Pelik tak, wujudnya sotong berupa kilp kertas di perairan dunia pada zaman dinosaur ‘memerintah’ Bumi?

Nama saintifik fosil sotong yang ditemui pada tahun 1900 ialah Diplomoceras maximum yang hidup pada 68 juta tahun dahulu. Sotong purba ini sememangnya hidup sezaman dengan dinosaur seperti Tyrannosaurus rex (T-rex) iaitu sekitar fasa awal Cretaceous.
D.Maximum adalah sotong yang bersaiz besar, cangkerangnya memanjang sehingga 1.5 meter.

Sotong bercangkerang adalah kumpulan sotong purba yang tidak asing pada zaman dinosaur lagi dan ia sekeluarga dengan sotong-sotong yang kita kenal sekarang. Sotong bercangkerang yang masih lagi hidup sehingga kini adalah spesis Nautilus, sehingga ia diberi nama ‘sotong fosil hidup’.

Uniknya pada sotong D. maximum adalah cangkerangnya yang berbentuk seperti klip kertas. Berbeza dengan sotong bercangkerang lain, cangkerang sotong ini mampu membengkok ke dalam, sehinggalah ia berbentuk klip kertas. Tujuan cengkerang berbentuk sedemikian masih lagi tidak diketahui. Walaupun unik, D. maximum telah pupus, senasib dengan dinosaur akibat hentaman asteroid di kawasan tengah benua Amerika.

Kini, pada 4 November 2020, ada berita baik berkenaan mengemaskini ciri-ciri sotong berupa klip kertas ini. Pasangan pengkaji dari Syracuse University, AS bernama Linda Ivany dan Emily Artruc menemui bukti bahawa sotong ini mampu memanjangkan usia sehingga 200 tahun. Penemuan ini kemudian mereka berdua bentangkan dalam mesyuarat secara talian dengan pengkaji dari Geological Society of America.

Pada mulanya, pasangan saintis itu mengkaji spesimen fosil cangkerang yang ditemui oleh saintis lain. Mereka berdua mengambil sampel dari cangkerang tersebut sepanjang 50 cm dan menggunakan teknik isotop oksigen dan karbon untuk mengukur usia sebenar sotong klip kertas itu.

Kemudian, mereka menemui tanda isotop yang berulang. Pengulangan tanda isotop ini berlaku kerana kehadiran gas menthana yang keluar dari dasar laut pada setiap tahun. Gas menthana ini kemudian terperangkap dalam lapisan cangkerang yang mengalami pertumbuhan. Maka, mereka mampu mengira usia sotong melalui lapisan-lapisan cangkerang.

Hasilnya, usia sotong klip kertas adalah sekitar 200 tahun. Keputusan ini mengejutkan para saintis biologi dan hidupan laut kerana biasanya usia keluarga sotong hanya mencapai 5 tahun. Ini kerana sotong jenis cepat membiak dan mempunyai usia yang pendek. Sotong Nautilus pula paling panjang usianya adalah 20 tahun.

Bagaimana sotong klip kertas mempunyai usia yang panjang sehingga beratus-ratus tahun? Pasangan saintis ini tidak mempunyai jawapannya. Hipothesis-hipothesis yang dibentangkan saintis pun harus mereka buktikan dengan mengkaji fosil-fosil sotong itu.

Dengan bukti usia sotong klip kertas ini, saintis telah menemui ciri yang penting untuk mengkaji lebih lanjut tentang kehidupan sotong dalam habitat sekitar Antartika serta perjalanan kehidupannya. Ini menjadi langkah pertama untuk saintis membongkar sotong purba ini demi memahami kehidupan sebenar keluarga sotong.

RUJUKAN:

Barras, C. (4 November 2020). Squid-like creature that looked like a giant paperclip lived 200 years. New Scientist.

Yirka, B. (5 November 2020). Ancient squid-like creature with paperclip-shaped shell may have lived for hundreds of years. Science x Network.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.