Kita sangka setiap planet berbentuk sfera seperti bumi, Marikh, Utarid dan Zuhal. Tetapi berdasarkan satu kajian yang diterbitkan jurnal Astronomy & Astrophysics, wujud sebuah planet berbentuk bola ragbi sebesar planet Musytari.

Menurut penulis kajian Babatunde Akinsanmi dari Universiti Geneva, pembentukan bentuk aneh ini berlaku akibat pergerakan pasang surut yang dialami planet tersebut. Bintang yang dikelilinginya 1.7 kali ganda lebih besar daripada matahari dengan planet itu beredar mengelilinginya. Berdasarkan kajian mereka, setahun di planet yang diberi nama WASP-103b itu bersamaan dengan sehari di bumi.

Jemput beli buku terbaru keluaran Patriots Publishing di http://bit.ly/PraTempah

Penemuan ini dibuat menerusi teleskop angkasa lepas CHEOPS dengan berpandukan data yang dikumpul daripada Teleskop Angkasa Lepas Hubble dan Spitzer milik NASA. CHEOPS berupaya mengesan tanda cahaya khas sesebuah planet apabila ia beredar mengelilingi bintangnya. Dari situ, para pengkaji astronomi dapat mengesan perubahan pada bentuk planet seperti WASP-103b.

Perubahan ini boleh dikesan dengan mengira parameter tak berdimensi sesebuah planet atau nombor Love. Ia merupakan kaedah pengiraan ketegaran sesebuah planet dan dinamakan sempena ahli matematik British Augustus E. H. Love. Menerusi kaedah ini, ini membantu saintis mengetahui bagaimana jisim sesebuah planet diagihkan dan mengetahui struktur dalaman sesebuah planet.

Jemput beli buku imprint Fiksyen The Patriots di http://bit.ly/PraTempah

Bagi planet WASP-103b, nombor Lovenya serupa dengan planet Musytari. Ini menunjukkan struktur dalaman kedua-dua planet sama walaupun mempunyai isipadu lapan kali ganda. Dari segi jisim, kedua-duanya mempunyai jisim sebanyak 1.5 kali ganda.

Begitupun, angka ini boleh saja berubah menerusi pelbagai kajian baru berkenaan WASP-103b. Menerusi pemerhatian berterusan CHEOPS dan pengenalan Teleskop Angkasa Lepas James Webb, ia dapat membantu komuniti astronomi merungkai lebih banyak misteri di sebalik planet itu.

RUJUKAN

Carpineti, A. (2022, 12 Januari). Astronomers Discover Weird-Shaped Exoplanet Squished Like A Rugby Ball. IFLScience.

The Byte. (2022, 12 Januari). SCIENTISTS JUST DISCOVERED A PLANET THAT’S NOT A SPHERE. Futurism.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply