Saintis China Menghasilkan Haiwan Hibrid Monyet-Babi

1,165

1. Eksperimen tersebut dijalankan sebagai satu ikhtiar menghasilkan organ menggunakan haiwan. Yang mana babi itu dilihat sebagai calon atau hos sesuai untuk organ tersebut “dibesarkan”.

2. Mengapa gunakan haiwan untuk menghasilkan organ? Ini kerana jumlah penderma organ itu kurang berbanding jumlah pesakit yang memerlukan organ. Oleh itu, haiwan ternakan seperti babi (yang banyak jumlahnya) dipilih sebagai perumah atau dalam bahasa kasarnya “kilang” menghasilkan organ.

2. Mekanisme sebalik eksprimen.

Pluripotent Stem Cells (PCS) diketahui bertindak sebagai “pemain utama” dalam pembentukan organ. Oleh itu, dengan “memperkenalkan” Primate (Monyet) Pluripotent Stem Cells ke dalam embrio babi melalui prosedur IVF (In Vitro Fertilization), membuatkan babi tersebut mempunyai organ yang terdiri daripada sel-sel monyet.

3. Mengapa monyet? Primate Embryonic Pluripotent Stem Cells, diketahui mirip mekanismenya dengan Human Embryonic Pluripotent Stem Cells (hPSC). Oleh itu, dengan melihat bagaimana sel stem primat ini berfungsi, memberikan serba sedikit maklumat kepada saintis bagaimana sel stem itu bertindak di dalam badan perumah (babi)

4. Dapatan daripada kajian tersebut bagaimanapun tidak menggalakkan. Oleh kerana 2 daripada 10 ekor babi hibrid monyet yang berjaya dihasilkan tersebut, hanya mempunyai jumlah sel monyet yang tidak signifikan (kurang daripada yang diharapkan). Selain daripada hakikat bahawa, babi itu hanya berjaya hidup untuk beberapa hari sahaja sebelum ia mati.Mungkinkah, pada masa hadapan, haiwan seperti babi itu bakal menjadi “kilang” penghasilan organ untuk manusia?

RUJUKAN:

Fu, R., Yu, D., Ren, J. et al. “Domesticated Cynomolgus Monkey Embryonic Stem Cells Allow the Generation of Neonatal Interspecies Chimeric Pigs”. Protein Cell (2019).

Ruangan komen telah ditutup.