Pada tahun 2011, kumpulan ahli arkeologi dari University of Salento menemui gua yang berusia 2,200 tahun. Gua ini terletak di kota Hierapolis, Phrygia kuno (Turki kini).

Dahulu, semasa fasa tamadun Yunani Kuno, Hierapolis adalah kota yang terkenal dengan upacara korbankan lembu jantan yang dilaksanakan oleh paderi yang dikembiri selepas melalui Gerbang Plutonium. Orang ramai menyambut upacara ini dengan menontonnya di arena korban.

Menurut sejarahwan Yunani bernama Strabo (64 SM – 24 Masihi), arena itu dikatakan penuh dengan kabus yang keluar dari gua yang dipanggil sebagai ‘Gerbang Neraka’ dan haiwan selain lembu biasanya akan mati akibat menghidu kabus ini.

Ilustrasi arena yang mempunyai gua ‘gerbang neraka’

Sampailah kumpulan ahli arkeologi ini temui, kabus masih lagi hadir dan masih bertoksik untuk para haiwan yang melalui arena tersebut. Kabus apakah yang mampu menamatkan nyawa haiwan tetapi tidak tamatkan nyawa manusia?

Penyebab kepada hadirnya kabus gua ini ialah berasal dari aktiviti volkanik di bawah tanah gua, menurut ahli volkanologi (kaji aktiviti gunung berapi) bernama Hardy Pfanz dari University of Duisburg-Essen, Jerman. Beliau mengetuai penyelidikan rembesan gas dalam gua itu sejak 2018. Kabus gua itu sebenarnya adalah gas karbon dioksida yang dirembes keluar dari gunung berapi.

Para penyelidik mengukur paras karbon dioksida di arena tersebut. Kajian menyatakan bahawa gas ini lebih berat dari udara, mewujudkan ‘tasik gas’ yang terapung 40 sentimeter dari lantai arena. Gas ini pada waktu siang ia tidak bertoksik namun apabila masuk waktu subuh, gas ini menjadi toksik yang mampu mematikan manusia kerana kepekatannya meningkat sehingga 50 peratus.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Apabila masuk ke dalam gua, kepekatan gas karbon dioksida meningkat antara 86 hingga 91 peratus kerana ketiadaan sinaran mentari atau angin yang mampu menurunkan kepekatan gas ini.

Semasa upacara pengorbanan, paderi akan memaksa lembu jantan menghidu gas toksik ini dari gua. Sementara lembu jantan sengsara untuk bernafas kembali, paderi masih berdiri teguh tanpa sebarang masalah, kononnya mendapat perlindungan dari dewa-dewi.

Para paderi tahu akan tempoh apabila gas karbon dioksida mula menjadi toksik untuk manusia. Dari sini paderi mampu menahan nafas dengan masa yang lama untuk melaksanakan upacara ini. Kini pengkaji masih melakukan kajian di arena lain yang melakukan upacara pengorbanan dengan cara yang sama.

RUJUKAN:

Starr, M. (10 May 2021). Ancient Roman ‘Gate to Hell’ Killed Victims With Its Deadly Lake. Science Alert.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.