Sains Disebalik Teknik S*mb*lihan Umat Islam

1,304

Pada tahun 2014, seorang doktor haiwan merangkap presiden kepada British Veterinarian Association (BVA) bernama Dr John Blackwell mengeluarkan satu kenyataan dalam usahanya untuk mengharamkan kaedah p3ny3mb3lihan halal yang sudah lama diamalkan oleh masyarakat Islam. Katanya, Denmark telahpun mengharamkan kaedah p3ny3mb3lihan tersebut, dan kini dia beralih perhatian dan menumpukan bahawa negara Britain sendiri patut mengharamkan kaedah tersebut.

Gambar – Flickr (Dr John Blackwell)

Mengikut kepada wawancara yang diberikan kepada The Times, beliau berkata bahawa haiwan yang dis3mb3lih dengan cara sedemikian akan merasai kesakitan selama beberapa minit sebelum ianya m4ti akibat kehilangan d4r4h.

Gambar – RSPCA (Poster yang menimbulkan lagi kontroversi)

Walau bagaimanapun, keterangan yang dikeluarkan itu mengundang kemarahan daripada pihak muslim dan juga beberapa kaum Yahudi kerana kenyataan berikut amat mengelirukan disamping seolah-olah ingin memburukkan amalan yang telah dilaksanakan selama ribuan tahun ini. Sebelum itu, saya nak anda baca terlebih dahulu penulisan di perenggan bawah ini dan fahamkan supaya anda tidak keliru mengenai penulisan saya ini.

Saya tidak mempunyai apa-apa niat atau alasan untuk menyamakan amalan orang islam sama dengan amalan yang dilakukan oleh masyarakat Yahudi. Penyentuhan aspek p3ny3mb3lihan ini lebih kepada kaedah dan cara p3ny3mb3lihan yang sudah pasti tidak sama 100%, namun berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr John Blackwell itu tidak dipersetujui oleh kedua-dua pihak yang mengamalkan kaedah p3ny3mb3lihan haiwan, jadi, kita boleh lihat apakah beberapa kenyataan yang dikeluarkan untuk mempertahankan amalan ini.

Gambar – My Western Wall

Untuk masyarakat yahudi, mereka mengamalkan satu kaedah p3ny3mb3lihan yang dinamakan sebagai shechita. P3ny3mb3lihan ini menggunakan pisau yang dikenali sebagai chalaf, yang mempunyai kelebaran 2 kali ganda leher haiwan yang ingin dis3mb3lih.

Mereka tidak membenarkan haiwan tersebut di’stun’ terlebih dahulu, bermaksud, haiwan tersebut perlu hidup dalam keadaan normal sebelum dis3mb3lih dan inginkan setiap titik d4r4h dikelarkan daripada badan haiwan terseut serta pembuangan bahagian yang haram dimakan, iaitu bahagian saraf skiatik (sciatic nerve).

Sama seperti cara p3ny3mb3lihan muslim yang halal, dan perbezaanya adalah kita boleh menggunakan pisau tak kira apa saiz bersama dengan kalimah-kalimah dan doa perlu dilafazkan sebelum p3ny3mb3lihan dilakukan.

Gambar – ide (ps – penghalaan haiwan menghadap qiblat adalah sunat, bukan wajib)

Apa yang difahami oleh Dr John Blackwell dan kebanyakkan masyarakat bukan muslim adalah teknik p3ny3mb3lihan halal ini bertujuan untuk menyebabkan haiwan m4ti akibat kehilangan d4r4h, dan disebabkan itu, haiwan tersebut akan terseksa selama beberapa minit sebelum m4ti.

Untuk seuatu organisma sebesar lembu atau kambing untuk m4ti akibat kehilangan d4r4h, masa yang diambil adalah sangat lama (1-2 minit). Justeru, mereka mencadangkan penggunaan stun gun atau apa-apa kaedah bertujuan untuk menyebabkan haiwan tersebut kaku dan stunned terlebih dahulu. Antara kaedah stunning ini adalah dengan cara:

  1. Pengaliran elektrik ke otak dan jantung haiwan, menyebabkan haiwan tersebut pengsan kerana jantungnya tidak lagi berdegup setelah dialirkan elektrik berkuasa tinggi (haiwan tersebut sebenarnya dikira m4ti)

  2. Gas argon dan nitrogen dialirkan, dan akan menyebabkan haiwan tersebut pengsan kerana kekurangan oksigen, dalam keadaan yang kita panggil sebagai hypoxia.

  3. Percussion Captive Bolt di mana penggunaan alat untuk mengh3nt4k kepala haiwan tersebut, menyebabkan konkusi (pelanggaran otak dengan tempurung kepala), dan daripada situ, haiwan tersebut akan pengsan. Kaedah ini diterimapakai oleh golongan muslim yang tinggal di negara yang mewajibkan stunning sebelum p3ny3mb3lihan dilakukan seperti negara Denmark.
Gambar – BBC

Syarat yang diperlukan untuk p3ny3mb3lihan mengikut kepada laman web muftimelaka.gov.my adalah seperti berikut:

  • P3ny3mb3lihan dilakukan oleh orang Islam atau ahli kitab.

  • Dilakukan dengan niat menyembelih kerana Allah.

  • Binatang itu masih hidup ketika dis3mb3lih.

  • Binatang itu adalah halal dimakan.

  • Menggunakan alat yang tajam selain dari kuku, gigi dan tulang.

  • Putus halqum dan urat mari’ dengan sebab p3ny3mb3lihan.

  • M4ti dengan sekali s3mb3lihan sahaja.

  • Tidak dilakukan p3ny3mb3lihan kerana selain dari Allah.

  • Tidak dilakukan dalam ihram (binatang buruan darat).

Dan proses stunning menggunakan gas dan elektrik tidak diterima pakai memandangkan haiwan tersebut akan m4ti terlebih dahulu sebelum dis3mb3lih di mana cardiac arrest (jantung berhenti berdegup) atau hypoxia.

Gambar – Prof Wilheim Schulze

Akan tetapi, adakah kaedah p3ny3mb3lihan muslim ini dikira sebagai meny3ks4 haiwan jika teknik stunning tidak digunakan terlebih dahulu? Jawapannya tidak kerana salah satu syarat iaitu penggunaan alat yang betul-betul tajam disamping m4ti dengan sekali s3mb3lihan sahaja telah dibuktikan dalam kajian yang dilaksanakan oleh Professor Wilheim Schulze dan rakannya, Dr Hazim pada tahun 1974 – 1978 di Jerman.

Gambar – Science Direct (EEG)

Mereka meletakkan satu alat diagnostik dipanggil Electroencephalogram (EEG) di kepala 17 ekor kambing biri-biri dan 15 ekor lembu. EEG ini merupakan satu alat yang mengukur aktiviti elektrik yang dihasilkan oleh haiwan atau manusia. Konsepnya lebih kurang sama dengan electrocardiogram (ECG) di mana alat ECG ini mengukur aktiviti elektrik yang dihasilkan oleh jantung.

Berikut adalah keputusan kajian ini:

  1. 3 saat selepas dis3mb3lih – EEG menunjukkan tidak ada peningkatan aktiviti elektrik pada otak haiwan berkenaan, menunjukkan haiwan tersebut tidak merasa kesakitan sejurus selepas p3ny3mb3lihan dibuat.

  2. 4 – 6 saat kemudian, EEG menunjukkan haiwan tersebut berada di dalam keadaan deep unconscious state disebabkan oleh kuantiti d4r4h yang amat banyak keluar daripada salur d4r4h yang telah dipotong.

  3. Selepas itu, mereka mendapati bahawa jantung haiwan tersebut masih lagi berdegup, namun haiwan tersebut telahpun tidak sedar, dan pergerakkan haiwan yang dilihat adalah semata-mata kerana satu keadaan yang dinamakan sebagai refleks daripada saraf tunjang yang cuba untuk menghantar bekalan d4r4h ke otak.

  4. Untuk haiwan yang di’stunned’ terlebih dahulu, mereka mendapati beberapa haiwan ini berada dalam keadaan yang lebih sakit, namun, Prof Schulz berkata hal ini mungkin disebabkan oleh teknik ‘stunning’ yang digunakan tidak dibuat dengan betul (improper stunning method/ malfunction bolt gun)
Gambar – Percussive Stun Captive Bolt

Walau bagaimanapun, beberapa kajian dibuat dalam tahun-tahun berikutnya menunjukkan sememangnya, sekiranya p3ny3mb3lihan haiwan dilakukan dengan betul, sekali s3mb3lih dengan pantas dan menggunakan peralatan yang tajam, perbuatan ini sendiri akan menyerupai ‘stun’ itu sendiri. Penggunaan stun menggunakan alat percussive stun captive bolt pada awalnya ditolak juga kerana peratusan kegagalannya agak tinggi, namun, kemajuan dalam bidang sains dan teknologi kini berjaya menaiktaraf teknik ini dan kini mempunyai kadar kegagalan yang amat kecil.

Kaedah ‘stunned menggunakan tukul kayu

Jadi, secara kesimpulannya, sememangnya pada zaman moden ini, terdapat garis panduan yang dibuat di mana mereka mengkehendaki dan mewajibkan setiap haiwan yang ingin dis3mb3lih walaupun melalui kaedah p3ny3mb3lihan halal sekalipun perlu di’stunned’ terlebih dahulu, di mana kaedah stun yang boleh diterima terutama sekali melibatkan haiwan sebesar lembu adalah dengan penggunaan teknik percussion bolt gun sahaja. Teknik ini walau bagaimanapun tidak sesuai dilakukan kepada haiwan yang kecil seperi ayam kerana penggunaan bolt gun tersebut akan menyebabkan kem4tian secara terus kepada haiwan tersebut, dan menjadikannya ‘bangkai’ sebelum dis3mb3lih.

RUJUKAN:

Review of St*nning and Halal Sl*ught*r . http://www.livecorp.com.au/LC/files/98/98780c7e-2e95-4e45-98d9-74ff85c50281.pdf

Halal, shechita and the politics of animal sla*ghter. https://www.theguardian.com/world/2014/mar/06/halal-shechita-politics-animal-slaughter

Halal Sla*ghter is Most Hum*ne . http://www.oocities.org/mutmainaa/food/halal_slaughter.html

Why Halal Sla*ghter*ng is Humane. https://globalhalaldatapool.com/halal_slaugher_humane/

What exactly does the halal method of animal sl*ught*r involve?. https://www.theguardian.com/lifeandstyle/2014/may/08/what-does-halal-method-animal-slaughter-involve

Mercy Halal Islamic Sla*ght*r Part 1. https://youtu.be/quhVxLUwiBw

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.