya mampu membuat sesuatu demi alam sekitar. Sergei dan Nikita Zimov mengenal pasti masalah besar di Siberia.

Di sini ada sebidang tanah besar yang beku kerana cuaca sejuk. Masalahnya, perubahan iklim sedang memanaskan Bumi… jadi kawasan ini mungkin akan cair nanti. Kalau cair, dua saintis ini khuatir jika karbon yang dibekukan sekali akan melepas ke udara.

Mereka menjalankan sebuah eksperimen mudah: kembalikan haiwan-haiwan lama seperti kuda liar, seladang berbulu dan rusa. Dan mereka mendapati haiwan-haiwan ini berjaya menurunkan suhu kawasan sebanyak -9.4ºC.

Kerana haiwa herbivor menyuburkan tanah yang mengeluarkan rumput. Dan rumput ini pula memantulkan haba kembali ke langit tanpa mencairkan tanah. Mammoth boleh bantu mengimbangi lagi suhu diperlukan untuk biar tanah kekal beku. Kerana gajah moden tidak mampu hidup di kawasan sejuk ini.

CRISPR Mungkin Boleh Mengembalikan Mammoth

Saintis berkenaan telah menceritakan tentang proses pemuliharaan mammoth. Pertama sekali, mereka sudah mengenal pasti bahan genetik mammoth. 99 peratus daripada genom mammoth sebenarnya sama dengan Gajah Asia.

IKLAN: Kami melancarkan POLITIK UNTUK PEMULA pada harga diskaun di PBAKL Online. 100 pembeli terawal dapat sign penulis. Link beli: https://shp.ee/rjhp7xi

Jadi rahim gajah Asia mampu melahirkan anak mammoth. Cuma bahan genetik ini sudah terjejas. Saintis perlu menulis semula bahan ini, berdasarkan maklumat yang betul.

Dengan bantuan gajah moden, berkemungkinan besar mammoth boleh hidup semula melalui proses yang akan mengubah banyak perkara jika berjaya.

Kerana makmal berkenaan sedang membangunkan rahim sintetik untuk menjayakan projek ini.

Mungkin satu hari nanti, rahim tersebut boleh menyumbang pada haiwan-haiwan lain pula.

RUJUKAN:

Begley, S. (2018, November 28). Amid (ditapiskan), Chinese scientist defends creating gene-edited babies. Stat News.

Geggel, L. (2020, Februari 12). The last woolly mammoths on Earth had disastrous DNA. Live Science.

Liang, P. et al. (2015). CRISPR/Cas9-mediated gene editing in human tripronuclear zygotes. Protein & Cell. 6, 363-372.

Reardon, S. (2015, Oktober 6). Gene-editing record smashed in pigs. Nature.

Rogers, R.L., & Slatkin, M. (2017, Mac 2). Excessof genomic (ditapiskan) in a woolly mammoth on Wrangel Island. PLOS Genetics.

Weintraub, K. (2016, Disember 15). Aging Is Reversible – At Least In Human Cells and Live Mice. Scientific American.

Ruangan komen telah ditutup.