Sains Di Belakang Sasaran Terbaik Untuk Tembakan

1,394

Di zaman ini, apabila kita bertanyakan satu soalan mengenai dimanakah lokasi yang paling baik untuk kita tembak seseorang daripada jauh, kebanyakkan daripada kita yang tidak pernah menerima apa-apa latihan untuk menembak sebelum ini akan menjawab sasaran yang terbaik adalah kepala.

“Aim for the head”, dan konsep “one shot one kill” yang dihebohkan di dalam permainan video di mana tembakan yang boleh membunuh adalah di bahagian kepala menjadikan rata-rata daripada kita percaya, itulah sasaran yang paling sempurna untuk membunuh.

Lihat sahajalah permainan video seperti Counter Strike, yang menjadikan headshot sebagai instant kill, dan tembakan di dada tidak begitu efektif kerana musuh masih boleh bergerak dan menembak kita semula. Ya, sudah tentulah, itu hanyalah permainan video (dan dia memakai jaket kalis peluru), bagaimana kita nak cuba kaitkan dengan di dunia realiti.

Sebenarnya, walaupun untuk penembak tepat sekalipun, kebanyakkan mereka tidak diajar untuk menjadikan kepala sebagai sasaran utama, kecuali sekiranya itu sahajalah pilihan yang mereka ada (seperti situasi di dalam bunker, yang mana musuh menjengah dan menampakkan bahagian kepalanya sahaja).

Gambar 1 – Penulis semasa dalam salah satu sesi latihan menembak di Bukit Selambau

Ada beberapa sebab mengapa. Satu, kepala merupakan sasaran yang sangat kecil. Sedikit pergerakkan mereka daripada jauh contohnya, akan menyebabkan perbezaan besar dalam bidikan seseorang penembak itu. Kedua, tahukah anda terdapat beberapa kes di mana seseorang yang ditembak dikepala masih boleh hidup dan selamat, seperti dalam beberapa kes yang dikira agak ‘miracle’, dan fakta yang diperkatakan oleh Dr Keith Black, iaitu seorang pakar bedah otak di hospital Cedars-Sinai di Amerika Syarikat juga amat menarik.

Katanya, dalam satu artikel perubatan livescience, “The brain is somewhat redundant — it can sometimes tolerate losing one half,” dan juga ada satu kes seorang juruterbang berbangsa Jepun yang ditembak di kepala semasa di dalam pesawatnya, masih berjaya mendarat di lapangan terbang dengan selamat.

Dan sebab yang ketiga adalah kemungkinan besar untuk tembakan terus tidak mengenai apa-apa kerana lokasinya yang terletak di atas sekali badan kita. Bak kata salah seorang penembak tepat yang pernah saya temubual sebelum ini, “jika musuh bersin, kau tembak, terus peluru tu lalu atas kepala musuh sahaja dan tak kena apa-apa, jadi, jangan bidik di kepala.”

Seorang lelaki bernama Jacob Miller yang selamat selepas ditembak di kepala pada tahun 1863 dengat senjata musket.

Kebanyakkan daripada penembak-penembak tepat ini diajar untuk menjadikan dada sebagai sasaran utama. Bahagian tengah yang mengandungi organ-organ utama dan dipenuhi dengan darah seperti jantung, paru-paru, hati, perut dan tembakan yang tembus kebelakang akan mengenai tulang belakang musuh, yang akan melumpuhkan bahagian kakinya serta merta.

Jika anda bayangkan, kawasan ini penuh dengan organ-organ utama, dan sekiranya tembakan anda ‘lari’ sedikit ke atas, ke bawah, ke kiri atau ke kanan, peluru anda masih akan kena salah satu organ-organ yang penting ini.

Tambahan pula, sasaran di bahagian ini adalah lebih besar, menjadikannya sedikit mudah untuk dibidik sekiranya seseorang itu berada jauh daripada sasarannya, yang mana kita ketahui sering terjadinya situasi sebegini. Tetapi, muncul pula satu soalan di sini, bagaimana pula sekiranya seseorang itu memakai jaket kevlar? Iaitu jaket kalis peluru yang selalu melindungi bahagian dada seseorang itu?

Dan sekiranya diberi pilihan untuk menembak, apakah sasaran yang mempunyai hampir 100% peluang untuk membunuh seseorang itu? Dan apakah sasaran yang secara serta-merta boleh membunuh seseorang itu? Sasaran yang paling sempurna dan ‘ultimate’ di dunia nyata ini?

Baiklah, jawapannya adalah di leher, dan secara spesifiknya, di kawasan yang terletak betul-betul pada tempat di mana bahagian tengkorak bersambung dengan tulang belakang.

“A sweet spots where the medulla (medulla oblongata) meets the spine.”

Itulah lokasi yang saya boleh katakan mempunyai kadar kematian yang paling sempurna berbanding kawasan-kawasan lain. Hal ini kerana bahagian brain stem kita yang mengikut pada kajian sains merupakan bahagian yang mana bertanggungjawab untuk meletakkan seseorang manusia itu berada di dalam keadaan ‘conscious’ atau sedar. Kecederaan di situ akan terus membuatkan seseorang itu hilang kesedaran.

Tambahan pula, salur darah ke otak, serta dengan tempat yang sekecil itu, hampir setiap organ dan tisu yang melalui bahagian itu amat penting dan sekiranya rosak, akan menyebabkan seseorang itu mati serta-merta.

Baik, satu lagi soalan yang muncul adalah, bagaimana kita nak tahu sekiranya seseorang itu sedang menghadap kepada kita, di manakah patut kita sasarkan tembakan kita agar mengenai kawasan ini? Jawapannya adalah diantara bahagian hidung, dan mulut seseorang itu.

Mengikut anatomi, sekiranya satu garisan lurus kita lukiskan, yang mana dalam kes ini, kita membayangkan trajektori sebutir peluru itu, sasaran itulah yang akan menembusi dan mengenai lokasi tersebut di belakang. (sila lihat gambar ketiga.)

Jadi, itulah dia sains dibelakang sasaran yang paling sempurna untuk seseorang itu membunuh musuh mereka. Sila ambil perhatian ya, artikel ini untuk tujuan pengetahuan semata-mata, dan bukanlah sebagai cadangan atau galakkan kepada anda untuk ‘mencuba’ pula.

Ada baiknya sekiranya anda mempunyai sifat ingin tahu, dan ingin mempelajari sesuatu yang baru dari sudut sains dan perubatan, walaupun sekiranya topik yang saya kongsikan ini amat mengerikan.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.