Dr. Chris Thorogood, saintis dari Oxford Botanic Garden, Oxford University bekerjasama dengan ahli taksanomi tempatan, Siti Munirah Mat Yunoh dari Forest Research Institute Malaysia, bersama peneroka tempatan bernama Dome Nikong mengkaji spesis tumbuhan baru di dalam hutan hujan tropika Malaysia.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Tumbuhan baru ini sebenarnya dari genus Thismia, juga dikenali sebagai ‘tanglung pari-pari’ kerana bentuknya amat unik dan berbeza dari spesis tumbuhan lain. Genus tumbuhan yang tersembunyi dalam semak-samun hutan ini mempunyai 90 spesis tumbuhan di seluruh dunia, bertebaran dari hutan Asia, Australasia, Amerika Selatan sehingga ke Amerika Utara.

Foto kulat Thismia yang diambil oleh Siti Munirah.

Tumbuhan Thismia ini sebenarnya bertebaran dalam hutan hujan tropika Malaysia namun kerana habitatnya tersembunyi dari ketebalan hutan, pengkaji sukar menemuinya. Hanya mereka yang bernasib baik saja menemui tumbuhan yang jarang ditemui ini.

Kajian ke atas tumbuhan Thismia ini adalah yang pertama sejak penemuannya pada 2019. Ketika itu Dome menemui tumbuhan ini di tepi laluan ke Gunung Sarut yang terletak di Hulu Nerus Forest Reserve, Terengganu. Pada Februari 2020, Dome bersama kumpulan ahli botani termasuk Siti Munirah mencari tumbuhan tersebut. Walau bagaimanapun, tumbuhan itu telah hancur oleh khinzir liar dan apa yang tinggal hanyalah spesimen tumbuhan yang berbuah.

Bersama Dr. Chris Thorogood, mereka dapat mengenalpasti dan ilustrasikan spesis baru tumbuhan ini. Mereka mengkaji rupa bentuk, warna, dan ciri-ciri yang hadir pada tumbuhan tersebut. Warna tumbuhan ini adalah jingga, ‘kepala’ tumbuhan berbentuk seperti tanglung dan seluruh tumbuhan itu kelihatan seperti payung.

Ilustrasi tumbuhan Thismia oleh Chris Thorogood.

Kumpulan saintis ini kemudian namakan tumbuhan Thismia ini denga nama saintifik ‘Thismia sitimeriamiae’, sempena nama ibu Dome iaitu Siti Meriam yang telah lama berjasa atas aktiviti konservasi dalam hutan Terengganu. Menurut Thorogood, rupa bentuk dan warna tumbuhan yang menarik perhatian ini adalah yang menarik bagi mengetahui bagaimana tumbuhan ini membentuk koloninya.

Buat masa ini, saintis masih kabur akan kehidupan tumbuhan Thismia ini seperti bagaimana tumbuhan ini membesar, mencari nutrien, dan melahirkan generasi baru. Tambahan lagi, spesis tumbuhan ini amat jarang ditemui dan berkemungkinan spesis ini hampir pupus. Maka, tumbuhan Thismia sitimeriamiae disenaraikan dalam status Critically Endangered (CR) dalam senarai IUCN.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Kajian ini kemudian direkodkan dalam bentuk artikel dan diterbitkan dalam jurnal Phytokeys, mengharapkan ada usaha akan datang memuliharakan tumbuhan paling jarang ditemui ini.

RUJUKAN:

Botanists name astonishing new species of ‘fairy lantern’ from Malaysian rainforests. University of Oxford.

Koumoundouros, T. (3 July 2021). Enchantingly Strange ‘Fairy Lanterns’ Discovered Growing in a Malaysian Rainforest. Science Alert.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.