Kemenangan Joe Biden dalam pilihan raya presiden mengingatkan semua tentang legasi buruk daripada pentadbiran George W. Bush. White House dan Pentagon mungkin merangka strategi menyeluruh bagi operasi Amerika Syarikat di Iraq.

Tetapi pep3r4ngan ini turut mendapat persetujuan daripada Dewan Senat yang pada tahun 2002 dikuasai Parti Demokrat.

Biden pula ketika itu mengetuai sebuah suruhanjaya pecahan Senat yang bertanggungjawab dalam hubungan antarabangsa (Weisbrot, 2020).

Joe Biden semasa membentangkan pendapatnya.

Jadi peranan Biden dalam P3r4ng Iraq bukan sekadar undi bersetuju. Beliau mendengar perkongsian daripada saksi. Beliau berpihak kepada golongan saksi yang meminta peralihan kuasa di Iraq seperti Dr Khidir Hamza.

Samuel Berger membentangkan di dewan (yang dipengerusikan Biden) tentang kejahatan Saddam Hussein.

Dan Biden juga mendengari bagaimana Rend Rahim Francke mengatakan bahawa rakyat Iraq sedia menjemput Amerika Syarikat sebagai pembebas.

Joe Biden (pertama dari kanan) memerhati semasa George W. Bush menandatangani pengisytiharan p3r4ng (Mark Wilson/Getty Images).

18 tahun kemudian, Biden memenangi pilihan raya tetapi Iraq pula terkujur bagaikan jasad berjalan dan roh berawangan.

Harus dinyatakan bahawa Saddam bukanlah seorang pemimpin yang baik, jujur dan telus. Sebahagian besar daripada nasib yang menimpa Iraq hari ini berlaku atas kesalahan beliau juga.

P3r4ng Iraq mungkin berjaya menjatuhkan Saddam daripada tampuk pemerintahan. Tetapi seramai 1.2 juta rakyat Iraq tidak dapat menikmati Iraq pasca-Saddam, kerana kehilangan ny4w4 (Beaumont & Walters, 2007).

Lebih ramai lagi yang sengsara dihimpit kemiskinan dan keg4n4san tempatan. Jadi persoalannya – apakah Iraq benar-benar memiliki s3nj4t4 WMD seperti dicanangkan Amerika Syarikat?

Pertama sekali, Iraq benar-benar tidak memiliki apa pun. Ekonominya rosak kerana disekat Amerika Syarikat. Sistem pertahanannya tidak mempunyai sebarang s3nj4t4 yang boleh meng4nc4m sesiapa pun.

Saddam dituduh menjalinkan hubungan sulit dengan al-Q43da… sedangkan kedua-dua pihak berkenaan mempunyai ideologi bercanggahan. Saddam mengamalkan sekularisme, sedangkan al-Q43da pula mengimarahkan Islamisme… bagaikan minyak dan air.

Malah Saddam juga tidak mempunyai sebarang program WMD (Kessler, 2019), membuktikan bahawa P3r4ng Iraq merupakan sebuah kegagalan perisikan yang teruk. Kebenaran ditegakkan selepas Saddam ditangkap pihak berkuasa.

Semasa disoal Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat, Saddam membuat suatu pengakuan tergempar.

Rupa-rupanya pentadbiran Saddam hanya ingin berlagak kuat di mata Iran sahaja (Nasaw, 2009). Iraq tidak memiliki WMD pun, tetapi Saddam berkata ada kerana tidak mahu nampak lemah (Anderson, 2017).

Dan Bush keluar daripada White House tanpa sempat membetulkan kesilapan teruk yang berlaku di Iraq. Tanggungjawab itu dikendalikan Barack Obama, yang dari awal lagi menentang pep3r4ngan (Glauber, 2003).

Jadi bermula tahun 2009, Amerika Syarikat mempunyai pucuk kepimpinan yang mempunyai percanggahan dalam aspirasi Iraq. Obama dan Biden mempunyai dua penelitian berlainan, tetapi berjaya bekerjasama dalam usaha mencapai penyelesaian diperlukan (yang tidak berjaya dicapai).

Apa yang Amerika Syarikat belajar ialah kepahitan, bahawa pep3r4ngan moden susah dihentikan. Obama membawa semangat anti-p3r4ng ke White House.

Tetapi selama lapan tahun dibawah Obama, Amerika Syarikat berp3r4ng (satu-satunya presiden yang berp3r4ng sepanjang masa). Amerika Syarikat tidak dapat keluar daripada Afghanistan dan Iraq.

Kebangkitan Dunia Arab menarik penglibatan White House dan Pentagon di Libya, Somalia, Syria dan Yaman (Parsons & Hennigan, 2017).

Tiada perubahan yang berlaku semasa pentadbiran Trump. Malah sepanjang berkempen, Trump sendiri berkata Amerika Syarikat perlu mengambil minyak Iraq sebagai r4mp4san p3r4ng (Mufson, 2016).

Sebagai presiden pun, hujah tersebut dikukuhkan Trump. Beliau siap membawa cadangan ini (ambil minyak Iraq) untuk dirunding bersama Perdana Menteri Haider al-Abadi (Levin, 2018).

Jadi Iraq sekarang ini meniti masuk ke pentadbiran keempat White House pula. Kali ini Iraq berurusan dengan individu bertanggungjawab dalam Dewan Senat. Kerana inilah peluang bagi Biden untuk menyelesaikan apa dimulakan Amerika Syarikat (yang beliau sendiri mempunyai peranan besar di sebalik tabir).

RUJUKAN:

Anderson, C. (2017, Januari 9). FBI agent who interrogated Saddam Hussein leads airport case. Associated Press.

Beaumont, P., & Walters, J. (2007, September 16). Greenspan admits Iraq was about oil, as (ditapiskan) put at 1.2m. The Guardian.

Glauber, B. (2003, Oktober 3). (ditapiskan) protestors gentler, but passion still burns. Chicago Tribune.

Kessler, G. (2019, Mac 22). The Iraq (ditapiskan) and WMDs: An intelligence failure or White House spin? The Washington Post.

Levin, B. (2016, November 26). Trump twice floated (ditapiskan) Iraq’s oil to Iraq’s prime minister. Vanity Fair.

Mufson, S. (2016, September 9). Trump’s illegal, impossible and ‘beyond goofy’ idea of seizing Iraq’s oil. The Washington Post.

Nasaw, D. (2009, Julai 2). FBI reports describe Saddam Hussein’s reasons for refusing UN inspectors. The Guardian.

Parsons, C., & Hennigan, W.J. (2017, Januari 13). President Obama, who hoped to sow peace, instead led the nation in (ditapiskan). Los Angeles Times.

Weisbrot, M. (2020, Februari 18). Joe Biden championed the Iraq (ditapiskan). Will that come back to haunt him now? The Guardian.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.