Di satu kawasan di Pergunungan Rocky Kanada, para saintis menemui fosil haiwan pra-sejarah yang aneh iaitu Titanokorys gainesi. Ia merupakan spesies haiwan laut pra-sejarah berbentuk ganjil dengan hampir separuh badannya ialah bahagian kepala.

Rajah 1: Contoh fosil Titanokorys gainesi. Sumber: Muzium Diraja Ontario

Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Royal Society Open Science, haiwan tersebut menghuni bahagian lantai laut kira-kira 500 juta tahun lalu. Dianggarkan ukurannya sekitar 1.6 kaki sekaligus menunjukkan ia haiwan marin yang besar jika dibandingkan dengan spesies lain sepertinya yang hanya berukuran beberapa inci.

Penulis kajian Jean-Bernard Caron menyifatkan saiz tersebut sebagai sesuatu di luar jangkaan bagi spesies haiwan yang hidup pada zaman Cambria. Zaman Cambria bermula sekitar 540 juta tahun lalu dan merupakan era di mana haiwan-haiwan mula muncul di muka bumi. Ini termasuk kumpulan haiwan artropod di mana Titanokorys gainesi dikelaskan di bawah kumpulan spesies berkenaan.

Rajah 2: Ilustrasi digital Titanokorys gainesi. Sumber: Lars Field/Muzium Diraja Ontario

Jika diamati penampilan fizikalnya, ia kelihatan bak makhluk asing. Titanokorys gainesi mempunyai mulut seperti potongan nenas, kuku tajam dan mata yang besar. Tetapi ciri fizikalnya yang paling menonjol ialah kepala renangnya berbentuk kubah dan dilengkapi dengan duri. Haiwan ini menggunakan kepalanya untuk menggali lantai laut dan menangkap mangsanya dengan kuku yang tajam.

Haiwan pemangsa ini dijumpai di tempat sama mereka menemui fosil Cambroraster falcatus dua tahun sebelumnya. Kini, lebih banyak aktiviti penggalian dibuat di situ dengan harapan mendapatkan fosil Titanokorys gainesi yang lebih lengkap.

RUJUKAN:

Sandoval, Kelsie. (2021). Giant ‘swimming head’ discovered in Canadian Rockies was an early ocean pre.da.tor. The Independent.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.