Baru-baru ini, kajian menunjukkan bahawa manusia mampu hidup sehingga umur 130 tahun, malah boleh pergi jauh lagi walaupun peluangnya agak tipis. Kajian ini pasti mengejutkan kita yang mempunyai had umur yang begitu pendek sekitar 60-70 tahun.

Mengapa kajian yang para saintis utarakan begitu mengejutkan?

Sebenarnya, saintis telah lama berdebat sesama mereka akan mengetahui had umur sebenar manusia. Ada pendapat menyatakan bahawa manusia mampu hidup sehingga berusia 150 tahun. Ada juga sesetengah saintis mengandaikan bahawa manusia tidak ada had umur!

Dari perdebatan tersebut, saintis melaksanakan kajian dengan manganalisis data golongan ‘supercentenarian’ iaitu golongan yang berusia lebih 110 tahun dan golongan ‘semi-supercentenarian’ iaitu golongan yang berusia lebih 105 tahun. Kemudian kajian ini diterbitkan dalam journal Royal Society Open Science.

Kajian ini terdiri dari kajian analisis terhadap 1,100 orang supercentenarian dari 13 negara dan kajian analisis kedua terhadap warga Itali yang berusia sekurang-kurangnya 105 tahun pada January 2009 dan Disember 2015.

Kajian ini menunjukkan risiko untuk mengalami kematian adalah 50-50 saja. Menurut ketua penyelidikan bernama Anthony Davison iaitu ahli statistik dari Swiss Federal Institute of Technology in Lausanne (EPFL), golongan usia 110 tahun ini mampu menentukan jika ingin memanjangkan usia seperti meneka corak duit syiling. Jika coraknya kepala, kamu boleh pilih untuk panjangkan usia. Kalau coraknya bunga pula, kamu mempunyai peluang tinggi untuk meninggal dunia.

Keputusan kajian juga menunjukkan maksimum usia kedua-dua golongan ini mencapai usia 130 tahun. Data ini bertepatan dengan kajian analisis statistik sebelumnya yang juga maksimum usia golongan ini mencapai umur 130 tahun. Tambah David, kajian ini harus dijalankan sekali-sekala untuk mengemas kini purata had usia manusia.

“Apabila mengkaji tentang golongan yang berusia lanjut, tidak kisah dari segi statistik atau biologi, keputusannya tetap sama. Jika berlaku penurunan usia dari 130 tahun, sudah lama kumpulan kami mengesan sebab penurunan tersebut,” kata David selanjutnya.

Jika maksimum umur manusia ialah 130 tahun, mampukah kita mencapai ke umur tersebut? David menyatakan bahawa jika manusia mencapai umur sebegitu, dia adalah ‘mutiara dalam hamparan pasir’. Dalam abad ini, kita akan menemui golongan ataupun seseorang bakal mencapai hampir ke usia tersebut.

Namun, untuk mencapai umur 130 tahun bukan mudah, memandangkan keadaan dunia sekarang yang menyukarkan pemanjangan usia terutamanya teknologi perubatan yang kita ada sekarang.

Untuk rekod terkini, manusia paling lama hidup dianugerahkan kepada warga Jepun bernama Kane Tanaka yang berusia 118 tahun. Manakala manusia yang berumur paling panjang dianugerahkan kepada wanita Perancis bernama Jeanne Calment yang telah meninggal pada tahun 1997. Ketika itu usianya 122 tahun.

RUJUKAN:

Hussein, Sara. (29 September 2021). Want to Live Forever? There’s No Theoretical Limit to Human Lifespan, New Study Says. Science Alert.

**Gambar: Kane Tanaka, wanita Jepun yang memegang gelaran manusia paling lama hidup di dunia.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.