Orang ramai tidak boleh menggambarkan cinta dengan satu jawapan mutlak. Ibaratkan lain padang, lain belalang – cinta berbeza antara individu. Ada yang tidak suka tengok muka pasangan tetapi sanggup buat apa saja deminya. Ada yang takkan boleh lepas pasangan daripada mata dan rela buat keputusan tanpa berbincang. Dan tidak lupa juga golongan sendu tanpa cinta, seperti segelintir dalam kalangan pembaca yang asyik kena tinggal pasangan.

Namun sains selama ini tidak faham tentang ‘cinta pandangan pertama’. Fenomena ini sangat pelik tetapi takkan boleh diketepikan sebagai kebetulan semata-mata. Cuba fikir sejenak: Melayu panggil cinta pandangan pertama; Inggeris panggil ‘love at first sight’; Sepanyol pula panggil ‘amor a primera vista’. Dan Jerman macam biasa ayat mesti panjang: ‘die liebe auf den ersten Blick’. Takkan mungkin suatu kebetulan jika hampir semua budaya ada definisi khas menyampaikan maksud sama. Takkan mungkin suatu kebetulan, jika ramai percaya kewujudannya (De Klerk, 2017).

Percikan Cinta Selepas Dilamun

Saintis sudah banyak mengulas tentang cinta. Ulasan mereka tidak terhad pada sains sosial semata-mata. Banyak penyelidikan mengupas daripada perspektif sains saraf (neuroscience). Salah satu kajian dibuat Dr. Trisha Stafford yang mencapai kesimpulan: ‘jatuh cinta itu mudah; kekal bercinta sememangnya susah.’ Kesimpulan ini memberi mukadimah perihal cinta pandangan pertama.

Apabila seseorang jatuh cinta, memang betul: hati berasa melayang-layang. Walau bagaimanapun, bukan hati (liver) yang memaikan peranan. Sebenar-benarnya ada ‘percikan cinta’ di bahagian otak dalam bentuk tindak balas kimia (Blatchford, 2016). Bak kata Dr. Stafford, otak orang dilamun cinta adalah sama seperti otak penagih heroin.

Perbandingan antara otak dilamun cinta dan baru putus.

Limpahan bahan kimia ini tidak berhenti, bagaikan dalam bentuk pusingan. Sebab itulah mereka sanggup buat apa sahaja – selagi mana pusingan ini berterusan.

Betapa hebatnya kesan cinta pada otak. (Samir Zeki)

Kajian Dr. Stafford disahkan saintis daripada Universiti Ibrani Jerusalem di Israel. Mereka membuat pemerhatian pada 46 pacaran pantas (speed dating). Dan mereka mengesahkan orang boleh jatuh cinta dalam masa dua minit sahaja (Middleton, 2022). Jatuh cinta bukan main biasa-biasa – sampai cara berpeluh pun dikaji habis.

Cinta Bagaikan Dadah

Orang Melayu membawa tafsiran khusus tentang hubungan. Cuba tengok balik macam mana ramai bertunang sebelum perkahwinan. Ada dalam kalangan pasangan sekarang bertunang sekurang-kurangnya setahun sebelum mengikatkan hubungan nikah. Sedar atau tidak, tempoh ini membuat zon selesa untuk kedua-dua pasangan. Mereka ada masa secukupnya untuk keluar daripada kepompong lamunan cinta dan membina suatu hubungan berkomited yang lebih realistik.

Sudah pasti semua benda yang berlaku ada baik dan buruk. Tunang terlalu lama boleh menyebabkan hati jadi tawar. Tunang terlalu singkat mengundang bahaya kerana sisi buruk pasangan mungkin terlindung. Semua kena guna akal sendiri untuk bersua kenal. Waktu itu barulah segala baik buruk diketahui. Pasangan suka keluar malam dengan kawan-kawan. Pasangan suka pecah barang hanya kerana WiFi lambat. Pasangan tidak suka mandi.

Perhatian. The Patriots sedang mencari manuskrip untuk diterbitkan. Jika berminat, anda boleh kirimkan ke alamat emel seperti dalam gambar.

Mesej di sini jelas: jambatan antara “lamunan cinta” ke “komitmen benar”. Sepertimana Dr. Stafford cakap, senang jatuh; susah kekal. Pada masa ini, mungkin kalian yang sudah berkahwin boleh ambil masa dan buat sedikit imbasan tentang perkahwinan sendiri. Masa berlalu pantas membuatkan hubungan kalian nampak mudah. Tetapi sedar atau tidak, terlalu banyak mekanisme yang main peranan sampai sekarang. Walhal otak kalian boleh saja percik balik dan jatuhkan hati pada orang lain secara tiba-tiba.

Bagi yang masih single sampai hari ini, kalian baca sekadar tambah ilmu cukuplah.

RUJUKAN:

Blatchford, E. (2016, Julai 20). We talk to a neuroscientist about love at first sight. The Huffington Post.

De Klerk, A. (2017, Mac 31). This is the percentage of men who believe in love at first sight. Harper’s Bazaar.

Middleton, J. (2022, Jun 3). Love at first sight is real, new study claims – as couples sync ‘within minutes’. Independent UK


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply