Elemen fiksyen sangat penting untuk mempengaruhi imaginasi rakyat. Walaupun tidak wujud, imaginasi sebegini mampu bantu dari segi ilham dan inspirasi. Hari ini ada banyak tempat popular yang wujud secara bayangan sahaja.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Kota-kota fiksyen adalah seperti Madripoor dan Wakanda, dua kota bayangan Marvel yang serba-serbi maju. Elemen maju memang sudah jadi kebiasaan dalam dunia fiksyen. Madripoor dan Wakanda sekalipun popular tidak setanding satu kota berlagenda, iaitu Atlantis.

Namun ramai yang tidak tahu bahawa Atlantis, Madripoor dan Wakanda ada banyak maksud. Madripoor misalnya membawa penceritaan jurang antara miskin kaya. Manakala Wakanda membayangkan kegemilangan Afrika tanpa campurtangan penja.jah.

Atlantis ada alegori tersendiri, yakni sebuah kota agung yang sangat sombong.

Atlantis Dalam Assassin’s Creed

Menurut penulisnya yang bernama Plato, kota Atlantis terletak di pulau (juga bernama Atlantis). Berdasarkan cerita Plato, Athens pernah berper.ang dengan Atlantis sekitar 11,000 tahun lalu (Drye, n.d.).

Athens berjaya mema.tahkan ser.angan Atlantis, yang kemudian tenggelam akibat murka dewa-dewi.

Dialog Plato ini tidak begitu laris pun. Malah penceritaannya tidak membawa sebarang kepentingan. Walau bagaimanapun, Atlantis menjadi masyhur – dulu sebuah pulau dilak.nat, sekarang kiblat sebuah “lost civilization” prasejarah yang katanya lebih maju.

Konsep Atlantis tidak berlandaskan bukti saintifik atau spekulasi lagenda pun. Plato yang menciptakan kota ini (bukan berdasarkan catatan semasa zaman Plato). Tetapi ini tidak bermakna yang dunia tiada tempat seperti Atlantis.

Menurut Plato, kota Atlantis terletak tidak jauh daripada Pulau Santorini, Greece. Entah macam mana, saintis hari ini menemui sebuah pulau yang sudah tenggelam. Di mana? Tidak jauh daripada Pulau Santorini. Apa makna semua ini?

Memperkenalkan Pulau Yang Hilang

Greece mempunyai sebuah gugusan pulau yang dipanggil Kepulauan Cyclades.

Zon Cyclades

Kalau ikut kata-kata Plato, kepulauan ini dulu berhubung kerana sebuah dataran tinggi. Saintis telah menemui dataran tinggi tersebut… tetapi kecil sajalah dalam lingkungan 122 meter (tidak cukup untuk menghubungkan setiap satu pulau).

Dataran tinggi ini dulu dikelilingi air. Kenaikan paras laut akhirnya menyebabkan dataran ini tenggelam sepenuhnya (Gaki-Papanastassiou, et al., 2009). Apa yang mengejutkan – dataran tinggi ini dan Atlantis memang sangat sama dari segi geografi.

Plato meninggalkan gambaran mudah tentang Pulau Atlantis. Di sebelah utara, ada gunung-ganang yang menyisir kawasan pantai. Sekitar kaki gunung ini, ada sebuah lembah bujur. Entah bagaimana, saintis mengenal pasti kedua-duanya (gunung-ganang dan lembah bujur) pada dataran tenggelam ini.

Plato berkata Atlantis tenggelam angkara murka dewa-dewi. Senang kata, mungkin Poseidon menghantar ombak (kenaikan paras laut) untuk membin.asakan kesombongan mereka.

Penemuan pulau ini menghidupkan minat orang ramai tentang Atlantis. Jika ada pulau, mesti ada kota. Dan ada kota pula, mesti ada teknologi serba canggih yang belum diketahui.

Saintis hanya bersetuju tentang “Pulau Atlantis”. Namun “kota Atlantis”, “bangsa Atlantis” dan “teknologi Atlantis” tidak langsung ditemui di sekitar kawasan ini… sekali gus kekal sebagai mitos cetusan minda Plato yang sangat kreatif mewujudkan sesuatu yang tiada.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Kisah sebegini pernah berlaku sebelum ini. Dulu ramai berkata bahawa kota Troy merupakan lagenda dan mitos Yunani sahaja. Sehingga 1868, kota Troy wujud hanya dalam catatan Homer iaitu The Iliad.

Walau bagaimanapun, ahli arkeologi bernama Heinrich Schliemann menemui kota Troy pada tahun 1868. Sepertimana beliau jumpa Troy tanpa Achilles, Paris dan Hector, saintis hari ini menemui Atlantis tanpa teknologi.

RUJUKAN:

Drye, W. (n.d.). Atlantis. The National Geographic.

Gaki-Papanastassiou, K., et al. (2009). Palaeogeographic Evolution of the Cyclades Islands (Greece) During the Holocene.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.