Saintis Jumpa Cara Berkomunikasi Dengan Orang Yang Sedang Bermimpi

1,562

Pra-tempah hanya di Shopee

Saintis berjaya berkomunikasi secara dua hala dengan orang yang sedang bermimpi dalam sedar (lucid dream). Individu yang sedang bermimpi mampu menjawab soalan-soalan yang datang dari luar mimpi mereka sendiri.

Mimpi dalam sedar ataupun “lucid dream” adalah mimpi yang mana kita sedar bahawa kita sedang bermimpi. Tipikalnya, kita tidak sedar bahawa kita sedang bermimpi. Individu yang berada dalam “lucid dream” boleh mengawal naratif & persekitaran mimpinya. Mengikut kajian seramai sekitar 24,000 orang, separuh daripadanya mereka pernah mengalami mimpi dalam sedar.

Berapa kajian telah dibuat saintis menggunakan kod morse untuk berkomunikasi dengan pemimpi lucid dan kod morse tersebut manifestasi dalam pelbagai keadaan dalam mimpi seperti bunyi telefon, bunyi tiket dan sebagainya. Pemimpi akan sedar bahawa bunyi itu datang dari dunia luar mimpi dan dia perlu menjawab soalan yang diberikan.

Ada juga kajian saintis menggunakan bahasa percakapan sebenar dengan memberikan soalan-soalan tertentu (kajian menggunakan soalan matematik) untuk berkomunikasi dengan pemimpi. Pemimpi pula mendapat soalan-soalan tersebut dari luar mimpi seolah-olah mendengar suara dari langit. Ibarat suara narator dalam filem.

Biasanya saintis bergantung pada ingatan pemimpi untuk mengkaji kandungan mimpi. Kelemahan utama kaedah ini ialah ramai individu biasanya tidak akan ingat apa yang dimimpikan. Selepas bangun tidur, mimpi akan tersejat dari ingatan. Daripada ingat sikit-sikit, terus tidak ingat langsung dalam masa yang singkat.

Kaedah yang ditemui baru-baru ini lebih menarik kerana dapat berkomunikasi terus secara dua hala ketika orang itu bermimpi.

Inception coming to reality? 😆

RUJUKAN:

Konkoly, K., Appel, K., Chabani, E., Mironov, A. Y., Mangiaruga, A., Gott, J., & Paller, K. (2020). Real-time dialogue between experimenters and dreamers during REM sleep

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.