Kemahiran berbahasa ialah harta bernilai bagi seorang penulis atau pemberi ucapan. Tetapi ada masanya, harta ini boleh menggelincirkan sesiapa pun ke dalam satu spektrum kadang tidak disedari.

Dalam bahasa Inggeris, spektrum ini digelar “jargonisme” iaitu amalan menggunakan istilah-istilah tinggi yang maksudnya hanya difahami ahli-ahli bidang ataupun orang-orang berkaitan.

Jargon selalunya digunakan secara rapi dalam institusi keadilan daripada penghakiman ke guaman.

Tetapi apabila merentasi batasan tersebut ke penulisan dan ucapan, kadangkala jargonisme digunakan bagi tujuan untuk menunjukkan tahap ilmu dalam minda. Senang kata, untuk bagi nampak lebih pandai.

Kalau ikut kajian saintifik di Universiti Stanford, sebaliknya yang akan berlaku. Selalunya penulis-penulis tugasan akademik akan menggunakan lenggok bahasa tinggi untuk nampak semangat.

Pelajar-pelajar Sejarah mungkin menggunakan “antediluvian” bagi menggantikan “old”. Jangan sampai pergi gunakan “primordial” sudah. Walaupun definisi hampir sama, penggunannya sangat-sangat berlainan.

Penyampaian yang memerlukan laras bahasa tinggi sebenarnya mencetuskan persepsi berlainan (Lebowitz, 2015).

Contohnya begini, jika sebuah baldi itu diperbuat daripada emas, ia tidak perlukan apa-apa lagi untuk menganjakkan nilai.

Tetapi andainya unsurnya plastik, memanglah ia perlu salutan – kerana fitrahnya tidak bernilai tinggi.

Hasil yang baik tidak memerlukan sandaran bahasa semata-mata untuk mewarnai kerja.

Tugasan sains tidak memerlukan frasa-frasa seperti “abstruse” atau “daedal”, cukup sekadar “intricate” atau “sophisticated” untuk mensinonimkan “high-tech” – apatah lagi jika sentuhannya sekali sahaja.

Jadi menggunakan bahasa-bahasa tinggi untuk tujuan yang disebutkan akan mendedahkan kebodohan sendiri (Oppenheimer, 2006).

Disebabkan itulah kemahiran berbahasa memerlukan kosa kata yang lebih meluas, bukannya laras bahasa tinggi.

Apabila kosa kata dikuasai, penulis atau pemberi ucapan mempelbagaikan penyampaian mereka untuk menguasai semua lapisan akhir (sama ada pengguna atau pembaca).

Berdasarkan dapatan daripada industri penerbitan antarabangsa, peraturan “the simpler is better” sentiasa diamalkan.

Ayat-ayat dicadangkan kekal bawah 17 patah, dan jangan terlalu gunakan kata keterangan (adverb seperti usually, though, gigantically dan sebagainya). Kalau dibaca siri Harry Potter ataupun apa-apa buku Stephen King, pendekatan sebegini selalu digunakan.

Kepintaran penulis tidak ditunjukkan secara laras bahasa – sebaliknya bagaimana penulis menggambarkan kreativiti dengan kemudahan kata.

Kalau dalam bidang ucapan pula, Barack Obama menunjukkan cara penggunaan tatabahasa untuk mengaburi jiwa rakyat.

Ia merupakan penyampaian politik yang sangat baik – kerana undian bukan hanya daripada golongan cerdik pandai.

Semasa menyambut kemenangannya pada tahun 2008, seramai 240,000 orang membanjiri Chicago iaitu bandaraya yang bercampur antara cerdik dan tidak celik huruf.

Obama menyentuh tentang isu-isu utama yang perlu diselesaikan, pun dengan laras bahasa biasa.

Maka dalam situasi itu, ketepatan kata mudah terbukti boleh memegang perhatian orang awam.

Sudah tentunya kesalahan ejaan dan kesilapan tatabahasa perlu dielakkan, sepertimana Donald Trump pernah buat dalam isu “covfefe”, “honered”. “unpresidented” dan sebagainya.

Selain “jargonisme”, ada satu lagi kategori yang lebih menyakitkan mata. “Sesquipedalianism” memang nampak panjang.

Tetapi ia sangat mudah untuk disebut kalau berpecahan mengikut etimologi Latinnya: sesqui– (satu dan setengah) + –pedalian– (kaki) + -ism.

Maksudnya pula ialah tabiat menggunakan perkataan-perkataan panjang dan kadangkala tidak jelas dalam ucapan atau penulisan.

“Floccinaucinihilipilification” ialah contoh perkataan sesquipedalianis yang bererti “perangai mengganggarkan sesuatu sebagai tiada nilai”.

Maka jika ada yang dalam kalangan sumber bacaan kalian suka menggunakan jargon-jargon tinggi, kirimkanlah rencana ini.

Tidak kisahlah apa jargon-jargonnya, waima dalam bahasa Arab sekalipun, tonjolkan kepintaran menggunakan ilmu dalam minda dan adab di dada.

RUJUKAN:

Lebowitz, S. (2018, September 18). Science says using big words to sound sophisticated makes you seem less intelligent. Business Insider Australia. Retrieved from https://www.businessinsider.com.au/use-simple-language-to-sound-smarter-2015-9

Oppenheimer, D.M., (2006). Consequences of Erudite Vernacular Utilized Irrespective of Necessity: Problems with Using Long Words Needlessly. Applied Cognitive Psychology. Retrieved from http://www.ucd.ie/artspgs/semantics/ConsequencesErudite.pdf


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.