Saintis dan ahli arkeologi telah menemui penempatan orang Paleolitik paling utara dalam Bumi, iaitu Pulau Kotelny yang berada di 990 kilometer dari kawasan utara Bulatan Artik (kawasan utara Bumi bermula dari koordinate 66°30′ N)! Para pemburu dikatakan menetap di pulau tersebut dan menjadikannya sebagai tempat penyembelihan gajah mammoth, haiwan kuno gergasi yang pernah hidup pada Zaman Ais.

Menurut penyelidik senior dari Jabatan Stone Age Archaeology, Russian Academy of Science bernama Alexander Kandyba, penemuan ini ialah penemuan arkeologi yang unik kerana kita sedang mengkaji penempatan manusia Paleolitik di kawasan Artik.


Spesis gajah mammoth yang pemburu Paleolitik buru ialah woolly mammoth (Mammuthus primigenius), spesis gajah mammoth terakhir dalam genus Mammuthus. Spesis ini mengalami fenomena kepupusan pada 10,000 tahun lalu akibat pemburuan tidak terkawal sehingga populasi gajah mammoth terakhir menetap di Pulau Wrangel

Kumpulan saintis yang melakukan kerja ekskavasi di Pulau Kotelny menemui cebisan-cebisan tulang gajah mammoth yang hidup pada 26,000 tahun dulu. Cebisan-cebisan itu kebanyakkannya mempunyai kesan potongan terutamanya tulang vertebra. Dari penemuan ini, saintis percaya para pemburu Paleolitik telah melakukan penyembelihan besar-besaran terhadap gajah buruan ini.

Woolly mammoth tidak sekadar diburu untuk memperoleh daging. Bulu gajah mammoth yang amat panjang ini boleh digunakan sebagai pakaian dan minyak dari kalenjar sebum dalam kulit haiwan ini juga digunakan sebagai bahan kalis air disapu ke atas pakaian. Tambahan lagi, gajah mammoth mempunyai bonggol seperti unta yang menyimpan lemak. Lemak ini digunakan sebagai sumber makanan untuk pemburu menghadapi musim sejuk.

Fasa Paleolitik di Siberia bermula pada 25,000 SM. Ketika itu Siberia penuh dengan hutan sebelum kemunculan haiwan-haiwan herbivor berleher panjang mula meragut daun-daun pokok, menjadikan Siberia sebagai kawasan padang rumput pada abad kini. Pulau Kotelny pada ketika itu bersambung dengan tanah Siberia dan ramai manusia Paleolitik menetap di situ.

Sehingga masuk Zaman Ais Akhir, ais sekeliling Siberia semakin mencair akibat peningkatan suhu, membenarkan manusia Paleolitik pergi ke kawasan belum dijejaki demi memburu gajah mammoth. Kerana kerancakan aktiviti pemburuan ini, Pulau Kotelny menjadi tempat sembe.lih.an, manakala populasi gajah mammoth alami kepupusan sehinggalah tamatnya Zaman Ais.

RUJUKAN:

Pandey, S. (22 August 2021). Northernmost Palaeolithic Settlement Reveals Mass Butc.he.ring of Woolly Mammoths. Ancient Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.