Saintis Dedahkan Kita Sperma Sama Sperma Pun Dah Dengki!

1,817

Pra-tempah hanya di Shopee

Manusia mempunyai sifat buruk iaitu dengki yang membuak-buak hingga tergamak menjatuhkan orang lain.

Dengki ini boleh berlaku dalam apa-apa jua persekitaran, sama ada pekerjaan, perniagaan atau perkahwinan. Dengki pula terbahagi kepada dua (van de Ven, et al., 2012): jinak (benign) yang hanya bertujuan untuk membaiki situasi sendiri dan berniat jahat (malicious) semata-mata untuk menjatuhkan orang lain tidak kira apa jua cara sekalipun.

Hakikatnya, bukan manusia sahaja yang menyimpan rasa iri hati. Pencinta-pencinta haiwan mungkin pernah melihat sifat cemburu dalam kalangan haiwan dipelihara (Castro, 2018).

Tetapi bukti cemburu ini hanya diketahui secara perkongsian. Sehingga hari ini saintis masih bergelut untuk memahami tentang sikap ini (Balcombe, 2014).

Contoh biasa.

Para saintis meletakkan satu tanda aras tentang cemburu. Ia merupakan jelmaan emosi yang dikongsi bersama (Choi, 2014).

Perasaan cemburu dan dengki ini memang perkara biasa.

Tetapi dalam sebuah kajian yang diterbit dalam PLoS Genetics, rupanya sifat ini sudah lama ada dalam jiwa manusia. Malah sejak dalam bentuk sperma lagi, manusia sudah mengamalkan sikap sedemikian.

Menyusuri Denai Peranakan

Kehidupan manusia bermula pada saat sperma dihamburkan dalam liang peranakan. Itulah detik bermulanya perlumbaan yang menghasilkan janin dan kemudiannya bayi manusia.

Air mani sebanyak lima milliliter mengandungi sperma mungkin 500 juta. Semua bersaing untuk menemui jodoh yang sedang bersembunyi dalam sistem ini.

Sperma memakan masa antara 30 minit hingga beberapa hari untuk mula berhubung dengan telur (ovum). Inilah takdir mereka.

Tetapi setiap sperma mengharungi dugaan yang berlainan antara satu sama lain (Funnell, 2021). Sepasukan saintis menjalankan penyelidikan di Institut Max Planck dalam Genetik Molekul.

Menggunakan sperma tikus, mereka mendapati sesuatu yang berkaitan dengan manusia.  Genetik tikus mempunyai protein aktif iaitu RAC1. Mana-mana sperma yang kaya dengan RAC1 rupanya lebih berkemampuan untuk bersen.yawa dengan telur.

Bermakna sperma-sperma yang kekurangan RAC1 semestinya akan gagal.

Saintis menemui bahawa RAC1 juga lengkap dengan pecahan genetik yang mementingkan diri sendiri. Dengan kelengkapan ini, sperma lebih laju, tangkas dan mampu tiba di destinasi.

Manakala dengan pecahan genetik tersebut, RAC1 mampu menyebabkan sesuatu di luar jangkaan. Sperma-sperma ini mampu menggunakan sel-sel sistem imun untuk membµnµh sperma-sperma lain (van Zijl, 2021).

Jadi mana-mana sperma yang menjadi m.ang.sa akan dibµnµh sebelum menghampiri telur.

Mereka berpendapat bahawa RAC1 memberikan petunjuk tentang masalah kesuburan dihadapi lelaki. Kerana sperma mempunyai sikap menca.ntas sperma lain, sekali gus menjejaskan peluang untuk bersen.yawa dengan telur.

Namun hipotesis ini memerlukan kajian lebih mendalam, kerana mungkin boleh membantu ribuan (atau jutaan) orang yang menghadapi masalah sama.

Memahami Tentang Sperma

Ketidaksuburan lelaki ialah satu situasi apabila seorang lelaki tidak mampu menghamilkan wanita yang subur. Seramai 7 peratus lelaki menghadapi masalah ini (Lotti & Maggi, 2014).

Bermakna bagi setiap 100 juta lelaki, seramai tujuh juta sedang bergelut dengan masalah ketidaksuburan yang mungkin menjejaskan mereka secara fizikal dan mental.

Golongan ini harus dibantu. Salah satu masalah yang menyebabkan situasi ini ialah rok.ok.

Tabiat yang mesti dihentikan dengan segera.

Produk-produk bertem.bakau didapati merosakkan buah zak.ar (Thompson & Bannigan, 2008).

Apabila organ tersebut rosak, tentu sekali sperma dibµnµh (atau sekurang-kurangnya dilemahkan) dan akhirnya menyebabkan masalah ketidaksuburan (Agarwal, et al., 2005).

Tetapi bukan semua situasi yang terjadi akibat produk ini. Kadangkala genetik DNA memainkan peranan utama, mempengaruhi kualiti air mani (Silva, et al., 2012).

Namun seorang lelaki yang ada masalah kesuburan tidak bermakna mempunyai isu genetik.

Ada banyak cara yang terbukti berkesan dalam merawat isu ini.

Cuma apa-apa ketidaksuburan yang berkaitan dengan buah zak.ar kadangkala tidak boleh diubati, melainkan dengan cara pembenihan beradas (AI), perseny.awaan in vitro (IVF) atau suntikan sperma intracytoplasmc (ICSI).

Walau apa pun, nasihat pakar perubatan mesti diutamakan terlebih dahulu. Kerana situasi masing-masing berbeza, dan kadangkala mungkin tiada masalah fizikal langsung.

RUJUKAN:

Agarwal, A., et al. (2005). Prevention of Oxidative (ditapiskan) (ditapiskan) to Sperm. Journal of Andrology. 26 (6): 654-660.

Balcombe, J. (2014, Disember 11). Yes, Animals Have Feelings (Op-Ed). Live Science.

Castro, J. (2018, Januari 2). Do animals get jealous? Live Science.

Choi, C.Q. (2011, September 14). Infidelity Study Reveals What Men & Women Really Care About. Live Science.

Funnell, R. (2021, Januari 15). Competitive sperm are far more selfish than previously thought. IFL Science.

Lotti, F., & Maggi, M. (2014). Ultrasound of the male (ditapiskan) tract in relation to male (ditapiskan) health. Human Reproduction Update. 21 (1): 56-83.

Silva, L.F., et al. (2012). The effects of male age on sperm analysis by motile sperm organelle morphology examination. Reprod Biol Endocrinol. 10: 19.

Thompson, J., & Bannigan, J. (2008). Cadmium: (ditapiskan) effects of the (ditapiskan) system and the embryo. Reprod Toxicol. 25 (3): 304-315.

Van de Ven, N., et al. (2012). Appraisal patterns of envy and related emotions. Motivation and Emotion. 36, 195-204.

Van Zijl, J. (2021, Februari 5). Sperm cells can be ruthless, some even ‘(ditapiskan’ their competitors. IFL Science.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.