Kebangkitan Ruhollah Khomeini di Iran menimbulkan masalah yang jauh lebih besar buat rantau tersebut. Ia merupakan kemenangan besar buat agama. Sekalipun ada perbezaan ketara yang memisahkan Sunni dan Syiah, Islam tetap mendapat nama.

Dan pendekatan ini mencabar nasionalisme Arab yang dipelopori beberapa pemimpin terkemuka seperti Gamal Abdel Nasser, Muammar Gaddafi dan Parti Ba’ath. Pada zaman tersebut, dua republik memeluk Ba’athisme. Kedua-duanya berjiran, iaitu Iraq dan Syria masing-masing dibawah Saddam Hussein dan Hafez al-Assad.

Sungguhpun begitu, Assad bukan masalah Tehran kerana jauh dari sempadan barat Iran – dan juga perkongsian pemikiran Syiah (jika memainkan peranan). Khomeini dan Saddam menguasai negara masing-masing bermula tahun 1979 secara rasmi.

Pemimpin sebelum Saddam pula terlalu uzur untuk menjalankan amanah. Jadi buat beberapa tahun sebelum itu, Saddam sudah terlibat dalam pentadbiran luar dan dalam Iraq. Jadi semasa rakyat Iran menentang monarki Pahlavi, pentadbiran Baghdad sebenarnya digerakkan Jeneral Saddam Hussein yang melihat Reza Pahlavi sebagai musuh (Karsh, 2002).

Kebencian Iraq terhadap Iran disambung dibawah kedua-dua pemimpin. Melihat wajah Khomeini, tentu sekali semua tahu kelantangannya apabila berkaitan dasar luar negara. Malah apabila Revolusi Iran berlangsung, Iraq khuatir jika populasi Syiah dalam negara akan bangkit menentang kuasa Baghdad juga.

Kerisauan ini terbukti mempunyai asas selepas Khomeini menjadi Pemimpin Agung Iran. Sepertimana Iran menggulingkan Reza Pahlavi, Khomeini meminta rakyat Iraq menggulingkan kerajaan Ba’ath (Renfrew, 1987). Saddam kemudiannya memuji Revolusi Iran dan menggesa persahabatan antara dua negara ini.

Gesaan persahabatan diludah Khomeini yang masih nekad mengisytiharkan revolusi Islam di Iraq. Dan Saddam pun terkejut. Jelas sekali takkan mungkin Iran berdamai dengan Iraq. Khomeini pula tahu cara hidup Syiah di Iraq. Beliau sendiri pernah menetap di Najaf selepas diusir Reza Pahlavi. Maka Iran sudah mengisytiharkan pep3rangan pada waktu ini, cuma belum rasmi lagi.

Saddam pula mengidamkan sebuah wilayah Iran yang kaya dengan sumber minyak mentah. Jika Khuzestan diserap masuk, tentu sekali Iraq mempunyai akses lebih besar di Teluk Parsi.

Khuzestan menjadi jendela bagi Saddam untuk mendapatkan gelaran adikuasa rantau buat Iraq. Gelaran sedemikian ialah suatu perkara yang penting, kerana Saddam ingin menandingi Mesir sebagai Ketua Dunia Arab (Britannica, 2012). Iran pula baru mengharungi demam revolusi. Ramai dalam politik Iran yang berpura-pura setia pada Khomeini.

Contohnya Shahpour Bakhtiar dan Gholam Ali Oveissi yang memberi nasihat kepada Saddam berkaitan kelemahan Khomeini. Iran pula mahu kepala Bakhtiar yang pernah melancarkan usaha r4mpasan kuasa terhadap Khomeini. Jadi Saddam percaya bahawa pada tahun 1980, Khuzestan boleh menjadi milik Iraq.

Malah Saddam mendapat sokongan politik dan logistik daripada dua pihak yang Khomeini gelar syaitan. Syaitan Besar (Amerika Syarikat) tidak mahu Dunia Arab tenggelam dengan revolusi Islam dimulakan Iran. Syaitan Kecil (Kesatuan Soviet) hanya mahu kepentingan untuk komunisme yang dikembirikan di Iran.

Maka sangkaan pep3rangan akan dimenangi Iraq dalam tempoh lapan bulan meleset. P3rang Dunia Pertama terjadi semula di semua medan pertempvran Iran dan Iraq. Malah Khomeini juga menjanjikan syurga buat semua yang gugur demi Revolusi Islam. Jadi ramai (termasuk kanak-kanak) rela m4ti demi Iran (Wood, 2015).

Selama lapan tahun Iran dan Iraq bertukar-tukar juadah p3rang. Rakyat Iran pun membuat “human wave” dalam kumpulan 22 anggota. Gerombolan ini diambil daripada Angkatan Basij yang mencecah 20 juta anggota daripada 12 hingga 70 tahun – tanpa latihan mencukupi dan peralatan bersesuaian.

Iran paling teruk dikerjakan p3rang. Khomeini enggan mengambil hutang untuk membiayai pep3rangan kerana menentang riba. Jadi Tehran menggunakan keuntungan eksport selepas kehabisan wang.

Tetapi kutipan eksport pun menguncup daripada AS$20 bilion ke AS$5 bilion. Iran semakin bankrap, dan populariti Khomeini agak terjejas kerana keghairahannya dalam menularkan Revolusi Islam di Iraq.

Khomeini sudah tidak mampu menarik bakal-bakal syahid lagi. Maka Iran pun menerima tawaran gencatan senjata pada tahun 1988. Kedua-dua negara gagal mencapai sasaran lapan tahun lalu.

  1. Iran gagal menggulingkan Saddam.
  2. Iraq gagal merangkul Khuzestan.

Sebanyak AS$350 bilion dibazirkan begitu saja. Dan Iran kehilangan dua juta orang daripada populasi keseluruhan.

RUJUKAN: 

Britannica. (2012, Oktober 28). Britannica Online Encyclopedia: Saddam Hussein. Retrieved from http://www.britannica.com/EBchecked/topic/277539/Saddam-Hussein/284496/Presidency

Karsh, E. (2002, April 25). The Iran-Iraq (ditapiskan) 1980-1988. Osprey. Halaman 12.

Renfrew, N.M. (1987). Who Started the (ditapiskan)? Foreign Policy. Halaman 98.

Wood, G. (2015, Disember 29). The Iran-Iraq (ditapiskan), by Pierre Razoux. The New York Times. Retrieved from (Request Link).


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.