Bagi pasangan yang dilamun asmara, bohonglah jika tiada keinginan untuk melanjutkannya ke jinjang pelamin. Dalam sesetengah kes, ada yang menggunakan cara kreatif untuk melamar pasangan seperti iklan di akhbar atau menyembunyikan cincin dalam kek hari lahir. Bagi sesetengah ilmuan atau cendekiawan, mereka menggunakan jurnal penyelidikan sebagai cara melafazkan apa yang terbuku kepada pasangan mereka.

Misalnya, dalam jurnal Current Biology pada 4 Jun 2015, seorang penyelidik dari Muzium Paleontologi Diraja Tyrell di Drumheller, Alberta, Kanada bernama Caleb M. Brown melamar kekasihnya dalam kertas kajian yang diterbitkan. Lamaran tersebut tersembunyi dalam bahagian terakhir seksyen penghargaan kertas berkenaan.

Keratan lamaran.

Lamaran tersebut berbunyi, “C.M.B. would specifically like to highlight the ongoing and unwavering support of Lorna O’Brien. Lorna, will you marry me?” (C.M.B ingin menegaskan tentang sokongan berterusan dan tidak berbelah-bahagi Lorna O’Brien. Lorna, sudikah awak mengahwini saya) Persoalannya, apakah lamaran unik ini dijawab dengan perkataan ya atau tuan punya badan akan mengalami situasi masuk angin keluar asap?

Jawapan Lorna dikesan dalam satu laporan berita oleh Michael Balter dalam jurnal Science. Beliau mengesahkan lamaran Brown diterima sebaik saja teman wanitanya itu membaca kolum penghargaan laporan penyelidikannya dan mengatakan ya.

Bagi laman sesawang pemantau yang memantau salah laku dalam jurnal penyelidikan Retraction Watch, penghargaan sebegitu merupakan yang pertama pernah dilihat mereka. Dalam satu kenyataan, mereka turut mendedahkan penerbit Current Biology, Cell Press turut bersetuju dengan rancangan ini dan kedua-dua Current Biology dan Cell Press mengucapkan selamat berbahagia kepada pasangan berkenaan.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Tiga tahun kemudian, seorang pakar statistik China bernama Rui Long menggunakan teknik sama untuk melamar kekasihnya, Panpan Mao. Menerusi kertas penyelidikan yang bertajuk “Performance analysis for minimally nonlinear irreversible refrigerators at finite cooling power” dalam jurnal Physic A 2018, lamaran perkahwinan disembunyikan dalam kolum penghargaan.

Menerusi nota penghargaan, Long menulis, “Rui Long mahu mengucapkan terima kasih terutama kepada Panpan Mao kerana sentiasa sabar, menjaga dan memberi sokongan tidak berbelah bahagi selama bertahun-tahun. Sudikah awak mengahwini saya?”

Lamaran unik Long dikongsikan oleh seorang penyelidik dari Imperial College London bernama Dr Jess Wade. Selepas memuatnaik gambar lamaran unik Long di akaun Twitternya dengan kapsyen “Romance is not dead, it’s just behind a paywall”, ia mendapat 1,000 like dan diulangsiar sebanyak 500 kali.

Tangkapan skrin ciapan Dr Jess Wade berkenaan lamaran Long.

Seperti Brown, Long juga tidak berdepan senario masuk angin keluar asap. Ini kerana menerusi satu laporan Times Higher Education, beliau mendedahkan Mao menerima lamarannya itu dan kedua-duanya dijangka berkahwin pada tahun tersebut.

RUJUKAN:

Petter, O. (2018). ACADEMIC HIDES MARRIAGE PROPOSAL TO PARTNER IN RESEARCH PAPER. The Independent.

Prasad, R. (2015). Scientist proposes marriage through a journal paper. The Hindu.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.