Sains Disebalik Leher Panjang Etnik Kayan

894

Bagi penduduk yang menetap di Asia Tenggara, anda pasti pernah melihat satu kaum yang mempunyai tradisi memakai satu jenis perhiasan bernama neck coils. Kaum wanita yang bernama Kayan Lahwi (kaum Padaung) mempunyai tradisi yang amat pelik jika dipandang oleh masyarakat luar, iaitu tradisi memakai neck coils yang diperbuat daripada tembaga dengan tujuan ‘memanjangkan’ leher mereka untuk kelihatan cantik.

Pada awal 90-an, disebabkan oleh pentadbiran askar dan konflik dalam negara Myanmar, kaum ini melarikan diri ke arah Thailand, dan kini mereka dikira sebagai pelarian di mana mereka menetap di sempadan Thailand-Burma di beberapa kem pelarian.

Disebabkan keunikan tradisi ini, kawasan tempat tinggal mereka menjadi satu tempat tumpuan pelancong asing, di mana ekonomi kaum ini bergantung kepada industri pelancongan tanpa memerlukan apa-apa bantuan daripada kerajaan Thailand mahupun Myanmar.

Pemakaian neck coils ini bermula seawal 2-5 tahun lagi, di mana pada usia awal sebegitu, bahagian tulang mereka masih lagi fleksibel dan boleh dibentuk. Sebenarnya, jika kita lihat daripada segi anatomi, bahagian leher mereka khususnya bahagian tulang belakang (cervical vertebra) ini sebenarnya tidak memanjang. Beberapa imej daripada X-ray menunjukkan ruang diantara satu tulang belakang dengan tulang belakang yang lain yang dipanggil sebagai intervertebral disk menjadi sedikit tinggi.

Pemanjangan ini sebenarnya adalah disebabkan oleh tekanan yang wujud daripada berat neck coils ini yang adakalanya seberat 5 kilogram. Tekanan ini akan menyebabkan bahagian clavicle dan bahagian tulang rusuk yang terletak di atas menjadi condong sebanyak 45 darjah, memberi ilusi seolah-olah leher mereka itu yang memanjang ke atas.

Neck coils yang dipakai ini sebenarnya tidak ketat, dan mereka masih mampu untuk mencuci bahagian leher mereka, cuma, pada bahagian kulit yang menempatkan tulang clavicle, akan terdapat kesan lebam mahupun melecet akibat pergeseran neck coils ini dengan kulit mereka.

Tradisi ini telah walau bagaimanapun tidak digalakkan untuk diteruskan kerana kerajaan Myanmar sendiri selalu mendapat kecaman dan kutukan daripada masyarakat luar yang menganggap pemakaian neck coils ini merupakan salah satu simbol ‘opression’ terhadap kaum wanita.

Juga, mereka melakukan pelbagai cara antaranya adalah dengan menempatkan puak ini ke bandar, namun, terdapat beberapa orang yang menolak kerana mereka ingin mempertahankan tradisi dan amalan mereka yang menunjukkan bahawa neck coils ini simbolik dengan satu-satunya kaum di dunia ini.

Sudah tentu keuntungan yang diperolehi oleh kerajaan Thailand sendiri daripada sektor pelancongan menyebabkan mereka tidak begitu tegas dalam pengharaman penggunaan neck coils ini mahupun perpindahan mereka ke tempat lain.

Jika kita lihat dari segi perubatan, sekiranya seseorang itu memakai neck coils ini sejak lahir sehingga berpuluh tahun, terdapat risiko yang boleh menyebabkan kematian sekiranya neck coils ini ditanggalkan. Hal ini adalah kerana bahagian otot pada tengkuk dan leher mereka tidak akan dapat menahan beban dan keberatan bahagian kepala mereka (center of graviti menjadi tinggi dan bahagian otot manusia di leher tidak dibina untuk menanggung beban seperti ini).

Pada bulan Januari 2008, United Nations High Commision For Refugees membenarkan amalan ini memandangkan lawatan ke ‘Long Neck Village” inilah merupakan salah satu cara mereka mendapatkan wang untuk meneruskan kehidupan, dan sememangnya, mereka sendiri yang bersetuju untuk meneruskan budaya ini tanpa dipaksa oleh sesiapa pun.

Walaupun terdapat beberapa spekulasi dan teori tentang mengapakah mereka memakai neck coils, tetapi, satu sebab yang paling masuk akal untuk kita terima adalah kerana budaya ini melambangkan identiti kaum mereka.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.