Ketakutan manusia terhadap zombi bukan perkara baru seperti dalam dunia fiksyen The Walking De.ad dan Kingdom. Ketakutan bahawa manusia yang ma.ti boleh hidup semula dan menghantui orang yang masih bernyawa merupakan satu perkara yang menyeramkan. Tetapi tidak ramai tahu manusia mempunyai gen zombi yang mengakibatkan sesetengah sel otak aktif selepas kema.ti.an!

Penemuan ini dibuat sekumpulan saintis dari NeuroRepository, Universiti Illinois semasa mengkaji tisu otak yang diambil dari pesakit-pesakit yang menjalani pembedahan neurologi tertentu seperti epilepsi. Tetapi apabila mereka membandingkannya dengan sampel tisu pasca-kema.ti.an, mereka mendapati kedua-duanya amat berbeza antara satu sama lain. Ini mendorong mereka membuat hipotesis perubahan pada tisu otak manusia mesti berlaku pasca-kema.ti.an.

Untuk menguji hipotesis tersebut, mereka mengambil sampel tisu otak yang diambil daripada pembedahan dan ia disimpan pada suhu bilik selama 24 jam. Dari situ, analisis genetik dijalankan mengikut pelbagai tahap masa untuk memerhatikan bagaimana perubahan genetik berlaku semasa tempoh pasca-kema.ti.an.

Hasil pemerhatian mereka mendapati walaupun 80% tisu otak tidak menunjukkan sebarang perubahan, bahagian yang berkait terus dengan aktiviti otak seperti pemikiran dan memori mula berkurangan selepas beberapa jam. Tetapi anehnya, sel glia atau sel zombi menjadi aktif 24 jam selepas sampel tisu diambil daripada otak.

Kebiasaannya, semua aktiviti genetik yang berkait dengan sel glia hanya aktif sekiranya otak mengalami kecederaan atau dise.ra.ng strok. Tetapi dalam eksperimen ini, sel glia dalam semua sampel didapati sudah membesar selepas berjam-jam termasuk mempunyai bahagian tambahan menyerupai lengan. Tak percaya, boleh lihat gambar di bawah.

Rajah 1: Sel zombi aktif selepas otak manusia ma.ti. Sumber: Dr Jeffrey Loeb/UIC

Menurut penulis kajian Jeffrey Loeb, perubahan ini bukan sekadar berlaku pada tisu otak individu yang sihat. Malah, perubahan sama turut dilihat pada tisu otak individu yang mengalami masalah mental atau penyakit genetik seperti skizofrenia, autisme, Huntington dan Parkinson. Kajian ini turut membuang tanggapan semua aktiviti pada otak berhenti selepas manusia ma.ti tetapi hakikatnya sesetengah bahagian masih aktif.

Loeb menambah menerusi eksperimen ini, ia membantu mereka mengenalpasti genetik dan jenis sel yang stabil, jenis sel yang merosot dan jenis sel yang aktif pasca-kema.ti.an. Dan ini dilihat menambah pemahaman komuniti saintifik terhadap otak manusia.

RUJUKAN:

Taub, B. (2021). “Zombie Genes” Cause Some Brain Cells To Become More Active After We CENSORED. IFLScience.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.