Canada merupakan negara kedua paling besar dunia. Susunan wilayahnya jauh lebih mudah difahami berbanding Amerika Syarikat.

Dan wilayah Alberta, Manitoba, Northwest Territories, dan Saskatchewan amat menarik untuk diteliti. Kerana sekitar 68 juta tahun dahulu, keempat-empat wilayah ini masih ditenggelami air.

Laut yang melitupi wilayah-wilayah ini sebenarnya besar. Saiznya daripada Northwest Territories hingga Guatemala.

Jadi hanya dua benua sahaja yang wujud di Amerika Utara dulu, dalam bentuk seperti pulau gergasi yakni Laramidia dan Appalachia.

Laramidia (kiri) dan Appalachia (kanan).

Dalam gambar di atas, Colorado dan Texas kelihatan tenggelam sepenuhnya. Ini merupakan bayangan dibuat saintis berdasarkan penemuan mereka. Jadi ada kebarangkalian gambar ini tidak 100 peratus tepat.

Tetapi di Colorado misalnya, saintis sudah menemui fosil reptilia seperti platecarpus dan plesiosaur (Row, 2013). Walaupun Colorado tiada laut, saintis masih menemui haiwan air yang hanya boleh berenang.

Gambaran plesiosaur

Jadi di sini semua harus faham bahawa peta dunia dulu sememangnya berlainan. Laramidia walau bagaimanapun sangat kaya dengan haiwan berjalan. Antaranya ialah dinosaur berlagenda, yakni Tyrannosaurus Rex.

Dinosaur ini menikmati ruangan luas daripada Alaska hingga Mexico, hidup sekitar 68 juta hingga 66 juta tahun dahulu.

Sangat terkenal dengan kepala begitu besar, yang diimbangi ekor panjang lagi berat. Panjang seekor Tyrannosaur boleh mencecah 12 meter, dengan ketinggian menghampiri empat meter.

Saintis meramal berat seekor dewasa dalam 8,400 kilogram hingga 14,000 kilogram.

Inilah raja yang menguasai Laramidia, yakni spesis pema-ngsa puncak (apex pred-ator).

Penemuan Fosil Bayi

Seperti yang dimaklumkan, gambaran saintis bahawa Alberta dan Montana ditenggelami air tidak semestinya tepat secara 100 peratus. Kerana saintis telah menemui dua sampel fosil pada tahun yang berbeza.

Di Montana pada tahun 1983, mereka menemui tulang rahang seekor bayi tyrannosaur. Saiznya dalam 2.9 sentimeter sahaja, masih mempunyai lapan gigi halus.

Tetapi tulang ini tidak dapat dikeluarkan daripada batu yang mengepitnya. Jadi mereka tidak berani meneruskan kajian.

Pada tahun 2017 pula, saintis menemui sebuah kuku kaki bayi tyrannosaur di Alberta. Jurang 34 tahun dibezakan dengan kemajuan teknologi untuk mengkaji bidang paleontologi.

Dan penemuan kuku kaki ini pula meningkatkan minat mereka untuk melihat semula tulang rahang yang ditemui di Montana. Kedua-dua sampel ini sememangnya sukar ditemui.

Mereka mendedahkan banyak ilmu tentang kehidupan masa lampau.

Apa yang membuatkan mereka yakin bahawa ini tulang tyrannosaur ialah rahsia di sebalik bentuk dagunya. Ia kelihatan mirip dengan fosil-fosil dewasa lain. Rupanya dagu tyrannosaur memang takkan berubah langsung.

Cuma saintis amat musykil dengan bentuk giginya. Kerana mereka berpendapat fosil rahang ini mungkin daripada seekor bayi yang belum menetas lagi!

Gigi bayi ini belum tumbuh sepenuhnya lagi. Selalunya gigi betul berada dibawah gigi susu, sama seperti manusia. Tetapi bayi ini mempunyai gigi betul di tepi gigi susu, bermakna tiada langsung perep-µtan yang berlaku.

Kalau tengok reptilia lain, ada saja yang bergigi sebegini… semuanya masih dalam telur lagi (Geggel, 2020). Besar kemungkinan fosil kuku itu pun daripada embrio, kerana masih belum sempurna dari segi pertumbuhan.

RUJUKAN:

Geggel, L. (2020, Oktober 15). 1st of their kind baby tyrannosaur fossils unearthed. Live Science.

Row, C. (2013, Ogos 23). Fossilized remains of a Cretaceous-era sea (ditapiskan) discovered in Mesa County. Post Independent.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.