Sains Disebalik Seksaan Waterboarding

1,680

Bagaimanakah dengan hanya bermodalkan sebuah bangku, sehelai kain hitam, sehelai tuala, beberapa helai strap atau tali dan sebotol air boleh membuatkan seseorang itu memberitahu apa-apa sahaja soalan yang ditanyakan kepadanya? Baiklah, kali ini saya akan mengupas mengenai satu teknik penyeksaan di dalam proses soal siasat atau interrogation yang digelar sebagai waterboarding.

Sedikit mengenai sejarah. Teknik ini mulai digunakan oleh negara Sepanyol sejak tahun 1500 lagi. Pada awalnya, teknik ini dinamakan sebagai tortura del agua, atau nama lainnya Spanish Water Torture. Di negara China, terdapat juga satu hukuman yang mempunyai nama yang lebih kurang sama, iaitu Chinese Water Torture. Walau bagaimanapun, teknik ini berlainan dengan waterboarding.

Untuk kita memahami lebih lagi mengenai waterboarding, kita harus tahu apakah kesannya dari sudut perubatan. Teknik penyeksaan ini akan meletakkan seorang pesalah berada di dalam kelemasan. Sekiranya kita terdengar mengenai mangsa yang mati lemas, pasti kita akan berasa gerun memikirkan apakah keadaan mangsa pada detik-detik dia lemas dan betapa terseksanya seseorang itu apabila lemas di dalam air.

Dari sudut perubatan, sekiranya seseorang itu mengalami kelemasan, yang mana saat mangsa tidak lagi boleh menahan nafas, satu refleks akan terjadi untuk memaksa seseorang itu menarik nafas saat kandungan oksigen di dalam darahnya menjadi amat rendah. Tarikan nafas di dalam air ini akan menyebabkan air mulai menerjah masuk ke dalam saluran pernafasan.

Satu tindakan refleks untuk melindungi air daripada termasuk ke dalam sistem pernafasan seseorang itu akan menyebaban bahagian epiglotisnya tertutup menyebabkan mangsa tidak lagi boleh bernafas, dan perbuatan dipanggil sebagai Instinctive Drowning Response.

Gejala Instinctive Drowning Response ini adalah pemberhentian pergerakkan kaki, tidak boleh bercakap dan mangsa tidak lagi ada keupayaan untuk mengekalkan bahagian mulutnya di atas paras air bagi membolehkan dia bernafas (yang mana bertahan sekejap sahaja).

Jadi, waterboarding ini adalah satu cara untuk mengaktifkan Instinctive Drowning Response kepada mangsa, yang mana amat menyeksakan mana-mana individu sekalipun. Jadi, bagaimana pula teknik waterboarding ini dilakukan?

Mangsa akan diletakkan di atas sebuah bangku dalam keadaan terlentang. Kepalanya akan disarungkan dengan satu topeng gelap, yang tiada lubang untuk mata, hidung dan mulut. Sehelai tuala akan diletakkan di atas kepala mangsa. Untuk CIA, mereka tidak menggunakan tuala, sebaliknya hanyalah selotep sahaja. Bahagian kepala mangsa akan didongakkan sedikit, dan badan mereka diikat dengan pelbagai tali, yang mana salah satu tali ini diikat ketat di bahagian dada mangsa.

Kemudian, penghukum akan menuangkan air ke atas tuala tersebut, selama 20 – 40 saat. Apabila air mulai membasahi tuala tersebut, air akan mengalir mengikut kepada posisi kepala mangsa dan mulai masuk ke dalam saluran pernafasan mangsa. Hal ini akan menyebabkan Instinctive Drowning Response, di mana mangsa mengalami satu keadaan ibarat mangsa yang hampir sahaja untuk mati lemas. Selepas itu, kain dan topeng akan dibuka untuk membenarkan mangsa mengambil nafas 3-4 kali, sebelum kitaran semula penyeksaan ini disambung.sehinggalah mangsa akhirnya mengaku, atau memberikan maklumat kepada mereka.

Tapi, adakah anda rasa anda boleh menarik nafas dalam-dalam, dan menahan sahaja selama 40 saat untuk keseluruhan proses ini? Jawapannya tidak. Satu, kerana anda sememangnya tidak akan boleh menarik nafas dalam-dalam akibat topeng yang digunakan biasanya amat tebal dan yang kedua, saat Instinctive Drowning Response mengambil alih dalam badan pesakit, yang tidak boleh kita kawal memandangkan ianya satu refleks, pesakit akan mula menggelupur. Dan yang ketiga, untuk sesetengah cara, mereka perlu mengikat badan pesakit dengan begitu ketat sehingga tidak membenarkan bahagian dada mangsa mengembang saat dia cuba menarik nafas 

Kebanyakkan negara telah mengharamkan teknik ini yang dikatakan melanggar hak asasi manusia. Pada tahun 2006, US Army juga telah melarang penggunaan mana-mana teknik penyeksaan bagi urursan memeras ugut manusia lain.

Timbul kesedaran yang mana walaupun teknik ini digunakan kepada penjenayah mahupun tawanan perang (POW), dan apabila United Nations Convention Against Torture (UNCAT) melarang mana-mana negara terlibat dalam perbuatan yang menyeksa manusia yang mana dipersetujui oleh Universal Declaration of Human Rights pada tahun 2008, pengharaman ini berbentuk global.

Walau bagaimanapun, Central Intelligence Agency setakat ini masih lagi meneruskan perbuatan ini, di mana teknik dan skil yang perlu diajar kepada anggota-anggota CIA ini masih mengandungi teknik waterboarding dii dalam field manual mereka.

Keadaan menyeksa seseorang itu jika tidak dibendung akan menyebabkan banyak kematian, yang mana mengundang padah kepada si pemberi hukuman itu sendiri. Akhir kata, semakin zaman dunia dan teknologi berkembang, manusia sendiri boleh menggunakan akal fikiran mereka untuk mengurangkan teknik penyeksaan, sebaliknya lebih kepada penggunaan dari aspek psikologi.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.