Di Facebook, aku terjumpa kisah pasal Pak Harun yang boleh ‘mendengar’ ikan di laut.

Sebelum itu, aku ada baca karya Ahmad Ezaddin Ahmad Salleh pasal penangkap ikan buta yang handal. Buta-buta pun boleh menandingi manusia yang celik.

Telah wujud beberapa individu buta mempunyai kelebihan ini. Buta penglihatan menjadikan deria pendengaran semakin sensitif.

Walaupun mereka tak dapat melihat, kajian mendapati ketika manusia buta ini menggunakan gema-lokasi seperti haiwan, bahagian visual otak mereka diaktifkan seolah-olah mereka dapat ‘melihat’ melalui gelombang bunyi.

Seperti cahaya yang mampu membawa ‘maklumat’ dengan melihat, bunyi pun mempunyai peranan yang serupa.

Haiwan ada gelombang yang tersendiri untuk aktifkan gema-lokasi tapi manusia hasilkan gelombang dengan memetik jari, ketuk lantai dengan tongkat, hentak kaki dan pelbagai lagi.

Bahagian visual otak ini hanya aktif apabila melihat, tetapi manusia buta ini dapat aktifkannya apabila menggunakan gema-lokasi (bunyi).

Terdapat juga individu yang masa kecilnya mampu mengayuh basikal seperti manusia biasa dengan menggunakan gelombang bunyi.

Ada sebab kenapa Toph Beifong dalam animasi Avatar lebih tajam ‘penglihatannya’ walaupun buta.

Orang buta yang ‘melihat’ guna gema-lokasi ini dapat tahu dengan lebih terperinci dan kompleks apa yang mereka ‘lihat’.

Benda ini sebenarnya memerlukan latihan. Bila dah biasa, memang ‘penglihatan’ mereka akan lebih tajam daripada manusia yang dapat melihat.

Seperti Pak Harun, dia pun sendiri cakap benda itu memerlukan latihan. Dia orang celik yang mengamalkan dan latih benda ini.

Biasanya, orang yang celik lebih sukar nak praktiskan sebab terbiasa dengan penglihatan mata.

Tahukah anda, haiwan seperti kucing, dolfin dan kelawar menggunakan ultrasonik (gelombang bunyi berfrekuensi tinggi) untuk mengesan objek, memburu dan berkomunikasi.

Jarang sekali menggunakan mata.

Gelombang ultrasonik ini dipancarkan oleh mereka dan pantulan daripada gelombang tersebut dianalisis oleh otak mereka untuk menentukan objek yang dikesan.

Inilah dia gema-lokasi (echolocation).

Gema ini jugalah cara yang digunakan oleh ikan untuk berkomunikasi sesama mereka.

Ultrasonik yang dihasilkan oleh haiwan sangat kecil gelombangnya dan frekuensinya pula sangat tinggi, malah frekuensinya melebihi jangkauan pendengaran manusia biasa.

Kemungkinan Pak Harun menjalani latihan yang ‘extensive’ untuk mendapatkan pendengaran yang berfrekuensi tinggi seperti orang buta.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

2 Comments

  1. Saya kurang bersetuju dengan terma gema-lokasi. Istilah mungkin betul jika dipadankan dengan haiwan seperti kelawar. Gema-lokasi punyai dua proses; pertama, menghasilkan bunyi (selalunya bunyi berfrekuensi tinggi kerana ia lebih senang dipantulkan pada sesuatu objek – reflection, berbanding bunyi berfrekuensi rendah yang lebih mengambil/memakan bentuk objek tersebut – rarefaction) dan kedua, mengesan kembali bunyi yang dihasilkan tadi. Manusia tidak memerlukan langkah pertama dalam gema-bunyi untuk ‘melihat melalui pendengaran’. Bunyi yang manusia berupaya hasilkan pun berfrekuensi rendah yang sarat dengan tenaga. Manusia juga tidak berupaya mengesan bunyi yang berfrekuensi tinggi. Jadinya, istilah gema-lokasi adalah salah.

    Terma yang lebih sesuai adalah pendengaran lokomotor. lokomotor ini adalah pergerakan seuatu objek dari satu tempat ke tempat yang lain. pendegaran lokomotor menceritakan segala tentang keupayaan manusia untuk mengetahui lokasi berdasarkan bunyi.

Leave A Reply