Lima rangka ‘raksasa’ prasejarah telah ditemui di Britain. Tetapi begaimana haiwan mamalia purba ini boleh sampai ke sana dan bagaimana mereka pupus?

Tapak Gajah Mamot atau gajah prasejarah ini ditemui berdekatan kuari berhampiran Swindon yang terletak di negeri Cotswolds England. Penemuan ini terjadi selepas pemburu fosil bernama Sally dan Neville Hollingworth menemui kapak dipercayai kepunyaan manusia prasejarah Neanderthal, dengan secara tidak sengaja menemui fosil gajah Mamot, sekaligus menjadi indikasi bahawa tapak tersebut merupakan kawasan pemburuan Gajah purba itu.

Beberapa Serpihan Fosil Mamot Seperti Gading, Gigi Dan Tulang Kaki

Ahli arkeologi menemui lima rangka “raksasa” prasejarah di mana pemburu awal(yakni, manusia prasejarah) dikatakan telah menikmati kelazatan daging haiwan tersebut sejak 215,000 tahun lalu.

Selain itu, Ahli arkeologi dari Dig Ventures turut menemui sayap kumbang, cangkerang siput air tawar yang dalam kondisi rapuh, dan turut dijumpai peralatan batu milik Neanderthal.

Swindon’s Steppe Mammoth: Tapak Memburu Neanderthal Tertua?

Dalam artikel dalam The Guardian, Prof Garrod menggambarkan tapak itu sebagai “gold dust” arkeologi. Tambahan pula, penemuan peralatan buruan Neanderthal seperti kapak menunjukkan mungkin kawasan tersebut pernah menjadi tapak ‘kenduri’ besar-besar manusia Neanderthal yang mengorbankan Gajah Mamot untuk dijadikan santapan.

Lisa Westcott Wilkins dari DigVentures berkata dalam kenyataan akhbar bahawa mencari tulang Mamot sentiasa mencabar selain ia adalah penemuan yang luar biasa.

Mamot iaitu gajah bergading panjang merupakan spesis dalam genus Mammuthus hidup kira-kira 1.8 juta tahun hingga kira-kira 200,000 tahun dahulu.

Oleh itu, tapak ini menjadi kawasan penyembelihan gajah Mamot tertua di seluruh Britain.

Gading Gajah Mamot

Penemuan Zaman Ais Paling Bermakna Sejak Kebelakangan Ini

Pasukan penyelidik pada asalnya menjangkakan penemuan fosil marin, namun sebaliknya berlaku apabila mereka menemui hasil yang lebih menakjubkan.

Melihat tapak penemuan serta merta diubah menjadi kawasan ekskavasi arkeologi utama. namun kenapa begitu banyak tulang gajah ditemui di lokasi yang sama?

Terdapat dua kemungkinan sama ada ia adalah kawasan memburu atau dijadikan tempat pembuangan sisa-sisa tulang, bagaimanapun perkara ini masih belum diketahui.

Perubahan Iklim Punca Kepupusan

Duncan Wilson memberitahu akhbar UK bahawa penemuan itu mempunyai nilai yang sangat besar untuk memahami corak pendudukan manusia di Britain. Tambahan pula, apa yang beliau gambarkan sebagai “bukti alam sekitar” juga dijangka dapat menggambarkan dengan lebih baik dalam konteks “perubahan iklim” masa lalu.

Selama 5 juta tahun lalu, Gajah Mamot bebas berkeliaran di dunia ini sebelum lenyap buat selamanya hampir 4,000 tahun yang lalu.

Tapak Arkeologi Fosil Gajah Mamot

Satu kertas kerja yang diterbitkan dalam jurnal Nature oleh Profesor Eske Willerslev, seorang felo di St John’s College, University of Cambridge.

Beliau menunjukkan bagaimana rangka Mamot secara tradisinya digunakan untuk membina tempat perlindungan dan tempuling(harpoon) yang diukir daripada gading gajah.

Walau bagaimanapun, tiada siapa yang pasti sama ada pemburu manusia Neanderthal benar-benar menyebabkan spesis itu mengalami kepupusan. Namun persoalan-persoalan yang dilontarkan selama ini akhirnya terjawab.

Dr Willerslev dan pasukan ahli genetik telah menganalisis DNA alam sekitar dan menemui jawapan kepupusan Mamot.

Ini adalah kerana apabila gunung ais mencair, tanah menjadi terlalu basah untuk haiwan gergasi itu bertahan kerana kehilangan sumber makanan seperti tumbuh-tumbuhan yang musnah.

Apabila iklim semakin panas, pokok dan tumbuhan pula tidak dapat melalui proses fotosintesis tanpa air menyebabkan tumbuhan mati.

Profesor Willerslev berkata kajian tersebut adalah pengajaran jelas daripada sejarah yang memberi amaran betapa tidak dapat diramalkan perubahan iklim.

Oleh itu, hujan juga adalah punca nombor satu kepupusan Mamot yang menyebabkan perubahan pada tumbuh-tumbuhan dan perubahan ini berlaku dengan cepat sehingga Mamot tidak dapat menyesuaikan diri dan berkembang.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

“A bookstore is one of the only pieces of evidence we have that people are still thinking.” — Jerry Seinfeld

Leave A Reply