Penyokong Darwinisme dulu pernah bertembung teruk dengan gelombang konservatisme dalam kalangan penganut Kristian di Amerika Syarikat. Pertembungan ini memang pelik. Evolusi dan agama bergaduh; komunis yang kena penαmpαr dengan dakwaan bukan-bukan terhadap Joseph Stalin.

Semua tahu Kesatuan Soviet tidak amalkan apa-apa agama. Jadi konservatisme tidak suka pada mereka. Atas faktor ini, mereka jadi sasaran mudah. Penαmpαr komunis, cubit Darwinis – tangan sama: Stalin kononnya ingin memperbaharui Teηterα Merah dengan anggota manusia separuh mawas (Johnson, 2011).

Tuduhan tersebut mempunyai asas melalui Ilya Ivanov, seorang pakar biologi yang mengabdikan diri pada jalan tidak beretika ini.

Ilya Ivanov.

Ivanov bukan satu-satu saintis yang berusaha untuk mencipta spesis gabungan (hybrid). Percubaan mereka sentiasa gagal, walau cara macam mana sekalipun. Sperma manusia tidak boleh menghamilkan mawas, meskipun digaulkan dalam tabung uji.

Rahim wanita pula tidak boleh membawa anak campuran. Salah satu teori menyentuh tentang sistem pembiakan cimpanzi, yang katanya tidak serasi dengan keperluan janin manusiawi (Bosch, 2006).

Tetapi itu cerita dulu. Zaman sekarang, ada banyak halangan terutamanya di Dunia Barat. Semua negara – Amerika Syarikat, Canada dan Kesatuan Eropah – tidak bersetuju atas faktor etika. Jadi sekumpulan saintis daripada Amerika Syarikat dan Sepanyol berhijrah ke China untuk menguji teori janin manusia dan monyet.

Penciptaan Luar Alami

Pasukan saintis yang menjalankan usaha ini tahu risiko dan padah menanti. Mereka berasal daripada Institut Salk dan Universiti Katolik Murcia. Untuk pengetahuan semua, Institut Salk dinamakan sempena Jonas Salk yang membangunkan vaksin polio.

Jadi sudah pasti penyelidikan manusia-monyet dianggap menconteng arang pada wajah institut. Tetapi pasukan saintis ini bukannya ingin meηcαbαr alam pun. Sebaliknya tujuan saintifik mereka adalah untuk menguji “bahan binaan” organik iaitu unsur-unsur genetik.

Tetapi kajian mereka tidak guna sel sperma dan telur daripada manusia dan monyet. Sebaliknya, mereka membawa janin monyet ke China.

Proses penyelidikan yang rumit.

Dengan menggunakan teknologi canggih, mereka membatalkan unsur-unsur genetik yang akan membina organ anak monyet. Kemudian mereka masukkan sel stem (stem cells) manusia sebagai pengganti. Bermakna janin tersebut dicαcαtkαη… kemudian disempurnakan.

Tujuan saintifik mereka berakhir di situ, kerana janin kekal ‘hidup’ selepas perubahan dibuat. Jadi mereka menghentikan projek penyelidikan serta merta, ketika janin masih dalam proses untuk membina sistem saraf (otak).

Andainya misi diteruskan, janin tersebut akan menjadi anak monyet yang mempunyai sel manusia. Tiada siapa tahu potensi dan kebolehan haiwan ini, yang mungkin akan mengganggu imbangan alam.

Cuba bayangkan jika anak monyet tersebut biasa dengan hidup dalam hutan sampai boleh merancang dengan rapi seperti seorang manusia.

Sains Tiada Batasan

Ada sesuatu yang menarik tentang eksperimen ini. Jika buang sifat perikemanusiaan, kajian pasukan saintis ini boleh kata menguntungkan manusia juga. Kerana manusia sudah tidak lagi perlu bergantung pada derma organ.

Itu yang cakap awal-awal: jika buang sifat perikemanusiaan. Bermakna anak-anak monyet/manusia dibesarkan bagaikan sistem penternakan organ. Ilmu ini andainya sampai dalam tangan yang salah boleh jadi cacamarba.

Sebab itu sains yang tiada batasan boleh menguntungkan ramai… sekali lagi, jika buang sifat perikemanusiaan.

Mungkin ada baik juga mereka hentikan penyelidikan awal-awal. Tetapi pasukan ini ternyata suka mendalami ilmu kehidupan secara praktikal.

Selepas selesai dengan manusia-monyet, mereka menguji manusia-babi pula yang gagal teruk. Sesudahnya mereka berusaha menggabungkan dua spesis tikus (rat dan mouse) berbeza.

RUJUKAN:

Bosch, T. (2006, November 14). Humanderthals! Slate.

Johnson, E. (2011, November 10). Scientific Ethics and Stalin’s Ape-Man Superwarriors. Scientific American.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.