Moving Forward As One

Saintis Dapati Serangga Memiliki Ladang Tersendiri

786

Setiap kehidupan ada peranan dalam alam ini. Serangga mungkin haiwan yang kecil tetapi jauh sekali tidak berguna. Kalau bukan kerana serangga, barangkali dunia ini takkan mungkin boleh berfungsi dengan baik.

Serangga mengimbangi punca aliran biologi dalam ekosistem (Scudder, 2017). Tanpa serangga, barangkali sektor pertanian pun akan menghadapi masalah.

Itulah kehebatan serangga, bantu manusia dalam pertanian… dan ada sejenis serangga melaksanakan pertanian tersendiri.

Dengar pelik juga. Serangga ada sektor pertanian sendiri. Macam manusia pula. Begini ceritanya. Universiti Barcelona mempunyai dua pakar bernama David Peris dan Xavier Delclos.

Mereka menyumbang bakti pada Institut Penyelidikan Biodiversiti dan Fakulti Sains Alam. Kedua-dua saintis hebat ini berganding bahu dengan Bjarte Jordal daripada Universiti Bergen untuk melaksanakan sebuah kajian tentang serangga purbakala yang dikatakan mampu bercµcµk tanam.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Kalau cakap pasal pertanian, semua kena faham: setiap spesis ada sendiri. Manusia menyemai benih pada tanah yang dibaja. Air kemudian disiramkan untuk memastikan tumbuh-tumbuhan mendapat zat secukupnya.

Lumrah ini sudah lama diamalkan. Dalam dunia saintifik, hubungan manusia dan tumbuh-tumbuhan dipanggil mutualisme.

Maksudnya sayur sawi misalnya mendapat penjagaan paling optimum untuk besar sebesar-besarnya. Apabila capai tahap, sayur ini dituai untuk menjadi makanan manusia pula.

Kiranya sawi dapat manfaat. Manusia pun dapat manfaat. Bak kata pepatah, win-win situation. Dalam dunia serangga, situasi win-­win sebegini memang ada.

Memang mustahillah serangga boleh bertanam dan menuai hasil sedemikian rupa. Tetapi serangga ada cara tersendiri yang unik untuk dipelajari.

Interaksi Alam Semulajadi Purbakala

Ada sebab kenapa saintis suka kaji tentang kehidupan zaman dulu. Kerana zaman dulu adalah cerminan pada zaman sekarang. Kumbang sekitar 100 juta tahun dahulu sudah mampu mengamalkan pertanian tersendiri, begitu juga anai-anai dan semut.

Bukan semua jenis anai-anai, kumbang atau semut – tetapi ada sejenis dua yang mampu bertani.

Kalau tengok pada kumbang, kerjanya adalah masuk dalam batang pokok. Kumbang akan membuat sejenis terowong halus tanpa menjejaskan tumbesaran pokok tersebut. Terowong ini menjadi laluan untuk penyimpanan telur. Dan semua telur perlu zat agar tidak mαti. Dari mana datangnya zat ini? Bukan daripada pokok.

Sebaliknya semasa membuat terowong, kumbang akan menyebarkan benih kulat. Terowong-terowong ini akan penuh dengan kulat yang menjadi makanan untuk telur kumbang.

Kalau dalam bahasa mudah, kulat ini adalah denggi. Dan kumbang tersebut menjadi nyamuk Aedes, menyebarkan denggi ke mana-mana saja ia pergi. Selepas selesai membuat terowong, kumbang ini akan berhijrah ke pokok lain.

Di sini pun mereka akan buat kerja sama. Jadi sama seperti manusia, kumbang menanam sayur untuk anak-anaknya.

Ladang-ladang kulat ini mempunyai nama saintifik tersendiri, iaitu “fungiculture” yang sudah lama diamalkan. Sesetengah kajian menokhtahkan bahawa fungiculture wujud sejak 86 juta tahun dulu lagi.

Malah ada yang berkata serangga 100 juta tahun dulu telah memulakan sektor pertanian fungiculture (University of Barcelona, 2021).

Macam Mana Kulat Menular?

Bahagian ini mungkin agak teknikal dan sukar difahami secara marhaen. Proses pertumbuhan kulat bermula daripada kumbang, seperti diterangkan.

Apabila kumbang menubuhkan kloninya dalam sebatang pokok, kulat pun merεbαk secara semulajadi. Amalan ini dibuat secara berterusan sampai kulat memang sebati dengan pergerakan kumbang (Liu, et al., 2020).

Spora kulat pula sangat halus, dalam lingkungan dua mikrometer (0.002 milimeter) sahaja. Logiknya, kumbang yang saiz 1 milimeter memanglah halus pada mata kasar… tetapi badannya boleh membawa 500 spora benih. Itu kalau 1 milimeter, kalau lebih? Lebihlah.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Namun perkaitan 500 spora benih itu hanyalah penjelasan marhaen sahaja. Ibaratkan kumbang membawa benih dalam poketnya untuk disebarkan sepanjang terowong.

RUJUKAN:

Liu, F., et al. (2020, Ogos 19). An (ditapiskan) beetle-fungus complex is maintained by fungal nutritional-compensation mediated by bacterial volatiles. The ISME Journal. 14, 2829-2842.

Scudder, G. (2017). The Importance of Insects. Insect Biodiversity: Science and Society, Second. Wiley Online Library.

University of Barcelona. (2021, Jun 23). The origins of farming insects more than 100 million years ago. Science Daily.

Ruangan komen telah ditutup.