Legasi Saddam Hussein mengabadikan sebuah karier politik dalam kancah negatif buat selamanya.

Semua lebih mengenali beliau kerana menduduki Kuwait secara haram dan akhirnya tewas pada tangan Amerika Syarikat.

Ramai terpengaruh pada “kejahatan” beliau hingga tidak tahu bahawa satu masa dulu, Saddam mencuba nasib dalam dunia perfileman.

Poster filem Clash of Loyalties

Clash of Loyalties merupakan sebuah filem tahun 1983 arahan Mohamed Shukri Jameel. Barisan pelakon dipilih dalam kalangan popular: Oliver Reed, John Barron dan James Bolam membintangi filem ini, pada ketika nama mereka sedang kemuncak.

Seorang lagi yang patut disebut ialah Marc Sinden. Mesti ada yang terfikir: kenapa bintang British sanggup bekerjasama dengan musuh antarabangsa mereka?

Sebenarnya ketika itu Saddam masih baru dalam pentas kuasa. Beliau naik pada tahun 1979, susulan kegagalan dalam struktur kerajaan dua republik yang menggantikan sebuah monarki.

Angin pepe-rangan dunia telah membu-nuh jiwa kestabilan yang diimarahkan Uthmaniyah. Jadi benih perpecahan ini diwarisi Saddam, yang sedang mencari identiti demi Iraq yang baru.

Namun tahun 1979 terlalu keramat bagi pengikut geopolitik. Itulah tahun monarki ribuan tahun Iran melungkup jatuh.

Apabila Empayar Parsi menjadi abu, Republik Iran pula bangkit dan Ruhollah Khomeini jauh sekali seperti Reza Pahlavi.

Tidak lama kemudian, Iran dan Iraq mula bersengketa. Khomeini mendesak arus revolusi di Timur Tengah sambil menggelar kerajaan-kerajaan berjiran negara haram berkiblatkan Washington D.C. (Teller, 2018).

Selesai saja sesi penggambaran Clash of Loyalties, Iraq dan Iran berperang. Jadi filem ini menayangkan tentang Iraq dengan sisi positif (dibiayai kerajaan Saddam). Setiap babak menayangkan tentang Iraq.

Dari segi keuntungan, Clash of Loyalties tidak mendapat banyak. Walau bagaimanapun, ada sentuhan politik di sebalik tabir kerana pada Julai 2014, majalah Esquire membuat pendedahan tergempar.

Penulis James Montague mendakwa bahawa Marc Sinden merupakan seorang perisik bagi pihak British. Kerajaan United Kingdom telah membuat suatu tawaran yang mustahil boleh ditolak demi anak bangsa.

Sinden pula mengaku dan mengiyakan semua dakwaan yang dibuat (Montague, 2014).

Anda juga boleh baca artikel ini di portal ekonomi dan kewangan kami, The Outlook.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.