Sebut saja nama Kraken, ia berbeza mengikut kelompok individu. Bagi peminat dunia komik, Kraken ialah nama kod untuk pemimpin organisasi pengga.n.as HYDRA, Daniel Whitehall. Manakala bagi peminat sejarah hidupan marin, ia merujuk kepada sejenis sotong gergasi yang berupaya memu.sn.ahkan kapal-kapal layar dan menjadi sebahagian mitologi dunia lautan. Tetapi seorang pakar percaya sotong tersebut benar-benar wujud di alam nyata.

Mengikut rekod sejarah, Kraken mula disebut dalam saga Iceland abad ke-13 yang dipanggil Orvar-Oddr. Dalam saga tersebut, Hagufa dirujuk sebagai raksasa terbesar di lautan dan berupaya memus.na.hkan kapal-kapal layar dan menelan ikan paus. Saga Norse ini merupakan rujukan pertama dalam sejarah yang menyebut perihal Kraken.

Icythyosaur

Bagaimanapun, Profesor Mark McMenamin dari Kolej Mount Holyoke percaya Kraken sebenarnya sudah wujud jauh lebih lama dengan merujuk kepada penemuan sebuah fosil icythyosaur (ikan cicak dalam Bahasa Yunani) pada 2011. Fosil tersebut didapati mengandungi kesan muncung sejenis haiwan bak sotong dan tanda-tanda penghisap pada setiap tu.la.ng fosil berkenaan.

Icythyosaur merupakan hidupan marin yang wujud sekitar 200 hingga 250 juta tahun yang lalu. Apa yang menarik perhatian Prof McMenamin ialah susunan aneh fosil berkenaan yang kini terletak di Taman Negeri Berlin-Ichthyosaur, Nevada. Para saintis mencadangkan susunan ini terjadi apabila ikan tersebut dise.ra.ng oleh pemangsa yang lebih besar berkemungkinan seekor sotong gergasi yang pernah menguasai dunia lautan.

Saintis menganggarkan ukuran haiwan yang menyerang icythyosaur berukuran 30 meter panjang. Ini menjadikan sotong tersebut jauh lebih besar daripada sotong gergasi yang diketahui hari ini. Selain kesan penghisap dan muncung pada fosil, lapangan serpihan tulang turut ditemui bersama fosil berkenaan.

Prof McMenamin menyimpulkan berdasarkan semua bukti yang dilihat, icythyosaur ini dilemaskan atau dipa.t.ahkan lehernya oleh Kraken sebelum dibawa balik ke sarangnya sebagai makanan. Walaupun hipotesis yang dikemukakan beliau sememangnya menarik, masih banyak bukti arkeologi yang perlu dikemukakan untuk membuktikan Kraken ialah haiwan sebenar dan bukan raksasa mitologi.

RUJUKAN:

Holloway, A. (2017). Are Fossils Linked to the Legendary Kraken Enough to Prove its Ter.ri.fy.ing Existence?. Ancient-Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.