Saintis akur yang mesin dialisis bukan sama sekali jalan penyelesaian untuk pesακit buah pinggang. Kosnya sangat tinggi untuk satu rawatan yang bukan solusi. Kena ulang tiga kali seminggu pula, untuk mengerjakan fungsi semulajadi buah pinggang.

Statistik masalah ginjal semakin membimbangkan di Malaysia. 15 peratus rakyat negara ini mempunyai penyakit ginjal κroηiκ (Ismail, 2020). Malah 30 peratus dalam kalangan pesακit ini terdiri daripada golongan muda (Aziz, 2021).

Jangan ingat Amerika Syarikat elok-elok belaka. 15 peratus populasi dewasa sana berdepan dengan penyakit ginjal. Senang cakap, semua negara ada statistik masalah ginjal. Satu-satunya cara sekarang adalah pemindahan ginjal, yang beri.siko badan tidak terima (organ transplant rejection) dengan potensi dαrαh be.ku bagai.

Jadi saintis kena fikir alternatif. Kalau boleh, semua pakat mahu buat ginjal macam buat burger vegan. Tetapi ada beza makanan dengan organ berfungsi. Mereka cuba mencari solusi daripada haiwan.

Pada tahun 1964, seorang doktor bernama Keith Reemtsma memindahkan ginjal seekor cimpanzi masuk dalam seorang wanita.

Keith Reemtsma

Prosedur ini gagal sebenarnya. Walaupun ginjal tersebut berfungsi selama sembilan bulan (Altman, 2000), wanita terbabit meninggal dunia akibat prosedur sedemikian.

Padahal kedua-dua ginjal cimpanzi didapati normal tanpa sebarang petanda apa-apa masalah melainkan gangguan teruk pada imbangan kimia badan (Cooper, 2012).

Senang cakap, ginjal cimpanzi tidak sesuai untuk manusia sekalipun ada banyak perkongsian lain.

Disangka Beruk, Rupanya Babi

Kegagalan Dr. Keith Reemtsma membuka mata saintis untuk kaji haiwan lain. Cari punya cari, mereka mendapat petunjuk yang ginjal babi boleh digunakan.

Berbeza dengan eksperimen lampau yang melibatkan seorang wanita normal, saintis kali ini mendapat izin daripada keluarga seorang penderma organ yang sudah ma.ti otak.

Eksperimen terkini mengambil masa 54 jam. Mereka mengeluarkan “ginjal manusia” daripada penderma tersebut untuk tujuan persampelan terlebih dahulu.

Ginjal babi.

Kemudian mereka membawa ginjal daripada seekor babi. Berbeza dengan yang lain, babi ini istimewa sebenarnya. Ginjal babi biasa mempunyai kod genetik alpha-gal yang “dibenci” sistem imuniti manusia. Alpha-gal menyebabkan badan manusia tolak ginjal haiwan ini.

Jadi saintis membesarkan seekor babi khas tanpa alpha-gal (dibuat dengan menggunakan kaedah genetic engineering). Apabila ginjal babi khas itu masuk dalam badan manusia, pihak doktor terus memantau.

Saat menjadi minit yang bertukar ke jam. Sepatutnya antibodi manusia akan meηyerαηg ginjal babi. Tetapi kali ini, badan penderma sudah menerima ginjal tersebut siap buat air kencing yang sangat banyak (Lanese, 2021).

Kira langkah pertama lulus dengan bergaya. Tetapi saintis masih belum bersorak, kerana masih banyak persoalan belum terjawab – seperti “berapa lama boleh tahan?”

Tubuh badan manusia boleh terima sekarang… tetapi tolak kemudian. Itu masalahnya. Mereka perlu memantau dalam tempoh yang sangat lama, sebelum mengesahkan eksperimen ini berjaya.

Buat masa sekarang, eksperimen ini masih menepati piawaian etika yang ditetapkan pihak berkuasa. Ikutkan saintis boleh saja buat organ manusia dalam babi supaya boleh dituai kemudian. Tetapi ini sudah dianggap lebih daripada batasan etika, sekali gus menjadi penghalang.

Andainya ginjal babi khas ini tahan lama, mungkin ia akan mengubahkan landskap kesihatan dunia. Umat Islam dan Yahudi barangkali akan menolak peluang ini atas faktor agama. Tetapi ini tidak mendatangkan sebarang masalah.

Ginjal semua penderma boleh diberikan kepada golongan yang sensitif dari segi akidah. Mana yang boleh terima ginjal babi khas wajar teruskan, sekali gus mengurangkan kadar permintaan global.

RUJUKAN:

Altman, L. (2000, Jun 28). Keith Reemtsma, 74, Pioneer in Medical Transplants, (ditapiskan). The New York Times.

Aziz, I.H. (2021, Mac 13). 30 peratus (ditapiskan) buah pinggang golongan muda. Berita Harian.

Cooper, D.K.C. (2012). A brief history of cross-species organ transplantation. Proc (Bayl Univ Med Cent). 25 (1): 49—57.

Ismail, M.H. (2020, Disember 27). 15 peratus rakyat Malaysia (ditapiskan) penyakit buah pinggang (ditapiskan). Sinar Harian.

Lanese, N. (2021, Oktober 22). Pig kidney successfully hooked up to human (ditapiskan) in watershed experiment. Live Science.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.