Belanda adalah sebuah negara kecil yang dihimpit antara Jerman dan Laut Utara. Jadi peluang untuk menemui sebarang fosil memang tipis sangatlah. Lama bangsa ini tunggu. Cari punya cari… begitu bersemangat mereka menyelongkar bumi untuk mencari isi manusia prasejarah.

Berkat kesabaran dan kegigihan akhirnya membuahkan hasil, apabila pihak Belanda menemui fosil manusia prasejarah di kawasan perairan negara.

Proses pendaftaran sebuah fosil sebenarnya mudah. Mereka perlu menjalankan beberapa analisis untuk mengenal pasti jantina, jenis dan julat usia. Setelah meneliti, mereka mengesahkan fosil ini adalah rangka seorang lelaki berjenis Neanderthal.

Lukisan gaya hidup Neanderthal.

Lalu mereka memberi nama Krijn untuk memudahkan rujukan. Kemudian mereka dikejutkan dengan satu berita tergempar: Krijn hidup sekitar 100,000 hingga 40,000 tahun lalu. Ini membuatkan Krijn fosil paling tua ditemui dalam laut.

Penemuan ini menimbulkan satu tanda tanya besar. Bagaimana Krijn turun laut? Ada dua kebarangkalian di sini: kenaikan aras laut yang membanjiri kawasan pengebµmiαη

Krijn… ataupun Krijn pandai menyeberangi laut dengan bot.

Terdapat bukti kukuh menyatakan bahawa manusia Neanderthal sudah pandai menyeberangi Laut Mediterranean sejak 200,000 tahun dahulu lagi (Moyler, 2019).

Dua kebarangkalian. Tidak pelik jika Krijn cuba merentasi Laut Utara, barangkali dipµkµl ombak dan menemui αjαl di dasar pesisiran.

Cuma saintis lebih berpendapat bahawa beliau hidup di kawasan Doggerland yang dulu berada di antara United Kingdom dan Eropah.

Dipercayai inilah tempat Doggerland dulu.

Ada sebab kenapa mereka berpihak pada kebarangkalian ini. Hasil dapatan mereka adalah, Krijn suka makan daging (Geggel, 2021). Sepanjang hayatnya, memang daging menjadi makanan ruji…. tanpa sebarang bukti makanan laut. Mana mungkin orang laut tidak makan ikan langsung, bukan?

Tambah Doggerland pula adalah tempat yang penuh dengan haiwan (dan binatang buas). Krijn perlu sentiasa berwaspada supaya tidak menjadi mαngsα gajah mammoth atau singa.

Setelah berpuas hati dengan dapatan sedia ada, mereka terus membina semula wajah Krijn. Setelah sekian lama tenggelam dalam laluan masa, akhirnya wajah Krijn muncul semula. Tetapi ada sesuatu yang tidak kena dengan wajahnya. Di sebelah kanan, ada ketumbuhan berkelompok yang pelik.

Rupa-rupanya, Krijn mempunyai sista kulit (dermal cyst) yang bersifat benigna (benign). Ketumbuhan ini tidak merebak ke tempat lain… tetapi ketumbuhan tetap ketumbuhan. Krijn dipercayai sentiasa mengalami pening, loya, kekejangan, sawan dan masalah penglihatan.

Facial reconstruction Krijn.

Simtom ini hanya diagnosis profesional sahaja. Selalunya sista begini memang itulah pengalamannya. Tetapi ada saja situasi yang mana Krijn tidak rasa apa-apa pun, sekadar kulit yang berbonjol sahaja.

Penemuan Krijn membuka mata orang ramai tentang kepentingan menjaga dasar laut terutamanya di kawasan pesisiran. Krijn ditemui sebenarnya secara kebetulan sahaja. Sekumpulan pakar paleontologi mengeluarkan gumpalan daripada dasar Laut Utara. Kemudian mereka menapis keluar barangan yang terkandung dalam gumpalan tanah liat itu.

Tidak sangka – dalam gumpalan inilah ada rangka seorang manusia prasejarah paling tua (ditemui dalam dasar laut) dan rangka seorang manusia yang mempunyai ketumbuhan pada muka. Memang penantian Belanda berakhir dengan penuh bergaya.

RUJUKAN:

Geggel, L. (2021, September 14). Lumpy (ditapiskan) shown on facial reconstruction of Neanderthal who lived on ‘(ditapiskan) land’. Live science.

Moyler, H. (2019, Oktober 21). Humans Crossed the Mediterranean Sea Tens of Thousands of Years Earlier Than Previously Thought, Says Study. Newsweek.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.